Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Caris dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.

S ialahhuruf Rumi yang ke-19. Namanya disebutess/ɛs/.

Dalam kebanyakan sistem tulisan yang memakai huruf Rumi, serta jugaHuruf Fonetik Antarabangsa, hurufs selari kepadafrikatif alveolar tanpa suara, kecualibahasa Vietnam danbahasa Hungary, yang mana huruf ini melambangkanfrikatif postalveolar tanpa suara/ʃ/, seperti "sy" dalam "syarat." Bahasa-bahasa lain termasukbahasa Inggeris,Portugis danJerman mengandungi perkataan yang mana "s" mewakili bunyi/ʃ/, tetapi daftar eja ini dianggap sebagai pengecualian daripada hukum asas.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Proto-Semitic šPhoenician SEtruscan SGreek Sigma

Huruf Syin ("gigi") daribahasa-bahasa Semitik pernah mewakilifrikatif postalveolar tanpa suara/ʃ/ (seperti dalamsyarat). Bentuk asalnya mungkin mewakili gambargigi ataubuah dada.Bahasa Greek tidak mempunyai bunyi ini, makahuruf sigma (Σ) digunakan untuk mewakili/s/. Nama "sigma" barangkali dipetik daripada huruf Semitik "Sâmek" (ikan; tulang belakang) dan bukannya "Šîn". Dalambahasa Etruscan danLatin, nilai[s] dikekalkan, dan hanya dalam bahasa modenlah di mana huruf ini dipakai untuk mewakili bunyi lain, sepertifrikatif postalveolar tanpa suara[ʃ] dalambahasa Hungary danJerman (sebelum p, t) ataufrikatif alveolar bersuara[z] dalam bahasa Inggeris (rise, "bangun"),Perancis (lisez, "baca") danJerman (lesen, "membaca").

Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Pada masa dahulu, satu bentuk alternatif bagis, iaitu ſ (s panjang), diguna pada permulaan atau pertengahan perkataan dalam bahasa-bahasa Eropah tertentu; bentuk terkininya,s spendek, diguna pada akhir perkataan. Contonhya,sinfulness ("penuh dosa") ditulis sebagaiſinfulneſs menggunakans panjang itu. Penggunaanlong s merosot menjelang awalabad ke-19, gara-gara untuk mengurangkan kekeliruan dengan huruff kecil. Ligatur "ſs" (atau "ſz") dalambahasa Jerman menjadiess-tsett ( ß ).

Dalambuku teksbiologi sekolah tinggi yang digunakan pada 1960-an, sepatah teks yang membincangkan penemuansel dalam tisu haiwan oleh ahli biologi Inggeris bernamaRobert Hooke dihasilkan semula secara fotostatik, termasuklah "s panjang." Suatu penjelasan membacakan, "The type is quaint, but once you notice that ans is often much like anf, you fhould have little trouble reading it." ("Cetakan ini aneh tetapi menarik, tetapi apabila anda mendapati hurufs kelihatan bagai huruff, maka anda fepatutnya mendapati tidak fukar membacanya.")

Kod-kod pengkomputeran

[sunting |sunting sumber]
Perwakilan alternatif S
fonetik NATOKod Morse
Sierra···
⠎
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
S
Huruf kecil
s
UnikodU+0053U+0073
ASCIIPerpuluhan83115
Perduaan0101001101110011
EBCDIC226162

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:S.
Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=S&oldid=4509321"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp