Sa'ad ibn Abi Waqqas (Arab:سعد بن أبي وقاص) ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam pada 610-11. Beliau berpangkat bapa saudara kepadaNabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan sepupu ibu bagaindaAminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kotaMakkah.[1] Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.
Sa`d terkenal kerana peranannya dalam penaklukanEmpayar Parsi pada 636 dan pemergiannya keChina pada 616 dan 651.
Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuatbusur dananak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.
Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadikafir semula, namun Sa'ad tetap teguh denganaqidahnya dengan menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini".
Semasa umat Islam masih ditindas di Makkah pada awal penyebaran Islam, Sa'ad pernah membelasah dan mencederakan seorang musyrikin, menjadi orang pertama menumpahkan darah dalam sejarah Islam.[2]
Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tenteraIslam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perangParsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagaiPerang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.
Ketika pemerintahanKhulafa al-Rasyidin ketiga,Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besarChina untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagaiperintis kepada pemulaantamadun Islam di China.
Nafziger, George F. (2003),Islam at war, Greenwood Publishing Group, m/s. 278,ISBN0275981010, dicapai pada2010-07-25Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)