Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusa
Julat zaman:Oligosen Awal–Kini
Pengelasan saintifiks
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Infraorder:Pecora
Keluarga:Cervidae
Goldfuss, 1820
Genus jenis
Cervus
Linnaeus, 1758
Subkeluarga
Taburan asal gabungan semua spesies rusa.
Rusa jantan dan betina di Zoo NegaraMalaysia.

Rusa (Jawi: روسا) ataumenjangan (Jawi: منجاڠن) adalahhaiwanmamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk dalamkeluargaCervidae. Keluarga ini dibahagikan kepada kelompokCervinae mencakupkijang danelk dan kelompokCapreolinae mencakuprusa kutub danmoose.Spesies rusa ditemukan di semua benua seluruh dunia kecuali diAustralia danAntartika, spesies rusa paling banyak ditemukan diAsia.

Salah satu ciri khas rusa adalah adanyatanduk isitmewa bukan macamtanduk biasa yang merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian).

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Perkataan "rusa" berpunca daripada akar*uRsa dalambahasa Proto-Austronesia.[1]Kata-kata seasal daripada akar ini termasukusá dalambahasa Tagalog.[1]

Perkataan "menjangan" datang daripadabahasa Jawa:ꦩꦼꦚ꧀ꦗꦔꦤ꧀,translit. menjangan.[2]

Taburan habitat

[sunting |sunting sumber]

Habitat semula jadi rusa meliputi sebahagian besarEurasia danAmerika, dengan kepelbagaian tertinggi tertinggi diAmerika Selatan danAsia Tenggara. Di Afrika, hanya satu spesies alami sahaja yang masih ada (rusa Atlas), dan hanya terdapat di sebahagian kecil Afrika Utara.[3] Selain itu, manusia telah membawa rusa ke kawasan bukan asli, termasuk Australia, New Zealand, New Guinea dan beberapa pulau Caribbean.

Majoriti spesies lebih suka kawasan hutan tertutup serta terbuka, dan pinggir hutan. Sesetengah spesies, sepertiMuntiacus atau rusapintail biasanya ditemui dalam kawasan tumbuhan lebat, manakala yang lain menunjukkan kecenderungan yang lebih fleksibel, dan kebanyakannya berlaku di lokasi pinggir hutan dengan peralihan kepada landskap yang lebih terbuka. Hanya beberapa spesies sepertirusa kutub atau rusa pampas (Ozotoceros bezoarticus) telah menyesuaikan diri secara langsung dengan tanah lapang. Selain itu,rusa paya (Blastocerus dichotomus) danrusa air tinggal di kawasan paya. Secara ringkas, kelompok rusa telah mendiami dari tanah pamah hingga tanah tinggi setinggi 5100 m, dan mendiami iklim tropika hingga tundra Arktik.[4][5]

Ciri

[sunting |sunting sumber]
Yellow cartouche
Rusa pudu utara
Rusa moose (kiri), jenis rusa terbesar dan ilustrasi rusa pudu utara (kanan), spesies rusa terkecil.

Rusa terbesar ialahmoose dengan tinggi mencecah 2.6 meter (8 ka 6 in) dan berat 800 kilogram (1,800 lb).[6][7] Elk boleh berketinggian 1.4–2 meter (4 ka 7 in–6 ka 7 in) di bahu, dan memiliki berat 240–450 kilogram (530–990 lb).[8] Rusa pudu utara di Amerika Selatan adalah yang terkecil, dengan ketinggian serendah 32–35 sentimeter (12 12–14 in) di bahu, dan memiliki berat 3.3–6 kilogram (7 1413 14 lb); rusa pudu selatan setikit lebih tinggi dan berat.[9]

Rusa merupakan perenang dan pelompat yang baik. Secara amnya, rusa bersifatruminan, yakni pemakan tumbuhan, dan memiliki perut empat rongga. Sesetengah rusa seperti di pulauRùm,[10] boleh makan daging apabila ada.[11]

Warna bulu lazimnya daripada merah hingga perang,[12] tetapi boleh menjadi segelap perang coklat[13] atau kekelabuan seperti dalam elk.[8] Beberapa spesies rusa broket memiliki bulu berwarna kelabu hingga perang kemerahan.[14] Sebilangan spesies seperti cital,[15] rusafallow[16] and the rusa Sika[17] memiliki bintik putih pada bulu kulitnya yang perang. Bulu kulit rusa kutub memiliki ciri variasi geografi yang ketara.[18] Rusa menyalin kulitnya dua kali setahun;[12][19] dalam rusa merah sebagai contoh, bulu merah nipis pada musim panas diganti sedikit-sedikit dengan bulu perang kekelabuan yang padat pada musim luruh, dan berubah semula pada musim bunga.[20] Penyalinan bulu ini berlaku berdasarkan kesanfotokala.[21]

Tanduk

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Tanduk rusa

Semua rusa jantan memiliki tanduk kecualirusa air, di mana jantan mempunyai taring panjang seperti gading yang mencapai bawah rahang bawahan.[22] Rusa betina secara amnya tiada tanduk, tetapi rusa kutub memiliki tanduk yang kecil dan kurang bercabang berbanding cabang.[23] Kadangkala, betina spesies lain boleh memiliki tanduk seperti rusa merah.

Tanduk dikaitkan dengan kedudukan satu-satu organisma dalam hierarki sosial dan tingkah laku. Sebagai contoh, semakin berat tanduk, semakin tinggi status individu dalam hierarki sosial;[23] jantan bertanduk besar cenderung lebih bersikap agresif dan dominan terhadap organisma lain.[24] Tanduk juga boleh melambangkan kualiti genetik; jantan dengan tanduk lebih besar berbanding saiz badan cenderung memiliki rintangan lebih baik terhadappatogen[25] dan kemampuan pembiakan yang lebih baik.[26] Tanduk juga berupaya memberi perlindungan daripada pemangsa, seperti kes rusa diTaman Negara Yellowstone.[27]

Gigi

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan rusa memiliki 32 buah gigi, dengan elk dan rusa kutub mengekalkan gigi kanin atasan, dan dengan itu, miliki 34 gigi.[28] Gigi pipi rusa memiliki hujung sabit dari enamel, yang membolehkan rusa untuk menguyah aneka tumbuhan.[29]

Taksonomi

[sunting |sunting sumber]

Rusa (keluarga Cervidae) berada di bahawaArtiodactyla. Keluarga ini pertama kali dijelaskan oleh pakar zoologi JermanGeorg August Goldfuss dalamHandbuch der Zoologie (1820). Tigasubkeluarga diiktiraf:Capreolinae,Cervinae dan Hydropotinae.[30][31]

Percubaan lain pada klasifikasi rusa telah berdasarkan perbezaan morfologi dangenetik.[32] Naturalis Inggeris-IrelandVictor Brooke mencadangkan pada 1878 bahawa rusa boleh dicabangkan kepada dua kelas mengikut ciri-ciritulang metakarpus kedua dan kelima pada kaki hadapan mereka: Plesiometacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Lama) dan Telemetacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Baru). Beliau menganggaprusa kasturi sebagai rusa jati, meletakkannya di bawah Telemetacarpalia. Walaupun rusa telemetakarpus hanya menunjukkan unsur-unsur yang terletak jauh dari sendi, rusa plesiometaiarpus mengekalkan unsur-unsur lebih dekat dengan sendi juga.[33] Pembezan berdasarkan nilai kromosom diploid pada lewat abad ke-20 diganggu beberapa ketidakselarian.[32]

Taksonomi luaran

[sunting |sunting sumber]

Hingga 2003,rusa kasturi diletakkan sebagai takson saudara Cervidae. Walau bagaimanapun, kajianfilogenetik kini menunjukkan bahawa Moschidae danBovidae membentukklad saudara kepada Cervidae. Menurut kajian, Cervidae mencapah dari klad Bovidae-Moschidae dalam 27 ke 28 juta tahun dahulu.[34]Kladogram di bawah adalah berdasarkan kajian tersebut.[34]

Ruminantia
Tragulina

Tragulidae

Pecora

Antilocapridae

Giraffidae

Cervidae

Bovidae

Moschidae


Hubungan dalaman

[sunting |sunting sumber]

Kajianfilogenetik 2006 tentang hubungan dalaman Cervidae oleh Clément Gilbert dan rakan membahagikan keluarga itu kepada dua kelas utama: Capreolinae (telemetakarpus atau rusa Dunia Baru) dan Cervinae (plesiometakarpus atau rusa Dunia Lama). Kajian pada akhir abad ke-20 mencadangkan percabangan sama dalam keluarga. Kajian ini serta kajian terdahulu menyokongmonofili dalam Cervinae, manakala Capreolinae adalahparafiletik. Kajian 2006 mengenal pasti dua keturunan dalam Cervinae, Cervini (terdiri daripada generaAxis,Cervus,Dama danRucervus) dan Muntiacini (Muntiacus danElaphodus). Capreolinae menampilkan tiga keturunan, Alceini (spesiesAlces), Capreolini (Capreolus dan subkeluarga Hydropotinae) dan Rangiferini (Blastocerus,Hippocamelus,Mazama,Odocoileus,Pudu danRangifer). Kladogram berikut adalah berdasarkan kajian 2006 ini.[35]

Cervidae
Cervinae (rusa Dunia Lama)
Muntiacini

Kijang Reeves

Rusa jumbai

Cervini

Rusa rang Eropah

Rusa rang Parsi

Rusa Jawa

Rusa sambar

Rusa merah

Rusa Thorold

Rusa Sika

Elk (Wapiti)

Rusa Eld

Rusa Père David

Rusa paya

Axis porcinus

Chital

Capreolinae (rusa Dunia Baru)
Rangiferini

Rusa kutub

Rusa broket merah

Rusa ekor putih

Rusa baghal

Rusa rawang

Rusa broket kelabu

Rusa pudu selatan

Taruca

Capreolini

Rusa roe

Rusa air

Alceini

Moose

Interaksi dengan manusia

[sunting |sunting sumber]
Sekawan rusa kutub menarik luncur salji; Rusia, akhir abad ke-19 (fotokrom).

Manusia telah memburu rusa atas pelbagai sebab sejak zaman dahulu, termasuk memperoleh daging makanan dan bulu mereka. Rusa telah menjadi sumber makanan penting sejak zaman hominid awal. Di China,Homo erectus memberi makan kepadarusa sika, manakala rusa merah diburu di Jerman. DiChina, rusa terus menjadi sumber makanan utama selama beribu tahun walaupun selepas orang ramai mula bertani, dan ada kemungkinan sika dan rusa lain mendapat manfaat daripada tapak ladang yang sering ditinggalkan.[36] Daging rusa dikenali kerana memiliki kadar nutrisi yang tinggi.[37][38]

Sebaliknya, ia selalunya memburu atas sebab sukan semata-mata, dan kebanyakannya memberi kesan kepada jantan kerana tanduk mereka. Rusa kutub pula telahdijinakkan (secara separa) dan kini berfungsi bukan sahaja sebagai sumber daging dan bulu, tetapi juga dipelihara sebagai haiwan tenusu dan digunakan dalam pengangkutan. Beberapa spesies telah diperkenalkan ke kawasan lain sebagai haiwan pemburu dan taman.

Pada zaman purba, rusa telah menjadi sebahagian budaya dan mitologi di tempat-tempat sepertiMesir Purba danYunani Purba. Di samping itu, rusa telah menjadi subjek sastera sejak zaman Sumer, dan juga dipetik dalam kitab-kitab suci sepertiBible danRig Veda. Rusa juga sering ditampilkan dalamjata-jata petempatan Eropah.

Isu, ancaman dan pemuliharaan

[sunting |sunting sumber]

Peningkatan interaksi antara rusa dengan manusia mengakibatkan beberapa masalah, termasuk kemalangan trafik, kerosakan tanaman, kerosakan harta benda dan penularanpenyakit Lyme.[39] Kadangkala, perkembangan populasi yang tak terkawal membawa kepada pemakanan tumbuhan yang berlebihan sehingga menjejaskan ekologi setempat.[39][40] Dalam hal ini,pengurusan rusa kini diamalkan sebagai kaedahpengurusan hidupan liar dalam mengawal selia populasi rusa di sesuatu kawasan, termasuk untuk mengawal saiz populasi, mengurangkan kesan negatif terhadap ekosistem, dan mengekalkan integriti populasi spesies lain.

Pembesaran habitat sesetengah spesies ini ditangkis oleh ancaman-ancaman tertentu, termasuk pemburuan dan pemusnahan habitat. Satu spesies,rusa Schomburgk asal Siam, telah pupus pada 1930-an.[41] Satu lagi spesies,rusa Père David asal China, berjaya terlepas daripada kepupusan melalui pembiakan di kandang Eropah pada sekitar 1900-an, dan setakat 2020, diiktiraf "pupus di liar" oleh IUCN,[42] tetapi usaha penempatan semula sedang giat dijalankan di China.[43] IUCN menyenaraikan sebilangan spesies sebagai terancam kritikal serta terancam, tetapi data tepat masih kekurangan bagi sesetengah spesies.[44]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abBlust, Robert; Trussel, Stephen (2010)."*uRsa — deer".Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada13 Mei 2022.
  2. ^"menjangan".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^Le programme d'espèces d'UICN et la Commission UICN de la sauvegarde des espèces et TRAFFIC."Résumés des Analyses UICN/TRAFFIC des propositions d'amendement aux Annexes de la CITES pour la Quatorzième session de la Conférence des Parties", Retrieved on 2008-12-28.
  4. ^S. Mattioli:Family Cervidae (Deer). In: Don E. Wilson und Russell A. Mittermeier (peny.):Handbook of the Mammals of the World. Band 2:Hooved Mammals. Lynx Edicions, Barcelona 2011,ISBN 978-84-96553-77-4, m/s. 350–443.
  5. ^Jonathan Kingdon, David Happold, Michael Hoffmann, Thomas Butynski, Meredith Happold, Jan Kalina (peny.):Mammals of Africa. Band 6:Pigs, Hippopotamuses, Chevrotain, Giraffes, Deer and Bovids. Bloomsbury, London, 2013, m/s. 115–120.
  6. ^Long, C. A. (2008).The Wild Mammals of Wisconsin. Sofia, Bulgaria: Pensoft. m/s. 439.ISBN 9789546423139.
  7. ^Prothero, D. R.; Schoch, R. M. (2002).Horns, Tusks, and Flippers: The Evolution of Hoofed Mammals. Baltimore, USA: Johns Hopkins University Press. m/s. 61–84.ISBN 978-0-8018-7135-1.
  8. ^abKurta, A. (1995).Mammals of the Great Lakes Region (ed. 1st). Michigan, USA: University of Michigan Press. m/s. 260–1.ISBN 978-0-472-06497-7.
  9. ^Geist, V. (1998).Deer of the World: Their Evolution, Behaviour and Ecology (ed. 1st). Mechanicsburg, USA: Stackpole Books. m/s. 1–54.ISBN 978-0-8117-0496-0.
  10. ^Owen, James (25 August 2003)."Scottish Deer Are Culprits in Bird Killings". National Geographic News. Dicapai pada16 June 2009.
  11. ^Dale, Michael (1988). "Carnivorous Deer".Omni Magazine: 31.
  12. ^abFeldhamer, G. A.; McShea, W. J. (2012).Deer: The Animal Answer Guide. Baltimore, USA: Johns Hopkins University Press. m/s. 1–142.ISBN 978-1-4214-0387-8.
  13. ^Francis, C. M. (2008).A Field Guide to the Mammals of South-East Asia. London, UK: New Holland. m/s. 130.ISBN 978-1-84537-735-9.
  14. ^Trolle, M.; Emmons, L. H. (2004)."A record of a dwarf brocket from Lowland Madre De Dios, Peru"(PDF).Deer Specialist Group News (19): 2–5.
  15. ^Schmidly, D. J. (2004).The Mammals of Texas (ed. Revised). Austin, Texas (USA): University of Texas Press. m/s. 263–4.ISBN 978-1-4773-0886-8.
  16. ^Hames, D. S.; Koshowski, Denise (1999).Hoofed Mammals of British Columbia. Vancouver, Canada: UBC Press. m/s. 113.ISBN 978-0-7748-0728-9.
  17. ^Booy, O.; Wade, M.; Roy, H. (2015).Field Guide to Invasive Plants and Animals in Britain. London, UK: Bloomsbury Publishing. m/s. 170.ISBN 978-1-4729-1153-7.
  18. ^Bowers, N.; Bowers, R.; Kaufmann, K. (2004).Mammals of North America. New York, USA: Houghton Mifflin. m/s. 158–9.ISBN 978-0-618-15313-8.
  19. ^Hooey, T. (2004).Strategic Whitetail Hunting. Krause Publications. m/s. 39.ISBN 978-1-4402-2702-8.
  20. ^Ryder, M. L.; Kay, R. N. B. (1973). "Structure of and seasonal change in the coat of Red deer (Cervus elaphus)".Journal of Zoology.170 (1): 69–77.doi:10.1111/j.1469-7998.1973.tb05044.x.
  21. ^Lincoln, G. A.; Guinness, F. E. (1972)."Effect of altered photoperiod on delayed implantation and moulting in roe deer"(PDF).Reproduction.31 (3): 455–7.doi:10.1530/jrf.0.0310455.PMID 4648129.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09.
  22. ^Burton, M.; Burton, R. (2002).International Wildlife Encyclopedia (ed. 3rd). New York, US: Marshall Cavendish. m/s. 446–7.ISBN 978-0-7614-7270-4.
  23. ^abHall, B. K. (2005).Bones and Cartilage: Developmental and Evolutionary Skeletal Biology. Amsterdam, Netherlands: Elsevier Academic Press. m/s. 103–15.ISBN 978-0-08-045415-3.
  24. ^Bowyer, R. T. (1986). "Antler characteristics as related to social status of male southern mule deer".The Southwestern Naturalist.31 (3): 289–98.doi:10.2307/3671833.JSTOR 3671833.
  25. ^Ditchkoff, S. S.; Lochmiller, R. L.; Masters, R. E.; Hoofer, S. R.; Den Bussche, R. A. Van (2001)."Major-histocompatibility-complex-associated variation in secondary sexual traits of white-tailed deer (Odocoileus virginianus) evidence for good-genes advertisement".Evolution.55 (3): 616–625.doi:10.1111/j.0014-3820.2001.tb00794.x.PMID 11327168.S2CID 10418779.
  26. ^Malo, A. F.; Roldan, E. R. S.; Garde, J.; Soler, A. J.; Gomendio, M. (2005)."Antlers honestly advertise sperm production and quality".Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences.272 (1559): 149–157.doi:10.1098/rspb.2004.2933.PMC 1634960.PMID 15695205.
  27. ^Metz, Matthew C.; Emlen, Douglas J.; Stahler, Daniel R.; MacNulty, Daniel R.; Smith, Douglas W. (2018-09-03). "Predation shapes the evolutionary traits of cervid weapons".Nature Ecology & Evolution.2 (10): 1619–1625.doi:10.1038/s41559-018-0657-5.PMID 30177803.S2CID 52147419.
  28. ^Reid, F. A. (2006).A Field Guide to Mammals of North America, North of Mexico (ed. 4th). Boston, USA: Houghton Mifflin Co. m/s. 153–4.ISBN 978-0-395-93596-5.
  29. ^Cockerill, R. (1984). Macdonald, D. (penyunting).The Encyclopedia of Mammals. New York, USA: Facts on File. m/s. 520–9.ISBN 978-0-87196-871-5.
  30. ^Groves, C. (2007)."Family Cervidae". DalamProthero, D. R.; Foss, S. E. (penyunting).The Evolution of Artiodactyls (ed. Illustrated). Baltimore, USA: Johns Hopkins University Press. m/s. 249–56.ISBN 978-0-801-88735-2.
  31. ^Wilson, D.E.; Reeder, D.M., penyunting (2005).Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 652–70.ISBN 978-0-8018-8221-0.OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  32. ^abGoss, R. J. (1983).Deer Antlers Regeneration, Function and Evolution. Oxford, UK: Elsevier. m/s. 43–51.ISBN 9780323140430.
  33. ^Brooke, V. (1878)."On the classification of the Cervidœ, with a synopsis of the existing species".Proceedings of the Zoological Society of London.46 (1): 883–928.doi:10.1111/j.1469-7998.1878.tb08033.x.
  34. ^abHassanin, A.; Douzery, E. J. P. (2003)."Molecular and morphological phylogenies of Ruminantia and the alternative position of the Moschidae".Systematic Biology.52 (2): 206–28.doi:10.1080/10635150390192726.PMID 12746147.
  35. ^Gilbert, C.; Ropiquet, A.; Hassanin, A. (2006)."Mitochondrial and nuclear phylogenies of Cervidae (Mammalia, Ruminantia): Systematics, morphology, and biogeography".Molecular Phylogenetics and Evolution.40 (1): 101–17.doi:10.1016/j.ympev.2006.02.017.PMID 16584894.
  36. ^Lander, Brian; Brunson, Katherine (2018). "Wild Mammals of Ancient North China".The Journal of Chinese History.2 (2): 291–312.doi:10.1017/jch.2017.45.S2CID 90662935.
  37. ^Kralj, Richard Andrew (September 2014)."Venison, Is It For You?".Penn State Extension (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada20 January 2020.
  38. ^Blythman, Joanna; Sykes, Rosie (September 2013)."Why venison is good for you | Joanna Blythman and Rosie Sykes".The Guardian. Dicapai pada20 January 2020.
  39. ^abSchusler, Tania M. (15 Ogos 2004)."Ecological Impacts of High Deer Densities (Overview)".tiee.esa.org. Dicapai pada2017-09-20.
  40. ^Marquis, David A.; Brenneman, Ronnie (1981).The Impact of Deer on Forest Vegetation in the Pennsylvania. United States Department of Agriculture: Forest Service. m/s. 1–3.
  41. ^"Cervus schomburgki",World Conservation Monitoring Centre 1996,IUCN Red List of Threatened Species, 2004, dicapai pada22 April 2006
  42. ^Jiang, Z.; Harris, R.B. (2016)."Elaphurus davidianus".Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.2016: e.T7121A22159785. Dicapai pada29 March 2020.
  43. ^Cheng, Zhibin; Tian, Xiuhua; Zhong, Zhenyu; Li, Pengfei; Sun, Daming; Bai, Jiade; Meng, Yuping; Zhang, Shumiao; Zhang, Yuanyuan; Wang, Libo; Liu, Dingzhen (2021). "Reintroduction, distribution, population dynamics and conservation of a species formerly extinct in the wild: A review of thirty-five years of successful Milu (Elaphurus davidianus) reintroduction in China".Global Ecology and Conservation.31: e01860.doi:10.1016/j.gecco.2021.e01860.S2CID 244584326Check|s2cid= value (bantuan).
  44. ^IUCN Red List of Threatened Species, dicapai 29 November 2006.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
CariRusa dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Rusa.
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganRusa
Spesies-spesiesArtiodactyla yang wujud mengikut suborder
SuborderRuminantia
Antilocapridae
Giraffidae
Okapia
Giraffa
Moschidae
Tragulidae
Cervidae
Keluarga besar tersenarai di bawah
Bovidae
Keluarga besar tersenarai di bawah
KeluargaCervidae
Cervinae
Capreolinae
KeluargaBovidae
Cephalophinae
Hippotraginae
Reduncinae
Aepycerotinae
Peleinae
Alcelaphinae
Pantholopinae
Caprinae
Cabang-cabang besar tersenarai di bawah
Bovinae
Cabang-cabang besar tersenarai di bawah
Antilopinae
Cabang-cabang besar tersenarai di bawah
KeluargaBovidae (cabangCaprinae)
KeluargaBovidae (cabangBovinae)
Boselaphini
Bovini
Strepsicerotini
Tragelaphus
(termasukkudu)
KeluargaBovidae (cabangAntilopinae)
Antilopini
Saigini
Neotragini
SuborderSuina
Suidae
Tayassuidae
SuborderTylopoda
Cetartiodactyla(klad tanpa pangkat, lebih tinggi daripada Artiodactyla)
Cervidae
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rusa&oldid=6360996"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp