Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Persekutuan Rusia
  • Российская Федерация (Rusia)
  • Rassiyskaya Federatsiya
Bendera Rusia
Jata Rusia
BenderaJata
Lagu kebangsaan
Государственный гимн Российской Федерации
Gosudarstvenny Gimn Rossiyskoy Federatsii
("Himne Nasional Persekutuan Rusia")
Wilayah Rusia yang diiktiraf ditunjukkan dalam warna hijau gelap; wilayah yang dituntut dan dipertikaikan ditunjukkan dalam warna hijau muda.[a]
Tunjuk glob
Tunjuk kawasan-kawasan dengan label-label
Lokasi Rusia denganKrimea dalam hijau muda.[b]
Ibu negara
dan bandar terbesar
Moskow
55°45′U37°37′T / 55.750°U 37.617°T /55.750; 37.617
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Rusia
Bahasa kebangsaanyang diiktirafLihat Bahasa-bahasa Rusia
Kumpulan etnik
(2010)
  • 80.9%Rusia
  • 3.9%Tatar
  • 1.4% Orang Ukraine
  • 1.1% Orang Bashkir
  • 1.0% Orang Chuvash
  • 1.0% Orang Chechen
  • 10.7% Lain-lain
Agama
DemonimOrang Rusia
KerajaanRepublik berperlembagaansepara presidenparti dominanpersekutuan
Vladimir Putin (Владимир Путин)
Mikhail Mishustin (Михаил Мишустин)
• Yang di-Pertua
Majlis Persekutuan
Valentina Matviyenko (Валентина Матвиенко)
• Yang di-Pertua
Duma Negara
Vyacheslav Volodin (Вячеслав Володин)
Vyacheslav Lebedev (Вячеслав Лебедев)
Badan perundanganPerhimpunan Persekutuan
Majlis Persekutuan
Duma Negara
Pembentukan
• Novgorod dibina
862
879
• Duci Agung Moskow
1283
• Ketsaran Rusia
16 Januari 1547
22 Oktober 1721
15 Mac 1917
• Persekutuan Rusia
8 Disember 1991[c]
• Perlembagaan semasa
12 Disember 1993
• Politi terakhir dimasukkan
18 Maret 2014
• Pindaan terakhir
4 Jul 2020
Keluasan
• Jumlah
17,098,246 km2 (6,601,670 bt2)[4] (tanpa Krimea)[d] (Ke-1)
• Perairan (%)
13[6] (termasuk kawasan paya)
Populasi
• Perkiraan 2020
(ke-9)
8.4/km2 (21.8/sq mi) (ke-225)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$4.519 trillion[8] (ke-5)
$30,819[8] (ke-50)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$1.657 trillion[8] (ke-11)
$11,305 (ke-61)
Gini (2018)negative increase 37.5[9]
sederhana · ke-98
HDI (2018) 0.824[10]
sangat tinggi · ke-49
Mata wangRubel Rusia ()
(RUB)
Format tarikhdd.mm.yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+7
Kod ISO 3166RU
DPT internet

Rusia atauPersekutuan Rusia ialah sebuahnegara rentas benua yang terletak diEropah Timur danAsia Utara. Dengan meliputi kawasan seluas 17,125,200 kilometer persegi (6,612,100 bt2),[11] ia merupakannegara terbesar di dunia mengikut keluasan, merentangi lebih daripada satu perlapan kawasan tanah yang didiami di Bumi,[12][13] menjangkau sebelas zon masa, dan bersempadan dengan 16 negara berdaulat. Wilayah Rusia meluas dariLaut Baltik di barat keLautan Pasifik di Timur, dan dariLautan Artik di utara keLaut Hitam danCaucasus di selatan. Dengan 146.7 juta penduduk tinggal dalam 85 Subjek Persekutuan negara tersebut,[7] Rusia merupakan negara paling ramai penduduk diEropah dan kesembilan di dunia.[14][15] Bandar terbesar dan ibu kota Rusia ialahMoskow; kawasan bandar utama yang lain termasukSaint Petersburg,Novosibirsk,Yekaterinburg,Kazan,Nizhny Novgorod danKrasnodar.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Nama asal negara ini ialahRus' (Русь), sebuah negara zaman pertengahan yang diduduki oleh kaum Slav Timur. Akan tetapi, nama khas ini lebih menonjol kemudian, maka negara ini mendapat gelaran "Russkaya Zemlya" (Русская Земля), iaitu "Tanah Rus'". Untuk membezakan negara ini daripada negeri-negeri lain yang berasal daripadanya, ia digelar Kievan Rus' dalam kerja historiografi moden.

Nama Rus' ada satu nama Latin lama itu Ruthenia yang lazimnya digunakan untuk kawasan barat dan selatan Rus' yang berdekatan dengan rantau Eropah Katolik. Nama negara ini sekarang, "Rossiya" (Россия), berasal dari nama Rus' versi Yunani iaituRosía (Ρωσία) iaitu nama Kievan Rus' dalamEmpayar Byzantium.[16]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Rusia

Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur.[17][18] Tarikh permulaan tradisi sejarah Rusia spesifik adalah penubuhan negara Rus di utara pada tahun 862 yang diperintah oleh Viking.[19]Rus Kiev, negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882.[20] Negara ini memeluk agamaKristian daripadaEmpayar Byzantium pada tahun 988,[21] maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium danSlav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya.[22] Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.

Selepas abad ke-13,Moskow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu.[22] Pada tahun 1547, Adipati AgungIvan Ganas ditabalkan sebagaiTsar pertama Rusia. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moskow berkembang menjadiEmpayar Rusia yang terbentang luas dariKomanwel Poland-Lithuania ke arah timur hinggaLautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya daripada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaumpetani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnyaPerang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,[23]tetapitsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahanautokrasi atau berkongsi kuasa.[24] Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepadaTsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujungPerang Dunia Pertama.

Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan pada25 Oktober, tampuk pemerintahan negara ini jatuh di tanganBolshevikKomunis yang memerintah secara sistem satu parti[25] mulai tahun 1918. Pada tahun 1922, Rusia bersama beberapa republik lain di Eropah Timur yang memeluk fahaman sosialis membentukKesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang kemudiannya disertai oleh beberapa lagi republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zamanJoseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Di sebalik keperitan itu, Kesatuan Soviet tetap melakar detik-detik terpenting dalam sejarah manusia, misalnya menyertai Pihak Berikat yang menjadi pihak yang menang dalamPerang Dunia Kedua (1937–1945) ke atas ancamanKuasa Paksi (German Nazi danEmpayar Japan), cuba meluaskan ideologi dan pengaruh Komunisme ke seluruh dunia hingga membimbangkan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain lalu mencetuskanPerang Dingin yang berlarutan sejak akhir Perang Dunia hingga akhir 1980-an; melancarkan satelit buatan manusia pertama serta menghantar manusia pertama,Yuri Gagarin, ke angkasa lepas. Pada akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.[26]

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia.[27] Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkanekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zamanSoviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsurkapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan.[26] Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silamTsar danSoviet.

Politik

[sunting |sunting sumber]

Pemerintahan

[sunting |sunting sumber]
Vladimir Putin
Presiden
Mikhail Mishustin
Perdana Menteri

MenurutPerlembagaan Rusia, negara ini merupakan sebuah persekutuan asimetrik dan republiksepara presiden. Presiden ialahketua negara[28] danPerdana Menteri ialahketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstrukturdemokrasi berperwakilanberbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:

  • Perundangan: Perhimpunan Persekutuandwidewan yang terdiri daripadaDuma Negara (450 ahli) dan Majlis Persekutuan (170 ahli), menerima undang-undang persekutuan, mengisytiharkan perang, meluluskan perjanjian, mengawal perbelanjaan dan berkuasamendakwa Presiden.
  • Eksekutif: Presiden ialah Pemerintah TertinggiAngkatan Tentera, boleh membatalkanrang undang-undang sebelum dijadikan undang-undang, serta melantik Jemaah Menteri dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasa undang-undang dan dasar-dasar persekutuan.
  • Kehakiman: Mahkamah Perlembagaan,Mahkamah Agung dan makhamah-makhamah persekutuan rendah. Para hakim mahkamah-mahkamah tersebut dilantik oleh Majlis Persekutuan atas nasihat Presiden, mentafsir undang-undang dan membatalkan undang-undang yang didapati bercanggah dengan perlembagaan.

Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut).[29] Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasukRusia Bersatu,Parti Komunis, Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil. Pada tahun 2019, Rusia diletakkan di tempat ke-134 daripada 167 negara dalam Indeks Demokrasi, yang disusun oleh Unit PerisikanThe Economist,[30] sementara Projek Keadilan Dunia, setakat tahun 2014, meletakkan Rusia di tempat ke-80 daripada 99 negara ditinjau dari segi peraturan perundangan.[31]

Bahagian politik

[sunting |sunting sumber]
Kremlin Moscow, tempat kediaman dan kerjaPresiden Rusia
Presiden RusiaVladimir Putin dan Akhmad Kadyrov, bekas pemberontak dan ketua Republik Chechen, 2000
Presiden RusiaDmitry Medvedev dan Presiden Tatarstan Mintimer Shaimiyev diKazan, ibu kotaTatarstan, 2011
Rencana utama:Subbahagian Rusia
Subjek persekutuan

MengikutPerlembagaan, negara tersebut terdiri daripada lapan puluh lima subjek persekutuan,[32] termasukRepublik Krimea danbandar raya persekutuanSevastopol yang dipertikai.[33] Pada tahun 1993, apabila Perlembagaan diguna pakai, terdapat lapan puluh sembilan subjek persekutuan yang disenaraikan, tetapi kemudian ada sesetengah daripada mereka digabungkan. Subjek-subjek tersebut mempunyai perwakilan sama rata—dua wakil untuk setiap subjek—dalam Majlis Persekutuan.[34] Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonomi yang dinikmati.

  • 46oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
  • 22republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
  • 9krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
  • 4okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecualiNegeri autonomi Chukotka.
  • 1oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
  • 3bandar persekutuan (Moskow, St. Petersburg danSevastopol): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
Daerah persekutuan

Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.[35] Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.

Vladimir Putin bertemuPerdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad diPutrajaya, 5 Ogos 2003

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Jenis iklim Köppen Rusia

Rusia merupakan negara terbesar di dunia; jumlah keluasannya ialah 17,075,200 kilometer persegi (6,592,800 bt2).[36][37] Hal ini menjadikannya lebih besar daripada benuaOceania,Eropah danAntartika. Ia terletak di antara latitud 41° dengan 82° U, dan longitud 19° T ke 169° B.

Perkembangan wilayah Rusia adalah sebahagian besar dicapai pada akhir abad ke-16 di bawah Cossack Yermak Timofeyevich semasa pemerintahanIvan Ganas, pada suatu masa apabila negara kota yang bersaing di kawasan barat Rusia berkumpul bersama untuk membentuk sebuah negara. Yermak mengumpulkan sebuah pasukan tentera dan menolaknya ke timur. Beliau menawan hampir kesemua tanah yang pernah dimilikiOrang Mongol, menewaskan pemerintah mereka, Khan Kuchum.[38]

Rusia mempunyai sebuah tapak sumber asli yang luas, termasuk deposit utama kayu balak, petroleum, gas asli, batu arang, bijih dan sumber mineral yang lain.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Rusia

Ekonomi Rusia merupakan sebuah ekonomi pendapatan tengah atas[39]campuran dan peralihan. Ia merupakan ekonomi negara terbesar kelima diEropah, KDNK nominalterbesar kesebelas di dunia, dan ekonomi negaraterbesar kelima di dunia mengikutpariti kuasa beli.

Minyak, gas asli, logam dan kayu merangkumi 80% eksport Rusia.[40] Sejak 2003, eksport barang mentah mula berkurang seiring dengan membaiknya pasar dalam negeri. Meskipun dengan harga tenaga yang tinggi, petroleum dan gas asli hanya menyumbang dalam 5.7% KDNK Rusia.[41] Pendapatan minyak membolehkan Rusia meningkatkan rizab luar negara dari $12 bilion pada 1999 menjadi $597.3 juga pada 2008 - ketiga terbesar di dunia.[42] Di bawah Menteri Kewangan Alexei Kudrin, pendapatan yang berlebih disimpan ke dalam Dana Penstabilan Rusia.[43] Pada 2006, Rusia membayar hampir semua hutang utamanya,[44] menjadilan Rusia sebagai salah satu negara-negara dengan hutang luar negeri terendah dalam kalangan negara-negara utama dunia.[45] Tabung dana ini membantu Rusia keluar darikrisis kewangan global dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang anggapan pemerhati kewangan.[43]

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Rusia memiliki jumlah penduduk sebanyak 142.8 juta orang berdasarkan bancian rasmi 2010[46] dan meningkat kepada 145.5 juta orang (anggaran Januari 2022).[47] Ini ialah negara dengan jumlah penduduk terbanyak di Eropah serta kesembilan terbesar di dunia dengan kepadatan sembilan orang per kilometer persegi.[48] Jangka hayat purata penduduk Rusia ialah 73.2 tahun (lelaki: 68.2 tahun, wanita: 78.0 tahun).[49]

Penduduk Rusia terdiri daripada 193 kelompok etnik di seluruh negara.[50] Dalam bancian 2010, kira-kira 81% penduduk ialah golonganetnik Rusia,[50] dan selebihnya tergolong dalam etnik-etnik minoriti,[51] dengan lebih empat per lima penduduk adalah berketurunan Eropah,[51] kebanyakannya golonganSlav,[52] dengan minoriti ketara warga Finnik dan Germanic.[53][54] Jumlah imigran Rusia ialah lebih 11.6 juta orang,[55] ketiga terbesar dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari bekas wilayah Soviet.[56]

Bahasa

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa rasmi negara, tetapi republik-republik Rusia turut menetapkan bahasa tempatan mereka sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Rusia.Abjad Cyril pula merupakan bentuk tulisan rasmi negara. Bahasa Rusia juga merupakanbahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; kebanyakan buku di dunia ditulis dalam bahasa Inggris danBahasa Rusia. Ada lebih 100 bahasa minoriti yang ditutur di Rusia.[57]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kebudayaan Rusia

Rusia ialah sebuah negara multibudaya yang dipengaruhi oleh aneka macam budaya. Budaya dominan Rusia adalah budayaGereja OrtodoksYunani yang telah meresap ke dalam kehidupan rakyat Rusia. KebudayaanSlavOrtodoks,orang Tatar yang berasaskanIslam, suku Buryat bercirikannomad danpaganisme diTimur Jauh menambah lagi keragaman budaya di Rusia.

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Krimea, yang dilampirkan oleh Rusia pada 2014, kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa (Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 68/262) sebagai sebahagian daripada Ukraine.[1] Wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia, yang merupakan dilampirkan—walaupun hanya sebahagiannya diduduki—pada 2022, juga kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine.Kepulauan Kuril paling selatan telah menjadi subjek pertikaian wilayah dengan Jepun sejak pendudukan mereka oleh Kesatuan Soviet pada akhir Perang Dunia II.
  2. ^Krimea yang diilhak Rusia, masih diiktiraf di peringkat antarabangsa (Ketetapan 68/262 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) sebagai sebahagian daripadaUkraine yang ditunjukkan dalam hijau muda.[2][3]
  3. ^Soviet Agung RSPS Rusia memeterai perjanjian tersebut pada 12 Disember, mengutukkan perjanjian tahun 1922.
  4. ^Apabila termasukRepublik Krimea danSevastopol, jumlah keluasan Rusia meningkat kepada 17,125,191 km2 (6,612,073 bt2)[5]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Pifer, Steven (17 March 2020)."Crimea: Six years after illegal annexation". Brookings Institute. Dicapai pada30 November 2021.
  2. ^"Republic of Crimea".The Territories of the Russian Federation 2020. Routledge. 2020.ISBN 9781003007067.Nota: Wilayah semenanjung Crimea, yang terdiri daripada Bandar Sevastopol dan Republik Krimea, kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine, berikutan pengilhakan mereka oleh Rusia pada Mac 2014.
  3. ^Taylor, Adam (22 March 2014)."Crimea has joined the ranks of the world's 'gray areas.' Here are the others on that list".The Washington Post. Dicapai pada27 March 2014.
  4. ^"World Statistics Pocketbook 2016 edition"(PDF). United Nations Department of Economic and Social Affairs. Statistics Division. Dicapai pada24 April 2018.
  5. ^"Information about availability and distribution of land in the Russian Federation as of 1 January 2017 (by federal subjects of Russia)"Сведения о наличии и распределении земель в Российской Федерации на 1 January 2017 (в разрезе субъектов Российской Федерации).Rosreestr.
  6. ^"The Russian federation: general characteristics".Federal State Statistics Service. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 July 2011. Dicapai pada5 April 2008.
  7. ^abcОценка численности постоянного населения на 1 января 2020 года и в среднем за 2019 год [Estimated population as of 1 January 2020 and on the average for 2019](XLS).Russian Federal State Statistics Service (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada21 June 2020.
  8. ^abc"World Economic Outlook Database, October 2019".IMF.org.Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada18 Januari 2020.
  9. ^"GINI index (World Bank estimate) – Russian Federation". World Bank. Dicapai pada22 March 2020.
  10. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada10 December 2019.
  11. ^"General Information". Russian Embassy, Washington DC.
  12. ^"Территория и население Российской Федерации". Diarkibkan daripadayang asal pada 16 April 2016.
  13. ^"Рекорды и антирекорды России". Diarkibkan daripadayang asal pada 9 March 2016. Dicapai pada4 February 2019.
  14. ^"European Countries by population (2020)".
  15. ^"Countries in the world by population (2020)".
  16. ^Milner-Gulland, R. R. (1997).The Russians: The People of Europe. Blackwell Publishing. m/s. 1–4.
  17. ^"History of Russia – Slavs in Russia: from 1500 BC". Historyworld.net. Dicapai pada14 July 2016.
  18. ^Hosking, Geoffrey; Service, Robert, penyunting (1998).Russian Nationalism, Past and Present. Springer. m/s. 8.ISBN 9781349265329.
  19. ^"Повесть временных лет".
  20. ^Encyclopædia Britannica: Kievan Rus
  21. ^"Kievan Rus' and Mongol Periods".Sam Houston State University. Dicapai pada2007-07-20.
  22. ^abKievan Rus' and Mongol Periods, excerpted from Glenn E. Curtis (ed.),Russia: A Country Study, Department of the Army, 1998.ISBN 0-16-061212-8.
  23. ^See Jacob Walkin,The Rise of Democracy in Pre-Revolutionary Russia: Political and Social Institutions under the Last Three Czars, Praeger, 1962.
  24. ^http://www.ciaonet.org/atlas/countries/ru_data_loc.html#a0 CIAO – Atlas – Russia]
  25. ^Revolutions and Civil War, excerpted from Glenn E. Curtis (ed.),Russia: A Country Study, Department of the Army, 1998.ISBN 0-16-061212-8.
  26. ^abSee Donald A. Filzer,Soviet Workers and the Collapse of Perestroika: The Soviet Labour Process and Gorbachev's Reforms, 1985–1991, Cambridge University Press, 1994.ISBN 0-521-45292-9.
  27. ^Misalnya, lihatCountry Profile for the Russian Federation, oleh British Foreign and Commonwealth Office. Diambil pada 21 Julai 2007.
  28. ^"The Constitution of the Russian Federation".(Article 80, §1). Dicapai pada27 Disember 2007.
  29. ^"The Constitution of the Russian Federation".(Article 81, §3). Dicapai pada27 Disember 2007.
  30. ^"Democracy at a standstill"(PDF). World Justice Project. 2013. m/s. 7. Dicapai pada9 August 2014.
  31. ^"WJP Rule of Law Index® 2018–2019".data.worldjusticeproject.org.
  32. ^"The Constitution of the Russian Federation".pravo.gov.ru (dalam bahasa Russian). 11 April 2014. m/s. 19, 21. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^"Treaty Between the Russian Federation and the Republic of Crimea on Ascension to the Russian Federation of the Republic of Crimea and on Establishment of New Subjects Within the Russian Federation" (dalam bahasa Rusia). Kremlin.ru. 18 March 2014. Dicapai pada10 April 2014.
  34. ^"The Constitution of the Russian Federation".(Article 95, § 2). Dicapai pada27 December 2007.
  35. ^Russian Classificaton of Economic Regions (OK 024–95) of 1 January 1997 as amended by the Amendments #1/1998 through #5/2001. Section I. Federal Districts)
  36. ^"General Information". Russian 6Embassy. Dicapai pada14 February 2016.
  37. ^Regions of Russia. Social and economic indicators 2015Diarkibkan 9 April 2016 diWayback Machine Russian Federal State Statistics Service
  38. ^Alton S Donnelly,The Russian Conquest of Bashkiria, 1968, pages 23 and 127; Lincoln, W. Bruce.The Conquest of a Continent: Siberia and the Russians. New York: Random House, 1994, p. 30
  39. ^[1],Bank Dunia
  40. ^"Russia - The World Factbook".The World Factbook (dalam bahasa Inggeris).Agensi Perisikan Pusat. Dicapai pada26 Disember 2007.
  41. ^"Russia fixed asset investment to reach $370 bln by 2010–Kudrin". RIA Novosti. Dicapai pada27 Disember 2007.
  42. ^"International Reserves of the Russian Federation in 2008". The Central Bank of the Russian Federation. Dicapai pada30 Julai 2008.
  43. ^ab"Kudrin and Fischer honoured by Euromoney and IMF/World Bank meetings in Washington". Euromoney. Dicapai pada4 Mac 2011.
  44. ^"Russia's foreign debt down 31.3% in Q3—finance ministry". RIA Novosti. Dicapai pada27 Disember 2007.
  45. ^Debt – externalDiarkibkan 2019-03-17 diWayback Machine,CIA World Factbook. Dicapai 22 Mei 2010.
  46. ^Russian Federal State Statistics Service (2011). Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1 [2010 All-Russian Population Census, vol. 1]. Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Rusia). Federal State Statistics Service.
  47. ^Предварительная оценка численности постоянного населения на 1 января 2022 года и в среднем за 2021 год(XLS).Perkhidmatan Statistik Negara Persekutuan Rusia (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada30 Januari 2022.
  48. ^"Population density (people per sq. km of land area)".The World Bank. Dicapai pada16 Jun 2021.
  49. ^"Life expectancy and Healthy life expectancy, data by country".Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2020. Dicapai pada19 April 2021.
  50. ^ab"EAll- Russian population census 2010 – Population by nationality, sex and subjects of the Russian Federation".Demoscope Weekly. 2010. Dicapai pada7 Julai 2021.
  51. ^ab"ВПН-2010".perepis-2010.ru. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Januari 2012.
  52. ^"Russia – The Indo-European Group".Encyclopedia Britannica. Dicapai pada18 Julai 2021.East Slavs—mainly Russians but including some Ukrainians and Belarusians—constitute more than four-fifths of the total population and are prevalent throughout the country.
  53. ^Taagepera, Rein (2013).The Finno-Ugric Republics and the Russian State.New York City:Routledge.ISBN 978-0-415-91977-7.
  54. ^Sabine Ipsen-Peitzmeier, Markus Kaiser (Hrsg.):Zuhause fremd – Russlanddeutsche zwischen Russland und Deutschland. Bielefeld 2006,ISBN3-89942-308-9.
  55. ^Kirk, Ashley (21 Januari 2016)."Mapped: Which country has the most immigrants?".The Daily Telegraph. Dicapai pada30 Jun 2021.
  56. ^Ragozin, Leonid (3 April 2019)."Russia and Ukraine Fight, But Their People Seek Reconciliation".Bloomberg L.P. Dicapai pada19 April 2021.
  57. ^"Russia - Language, Culture, Customs and Etiquette". Kwintessential.co.uk. Diarkibkan daripadayang asal pada 31 Mei 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangRusia diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
CariРоссия,Россия, atauРусь dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Kerajaan
Maklumat am
Lain-lain
Rencana Rusia 
Sejarah
Garis masa
Mengikut topik
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Rencana berkaitan Rusia
 Geografi
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Pertubuhan antarabangsa
NegaraBRIC
Brazil  ·  Rusia  ·  India  ·  China
APEC
Ahli
Mesyuarat APEC
  • APEC Australia 1989
  • APEC Singapura 1990
  • APEC Korea Selatan 1991
  • APEC Thailand 1992
  • APEC Amerika Syarikat 1993
  • APEC Indonesia 1994
  • APEC Jepun 1995
  • APEC Philippines 1996
  • APEC Kanada 1997
  • APEC Malaysia 1998
  • APEC New Zealand 1999
  • APEC Brunei 2000
  • APEC China 2001
  • APEC Mexico 2002
  • APEC Thailand 2003
  • APEC Chile 2004
  • APEC Korea Selatan 2005
  • APEC Vietnam 2006
  • APEC Australia 2007
  • APEC Peru 2008
  • APEC Singapura 2009
  • APEC Jepun 2010
  • APEC Amerika Syarikat 2011
  • APEC Russia 2012
  • APEC Indonesia 2013
  • APEC China 2014
  • APEC Philippines 2015
  • APEC Peru 2016
  • APEC Vietnam 2017
  • APEC Papua New Guinea 2018
  • APEC Chile 2019
  • APEC Malaysia 2020
  • APEC New Zealand 2021
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Akademik
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rusia&oldid=6728432"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp