Rusuhan Haymarket, jugaMogok Haymarket, pada 4 Mei1886, merujuk pada kejadian yang berlaku selepas suatu pengeboman tunjuk perasaan buruh di Medan Haymarket,Chicago, Illinois, A.S.[2] Ia bermula sebagai suatu perhimpunan aman pekerja yangmogok mahukan kerja lapan jam sehari dan terhadap pembunuhan beberapa buruh oleh polis hari sebelumnya. Seseorang yang tidak diketahui membaling bom dinamit kepadapolis semasa mereka mahu menyuraikan perhimpunan awam itu. Letupan bom dan tembakan yang menyusul menyebabkan kematian tujuh anggota polis dan sekurang-kurangnya empat orang awam; ramai lagi yang cedera.
Dalam tindakan undang-undang yang menyusul, lapan orangpenganut anarki disabitkanberkomplot. Buktinya salah seorang defendan mungkin membuat bom tersebut, namun tiada siapa yang dibicarakan membalingnya.[3][4][5][6] Tujuh dijatuhkan hukuman mati manakala seorang lagi dihukum 15 tahun pernjara. Hukuman mati dua defendandiringankan Gabenor IllinoisRichard J. Oglesby kepada penjara seumur hidup, dan seorang membunuh diri dalam penjara sebelum digantung. Empat yang lain digantung pada 11 November 1887. Pada 1893, gabenor baru IllinoisJohn Peter Altgeld mengampunkan defendan yang masih hidup dan mengkritik perbicaraan tersebut.
Rusuhan ini dianggap penting sebagai asal-usul sambutanHari Buruh Antarabangsa (May Day) bagi golongan pekerja.[7][8] Tapak kejadian ini ditetapkan sebagai sebuah mercu tanda Chicago pada 1992,[9] dan satu arca awam didedikasikan pada 2004. ManakalaHaymarket Martyrs' Monument di tapak pengebumian defendan diForest Park berhampiran ditetapkan sebagaiMercu Tanda Sejarah Kebangsaan pada 1997.[10]
^Act II: Let Your Tragedy Be Enacted Here, Moment of TruthDiarkibkan 2008-03-15 diWayback Machine, 2000,The Dramas of Haymarket, Chicago Historical Society, "The details are factually incorrect, because by all accounts Fielden ended his speech before the bomb was thrown, and because the riot did not begin until after the explosion. In [this] depiction, the speech, the explosion, and the riot all take place at once."
^Smith, Carl."Act III: Toils of the Law".The Dramas of Haymarket. Chicago Historical Society and Northwestern University. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada14 Jun 2012.
^Foner, "The First May Day and the Haymarket Affair",May Day, m/s. 27–39.
^"Site of the Haymarket Tragedy". City of Chicago Department of Planning and Development, Landmarks Division. 2003.Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-14. Dicapai pada19 Januari 2008.