Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sekolah Berasrama Penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaSBP)
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Sekolah Berasrama Penuh" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Julai 2015) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulansekolah menengah berasrama yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti. Perkembangan SBP mula diberi penekanan oleh kerajaan melaluiDasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan melaluiRancangan Malaysia Kedua (1975-1980).[1]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah PelajaranTanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elitMelayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliranInggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 diKuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagaiThe Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[2]

Sultan Perak (Sultan Idris) dalamPersidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”[3]. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah keSeremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagaiKolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, sempena namaRaja Permaisuri Agong yang pertama.[4]

Pada September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkanPenyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah mencadangkan penubuhan enam buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu,Sekolah Dato’ Abdul Razak (1956),Sekolah Tun Fatimah (1956),Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1957),Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (1963), Sekolah Alam Shah (kini dinamakanSekolah Sultan Alam Shah, 1963) danSekolah Seri Puteri (1968).

Pada tahun 1955,Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan olehSultan Hisamuddin Alam Shah diKlang, Selangor[5]. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti diPetaling Jaya,Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi namaKolej Islam Klang.[6] Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagaiKolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Antara tahun 1973 hingga 1975, 10 buah SBP yang lain telah dibina menerusi Rancangan Malaysia Kedua. Penubuhan ini bertujuan untuk memberi peluang pendidikan sains kepada pelajar dari kawasan luar bandar.[7][8]

Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai 72 buah SBP: 11 buah SBP Premier, 46 buah Sekolah Menengah Sains (SMS), 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Enam buah SBP merupakan sekolah lelaki dan enam buah SBP yang lain merupakan sekolah perempuan.

Jenis Sekolah Berasrama Penuh

[sunting |sunting sumber]

SBP Premier

[sunting |sunting sumber]

SBP Premier terdiri daripada beberapa buah sekolah berasrama penuh yang terawal ditubuhkan dan kebanyakannya diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Sehingga kini terdapat 11 buah sekolah yang tergolong dalam SBP Premier.

Sekolah Menengah Sains (SMS)

[sunting |sunting sumber]

Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada pemimpin negara. Oleh itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalamRancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.[9]

Sebanyak 10 buah Sekolah Menengah Sains yang terawal telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua. Sehingga kini, terdapat 46 buah Sekolah Menengah Sains yang telah dibina di serata negara.SESS menjadi Sekolah Menengah Sains yang paling baharu dibuka iaitu pada tahun 2024.

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

[sunting |sunting sumber]

Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur.SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982. Sehingga kini terdapat tiga buah SMAP di serata negara iaitu di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

[sunting |sunting sumber]

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. Sehingga kini terdapat 12 buah SBPI di seluruh negara.

Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2014, SMAP Bentong menjadi SBP pertama yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Bagi SBP tersebut, para pelajar perlu menamatkan hafazan Al-Quran dalam tempoh lima tahun persekolahan. Sehingga kini terdapat empat SBP yang telah melaksanakan program ini termasuklah SBPI Batu Rakit, SBPI Rawang, SMAP Bentong dan SBPI Selandar.[10]

Tradisi SBP

[sunting |sunting sumber]

Terdapat beberapa tradisi dan kejohanan SBP yang berprestij. Tradisi dan kejohanan berikut ialah:

  • Hari Kecemerlangan SBP, HKSBP
  • Bahas Piala Perdana Menteri
  • Pertandingan SBPWind Orchestra
  • Kejohanan Ragbi SBP 7 sebelah
  • Kejohanan Ragbi SBP 10 Sebelah
  • Nadwah Kepimpinan Islam, NKI
  • Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO)
  • Fully Residential Schools' International Symposium (FRSIS) antarabangsa[11]
  • Pertandingan Gamelan dan Caklempong

Falsafah SBP

[sunting |sunting sumber]

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP

[sunting |sunting sumber]
  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
  8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.

Senarai SBP

[sunting |sunting sumber]
BilSekolah Berasrama PenuhJenisSingkatanZonTahun ditubuhkanMotoLaman web rasmi sekolah
1Kolej Melayu Kuala Kangsar (The Malay College Kuala Kangsar)SBP PremierMCKKUtara1905Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia)[1]
2Kolej Tunku KurshiahSBP PremierTKCSelatan1947Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan[2]
3Kolej Islam Sultan Alam ShahSBP PremierKISASTengah1955Bersama Merangkul Keunggulan[[3]]
4Sekolah Dato' Abdul RazakSBP PremierSDARSelatan1956Berilmu untuk Berjasa[4]
5Sekolah Tun FatimahSBP PremierSTFSelatan1956Berusaha Tangga Kejayaan[5]
6Sekolah Tuanku Abdul RahmanSBP PremierSTARUtara1957Ilmu Panduan Hidup[6]
7Sekolah Menengah Sultan Abdul HalimSBP PremierJENANUtara1963Belajar dan Berbakti[7]
8Sekolah Sultan Alam ShahSBP PremierSASTengah1963Chita, Usaha, Jaya[8]
9Sekolah Seri PuteriSBP PremierSSPTengah1968Ilmu, Usaha, Jaya[9]
10Sekolah Menengah Sains JohorSMSSMSJSelatan1973Budi, Karya, Bakti, Ikhlas[10]
11Sekolah Menengah Sains Muzaffar SyahSMSMOZACSelatan1973Bersikap Membina[11]
12Sekolah Menengah Sains SelangorSMSSMSSTengah1973Budi, Usaha, Bakti[12]
13Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad ShahSMSSEMSASTimur1973Hidup Berjasa[13]
14Sekolah Menengah Sains Sultan MahmudSBP PremierSESMATimur1973Disiplin, Kualiti, Dedikasi[14]
15Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad JiwaSMSSEMOJIUtara1973Berilmu dan Berbudi[15]
16Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris PetraSBP PremierFARISTimur1973Sains Asas Kemajuan[16]
17Sekolah Menengah Sains Tuanku JaafarSMSSTJSelatan1973Maju Sempurna[17]
18Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed PutraSMSSYED PUTRAUtara1973Tekun, Usaha, Jaya
19Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh ShahabudinSMSTUN SYEDUtara1973Ilmu Asas Kemajuan[18]
20Sekolah Menengah Agama Persekutuan LabuSMAPSMAPLSelatan1982Ilmu, Iman, Amal[19]
21Sekolah Menengah Sains DungunSMSSMSDTimur1982Berilmu, Berdisiplin, Berbakti[20]
22Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan ShahSMSSERATASUtara1982Berdisiplin, Berilmu, Berbakti[21]
23Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah RaubSMSSEMESTATimur1983Ilmu, Amal, Budi[22]
24Sekolah Menengah Sains MachangSMSSMACHTimur1983Berilmu, Berusaha, Berbakti[23]
25Sekolah Menengah Sains MuarSMSSAMURASelatan1983Berilmu, Berbakti[24]
26Sekolah Menengah Sains SabahSMSSMESHSQL1984Teguh, Setia, Budi[25]
27Sekolah Menengah Sains Teluk IntanSMSSEMESTIUtara1984Ilmu Teras Hidup[26]
28Sekolah Menengah Sains LabuanSMSSMEXCELSQL1985Usaha, Jaya, Bakti[27]
29Sekolah Menengah Sains Lahad DatuSMSSHIELDSQL1988Berilmu, Bersatu, Terus Maju[28]
30Sekolah Menengah Agama Persekutuan KajangSMAPSMAPKTengah1989Ilmu, Iman, Amal[29]
31Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah PekanSMSSHAH PekanTimur1989Ilmu, Amal, Budi[30]
32Sekolah Menengah Sains MiriSMSSAINSRISQL1990Berusaha, Berilmu, Beramal[31]
33Sekolah Menengah Sains KuchingSMSSAINSKUSQL1994Berilmu, Berwawasan[32]
34Sekolah Menengah Sains Pokok SenaSMSSAINAUtara1995Berilmu, Beramal, Bertaqwa[33]
35Sekolah Menengah Sains Kota TinggiSMSSAKTISelatan1996Ilmu, Bakti, Kualiti[34]
36Sekolah Menengah Sains Kuala SelangorSMSKUSESSTengah1996Berilmu, Beramal, Berbakti[35]
37Sekolah Menengah Sains Pasir PutehSMSSCIPPTimur1998Ilmu, Amal, Gemilang[36]
38Sekolah Menengah Sains Kuala TerengganuSMSSESTERTimur2000Menjana Kecemerlangan Jati Diri
39Sekolah Menengah Sains Hulu SelangorSMSSEMASHURTengah2000Usaha, Amal, Bakti[37]
40Sekolah Berasrama Penuh Integrasi JempolSBPIINTEJSelatan2002Ilmu Memantapkan Iman[38]
41Sekolah Berasrama Penuh Integrasi RawangSBPISEPINTARTengah2002Sumber Penjana Muslim Bestari[39]
42Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak BernamSBPIINTESABERTengah2002Ilmu, Iman, Istiqamah[40]
43Sekolah Berasrama Penuh Integrasi TemerlohSBPIINSOFTTimur2002Ilmu, Iman, Amal[41]
44Sekolah Menengah Sains Tuanku MunawirSMSSASERSelatan2002Berilmu, Beriman, Berbakti[42]
45Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul RazakSBPIINSTARTimur2003Beyond Success[43]
46Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SelandarSBPISISMESelatan2003Cemerlang, Berwawasan[44]
47Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu RakitSBPIBRAINSTimur2003Berilmu, Berakhlak, Berkualiti[45]
48Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakSBPIINTEGOMBTengah2003Benar, Tepat, Efektif[46]
49Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GopengSBPII-GOPUtara2003Ilmu, Amal, Iman[47]
50Sekolah Berasrama Penuh Integrasi KuantanSBPIINTEKTimur2003Membentuk Generasi Pemimpin[48]
51Sekolah Menengah Sains Alam ShahSMSASISTengah2003Kreatif, Inovatif, Produktif[49]
52Sekolah Menengah Sains Seri PuteriSMSSESERITengah2003Proaktif, Inovatif, Efektif[50]
53Sekolah Menengah Sains Sultan IskandarSMSISKANDARSelatan2003Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif[51]
54Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang PasuSBPII-KUPSUtara2004Cemerlang, Gemilang, Terbilang[52]
55Sekolah Menengah Sains Bagan DatohSMSSABDAUtara2009Unggul Terbilang[53]
56Sekolah Menengah Sains Kepala BatasSMSSAKBAUtara2009Kualiti Pemangkin Kecemerlangan[54]
57Sekolah Menengah Sains Kubang PasuSMSKUPSISUtara2009Sukses, Kreatif, Produktif[55]
58Sekolah Menengah Sains RembauSMSSEMESRASelatan2009Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang[56]
59Sekolah Menengah Sains TapahSMSSESTAUtara2010Berilmu, Bertakwa[57]
60Sekolah Menengah Sains Hulu TerengganuSMSSAHUTTimur2011Menjana Kecemerlangan Jati Diri
61Sekolah Menengah Sains SembrongSMSSASEMSelatan2011Ihsan, Ilmu, Khalifah[58]
62Sekolah Menengah Sains SetiuSMSSAISTimur2011Ilmu, Sahsiah, Gemilang[59]
63Sekolah Menengah Sains BantingSMSBASiSTengah2012Berilmu, Beramal, Berbakti[60][61]
64Sekolah Menengah Sains Batu PahatSMSSEHEBATSelatan2012Integriti, Kredibiliti, Inovatif[62]
65Sekolah Menengah Agama Persekutuan BentongSMAPSUPERBTimur2013Melangkaui Kecemerlangan[63]
66Sekolah Menengah Sains JeliSMSJeSSTimur2013Ilmu, Amal, Taqwa[64]
67Sekolah Menengah Sains Kuching UtaraSMSSAKURASQL2013Ilmu, Integriti, Iltizam
68Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah RohaniSMSSGSSelatan2014Modal Insan Aspirasi Negara[65]
69Logo SM Sains Gua MusangSekolah Menengah Sains Gua MusangSMSGUAMSSTimur2015Ilmu, Budi, Kebijaksanaan
70Akademi Sains PendangSMSPENDETAUtara2021Nurturing Leaders in Humanising Technology
71Sekolah Menengah Sains Alor GajahSMSSAGASelatan2023Beriman, Berilmu, Berjasa
72Sekolah Menengah Sains SegamatSMSSESSSelatan2024Holistik, Inovatif, Progresif

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"KPM - Sekolah Berasrama Penuh".www.moe.gov.my. Dicapai pada2023-09-28.
  2. ^"Sejarah SBP". Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada3 Disember 2021.
  3. ^"Seabad merakam sejarah".Utusan Malaysia. 16 February 2013. Dicapai pada3 September 2018.
  4. ^"History".Tunku Kurshiah College (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2018-09-03.
  5. ^Moris, Zailan (2010).50 Years of Higher Education Development in Malaysia, 1957-2007. National Higher Education Research Institute. m/s. 27. Dicapai pada14 November 2024.
  6. ^Pacific Scientific Information No.2 Scientific Facilities and Information Services of the Federation of Malaya and State of Singapore (dalam bahasa English).2. Universiti Chicago:National Science Foundation. 1961. m/s. 16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^"MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH SAINS KHAS MOHAMMAD RAHMAT".Bernama (dalam bahasa Malay). 1972-02-21. Dicapai pada2024-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2), 1971-1975 [Second Malaysia Plan](PDF) (dalam bahasa Inggeris).Kerajaan Malaysia. m/s. 237.
  9. ^Kerajaan Malaysia, p. 237.
  10. ^Abdullah, Nor Azam (2022-01-01).Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam talian guru mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah-sekolah berasrama penuh TMUA / Nor Azam Abdullah (Tesis) (dalam bahasa Malay).Universiti Teknologi MARA.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^"324 pelajar SBP sertai simposium antarabangsa".Berita Harian. 2019-06-13. Dicapai pada2025-01-24.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Zon Utara
Zon Tengah
Zon Timur
Zon Selatan
Zon SQL
Program pendidikan
  • Prasekolah Aliran Perdana
  • Prasekolah Pendidikan Khas
  • Tahun 1
  • Tahun 2
  • Tahun 3
  • Tahun 4
  • Tahun 5
  • Tahun 6
  • Peralihan
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
Jenis institusi
Peperiksaan dan kelayakan
Kementerian/agensi
berkaitan pendidikan
Laporan pendidikan
Undang-undang berkaitan
Lain-lain
Sistem yang dimansuhkan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sekolah_Berasrama_Penuh&oldid=6489033"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp