SAM | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Lakon layar | Syafiq Yusof |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Sinematografi |
|
Disunting oleh | Syafiq Yusof |
Syarikat penerbitan | E.MAS |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.9 juta |
Pecah panggung | RM 1.4 juta[1] |
SAM: Saya Amat Mencintaimu[2] ialah sebuah filem romantik misteri ngeri psikologi Malaysia 2012 arahanSyafiq Yusof. Dibintangi olehShaheizy Sam,Lisa Surihani,Syamsul Yusof,Neelofa danAzad Jazmin.[3]
Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan diFestival Filem Malaysia ke-25 dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Ia juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripadaThe Malaysia Book Of Records.SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena sambutanHari Raya Aidilfitri.[4]
Mengisahkan Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jasmin). Pada masa yang sama juga, Jefri (Syamsul Yusof) turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit (Skizofrenia).
Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu?
SAM: Saya Amat Mencintaimu merupakan arahan pertama anak bongsuDatuk Yusof Haslam,Syafiq Yusof dan kos pembikinannya dianggarkan sejumlah RM 1.9 juta dan penggambarannya mengambil masa 40 hari diKuala Lumpur danLembah Kelang. Beliau yang juga mengarahkan beberapa filem pendek, terpaksa menangguhkan pelajarannya diKLMU kerana untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada filemSAM. Skrip untuk filem ini diolah sendiri oleh Syafiq dan dibantu oleh sepupunya.[2]
Menurut Syafiq, beliau lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta (dan psiko thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri.[5][6] Syafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah.[2]
Sepupu Syafiq yang masih belum dikenali ketika itu,Fattah Amin turut terlibat sebagai krew penggambaran dan pembantu peribadi kepada Shaheizy Sam. Fattah ketika itu merupakan pelajar di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan pengurusan seni persembahan.
SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena dengan sambutanHari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kejayaan komersial walaupun sekadar meraih kutipan terendah. AbangNara dariBeautifulNara mengulas mengenai filem ini berkata apa yang menyedihkan apabila filem sehebatSAM arahan Syafiq Yusof ini sekadar mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari tayangannya.[7] Kemungkinan besar masa tayangannya iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk ke wayang. Beliau yakin sekiranya filem SAM ini ditayangkan seminggu selepas raya pasti kutipannya lebih mantap.[8]
Arya Putra dari OMG Hackers yang mengulas mengenai filem ini memberikan 9/10 bintang memujinya sebagai "hebat dan sungguh mengagumkan" untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri.[9] Menurutnya, filem seperti inilah yang dinanti-nantikan untuk ditonton. beliau juga mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak 'permainan kematian' antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik.[9] Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya. Sedangkan tatkala beliau masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Satu lagi, menurut Arya Putra, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Identity Dissociative di akhir cerita tidak begitu kukuh.[9] Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Beliau turut memikirkan apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak.[9]
SAM: Saya Amat Mencintaimu - The Soundtrack | |
---|---|
Runut bunyi oleh | |
Dilancarkan pada | 2012 |
Tempat | Malaysia![]() |
Genre | Runut bunyi |
Bahasa | Bahasa Melayu![]() |
Pengarah | Syafiq Yusof![]() |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Runut bunyi filemSAM mengandungi empat lagu, iaitu dua lagu nyanyianAnuar Zain dan dua lagu nyanyianJames Baum.
Pada 2013,SAM menerima empat pencalonan dan satu kemenangan diFestival Filem Malaysia ke-25 bagi kategoriFilem Terbaik,Pengarah Terbaik,Pelakon Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik. Syafiq Yusof pula memenangi Pengarah Harapan.[10]
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Festival Filem Malaysia ke-25 | SAM: Saya Amat Mencintaimu | Filem Terbaik | Tercalon |
Syafiq Yusof | Pengarah Terbaik[11] | Tercalon | ||
Shaheizy Sam | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
Syafiq Yusof | Penyunting Terbaik | Tercalon | ||
Syafiq Yusof | Pengarah Harapan | Menang |