Rumah hijau, ataurumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanam yang terlindung dan terkawal. Haba daricahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.
Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asas tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran padafrekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industriseni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.
Francesco Pona:Il Paradiso de' Fiori overo Lo archetipo de' Giardini, 1622 Angelo Tamo, Verona (a manual of gardening with use greenhouse for makeGiardino all'italiana)