Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antaraMac danMei di beberapa lokasi seluruh negeriSabah,Malaysia. Rusuhan itu tertumpu diKota Kinabalu, dan juga bandarTawau danSandakan. Pada 12 Mac, tujuh bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. Satu bom turut diletupkan di Tawau. Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian.[1]
Rusuhan itu terjadi berikutan keputusanPilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di manaParti Bersatu Sabah (PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan partiBERJAYA dari tampuk pemerintahan. BERJAYA merupakan kerajaan sebelum itu dan merupakan parti komponenBarisan Nasional. Telah dilaporkan bahawa kumpulan perusuh telah berarak untuk cuba menggulingkan presiden PBSDatuk Joseph Pairin Kitingan dari jawatan Ketua Menteri.[2]
|auhtor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);Check date values in:|date=
(bantuan)|date=
(bantuan)