Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rukun Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripadasiri berkaitan
Islam

Allah SWT memerintahkan seluruh umat manusia untuk mentaati suruhannya yang dikenali sebagaiRukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

  1. Mengucapkan dua kalimahsyahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikansolat fardhu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulanRamadan
  4. Membayarzakat -Zakat fitrah,Zakat harta
  5. MengerjakanHaji bagi mereka yang mampu

Setelah seluruh manusia taat kepada suruhan Allah SWT sehingga Allah SWT redha, Allah SWT akan mengurniakan kita 6Rukun Iman. Perkara ini semua didasarkan kepadaHadis Jibril danAl-Quran[1].

Rukun Islam

Amalan Kalimah Syahadah

Rencana utama:Syahadah

Perintah pertama Allah SWT untuk manusia adalah mengucapkan 2 kalimahsyahadah iaitu 'Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad ialah pesuruhnya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Allah SWT. Setelah ini Tuhan menyuruh kita untuk menunaikan Hak Kalimah seperti yang diamalkan Nabi Muhammad iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kemungkaran terbesar ialah manusia tidak mengaku Tuhan sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad ialah pesuruhya perlu dicegah dengan menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum mengucapkan Kalimah(belum Islam)untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini. Kemungkaran terbesar dibuat olah orang Islam ialah tidak menunaikan Hak Kalimah (tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan kedua tidak menjaga Solat, perlu dicegah dengan mengajak mereka mengamalkannya.

Menunaikan Hak Kalimah ini merupakan amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, Tuhan memberi contoh melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran cara yang mereka menyempurmakan keinginan Tuhan iaitu semua manusia beriman. Nabi-nabi mencegah mungkar manusia yang tidak mengakui tiada Tuhan selain Tuhan dan Nabi tersebut sebagai pesuruhya dengan mengajak mereka supaya mengaku dan pengikut Nabi juga mengajak manusia lain kepada kebaikan.

Hukum menunaikan Hak Kalimah ini adalah Fardhu Ain kepada semua orang Islam untuk mengajak kepada kebaikan(perintah Tuhan) dan mencegah kemungkaran setiap hari dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid. Setiap masjid perlu ada sebahagian yang mengajak kepada kebiakan dan mencegah kemungkaran[perlu rujukan]


Kalimah Syahadah




Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah.


"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)[2]

Solat

Rencana utama:Solat

Solat adalah ibadah fardhu yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam lima waktu. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solatFardhu atau solat yangwajib dilakukan setiap hari.

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakansolat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnyasolat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)[3]

Waktu Solat telah ditentukan masanya

Sebelumsolat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripadahadas besar danhadas kecil. Pembersihanhadas kecil dikenali sebagaiWudhu. Manakala pembersihanhadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).

Solat harus dilakukan dalambahasa Arab, yakni bahasaAl-Quran. Ketikasolat, orang Muslim hendaklahberdiri tegak (bagi siapa yang mampu),rukuk,sujud sambil menghadap ke arahKiblat yakni menghadapKaabah diMakkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.

Puasa

Rencana utama:Ibadat puasa

Bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh :- Menahan mulut dari makan dan bercakap sia-sia,

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[4]

" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yangsakit atau dalammusafir, (bolehlah dia berbuka), kemudianwajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; danwajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayarfidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaranfidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberifidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)[5]

" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulanRamadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalammusafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilanganpuasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)[6]

Zakat

Rencana utama:Zakat

Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atastauhid dan supaya mereka mendirikansolat serta memberizakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5)[7]

" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)[8]

" Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. " (Surah At-Taubah : 60)[9]

Menunaikan haji

Rencana utama:Haji

Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakanhaji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadatHaji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadatHaji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97)[10]

Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalamsejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya

Semasa haji, umat Muslim tiba di PelabuhanJeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggilIhram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.

Rukun Islam Syiah

Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Rukun Islam" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silalahmembantu.
Anda boleh rujuk:Laman PerbincangannyaDasar dan Garis Panduan WikipediaManual Menyunting

Dalam Islam Syiah, lima rukunnya adalah lebih abstrak dan inward oriented, which are:

Lihat juga

  1. Rukun Iman.
  2. Rukun Islam keenam.

Rujukan

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki

  1. ^Wawasan Alquran, By Moh. Quraish Shihab
  2. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=3&nAya=18&t=mal
  3. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=4&nAya=103&t=mal
  4. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=2&nAya=183&t=mal
  5. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=2&nAya=184&t=mal
  6. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=2&nAya=185&t=mal
  7. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=98&nAya=5&t=mal
  8. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=9&nAya=103&t=mal
  9. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=9&nAya=60&t=mal
  10. ^http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=3&nAya=97&t=mal
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rukun_Islam&oldid=5801875"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp