Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Roy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana biografi inimemerlukanpetikan tambahan untukpengesahan. Sila bantu dengan menambahsumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak bersumber atau yang boleh menimbulkan kontroversi harus diundurkandengan segera, khususnya jika berunsurfitnah dan membawa keburukan.(Mac 2022)
(Cari sumber:Royberita,buku,Google Scholar)
Roy
Juga dikenali
sebagai
Roy
Kelahiran (1964-10-25)25 Oktober 1964 (umur 60)
Muar,Johor,Malaysia
GenreR&B, patriotik
Tahun aktif1989Sunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mohammad Rauzan "Roy" Alwi (lahir 25 Oktober 1964) merupakan seorang penyanyi lelakiMalaysia.[1]

Beliau terkenal sebagai penyanyi lagu berkonsepkan kenegaraan kerana setiap kalinya telah disiarkan di stesen televisyen, terutama pada waktu perdana suatu masa dahulu, membuatkan beliau dilabel sebagai penyanyi lagu patriotik.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Roy telah dilahirkan pada 25 Oktober 1964 diMuar,Johor. Beliau berkahwin dengan Haslinda Abdul Rahman. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka mempunyai tiga orang zuriat iaitu Mohammad Ridhwan, Mohammad Rashidin dan Siti Aisyah.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Dia telah memulakan kerjaya sebagai seorang bekas vokalis kumpulan rockLefthanded sebelum dia keluar daripada kumpulan tersebut lalu dia menjadi penyanyi solo pada tahun 1989 dengan album pertamanyaDiari Mimpi dikeluarkan pada tahun tersebut. Lantasnya, Roy pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular untukAnugerah Bintang Popular (kini Anugerah Bintang Popular Berita Harian) telah diadakan pada 13 Januari 1990. Roy kemudiannya meneruskan kerjayanya apabila albumNekad dikeluarkan pada tahun 1990 dengan dan seterusnya albumRoy pada 1993 dengan lagunyaRatnaku mula melonjak naik apabila lagunya berjaya melayakkan diri keJuara Lagu 1993 (kini Anugerah Juara Lagu).

Dia bukan sahaja menyanyikan lagu bergenreR&B danslow rock tetapi dia diberi penghormatan sebagai penyanyi lagu berunsurkan patriotik kerana setiap kalinya membawakan lagu patriotik pada zaman kegemilangannya di kaca televisyen sepertiRadio Televisyen Malaysia dan sering mendapat tawaran persembahan di istana dan majlis-majlis besar kerajaan.

Lagu patriotik

[sunting |sunting sumber]

Roy pernah bekerja sebagai penyanyi patriotik diRadio Televisyen Malaysia suatu ketika dahulu. Hasilnya dengan suara yang mantap, dia telah berjaya menyanyikan lagu patriotik bergenreslow march iaitu berbentuk rentak dan diterima oleh rakyatMalaysia yang sesuai pada zaman kegemilanganya.

Antaranya beberapa Roy menyanyikan lagu patriotik dan berkonsepkan kenegaraan untuk lagu tema hari kebangsaan iaitu1 Malaysia (2009), Perpaduan Teras Kejayaan (2008), Malaysiaku Gemilang (2007), Wawasan 2020 (1991) dan Jayadiri (1999).

Roy telah diberi penghormatan untuk menyanyikan sebuah lagu patriotik untuk kejohananSukan Komanwel 1998. Hasilnya, dia diberi kepercayaan oleh mana-mana pihak untuk menghasilkan lagu itu sepertiBersatu Selamanya, Forever As One dan Tunjukkan Kemampuan Kita.

Gegar Vaganza 6

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2019, Roy telah menyertaiGegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai rancangan tersebut. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusanGegar Vaganza 2019
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Lagu Ke Artis?"Ratnaku"Dirinya sendiriKe-6
Minggu 2CarMa (Cari Makan)"Jerat"Harvey MalaiholoKe-7
Minggu 3Yang Aneh Aneh"Gila Judi"M. Daud KilauKe-7
Minggu 4Haa... Tepuk"Yang Tersayang" (duetAmelina)Amelina &IwanKe-3
Minggu 5CurHat (Curahan Hati)"Crazy Little Thing Called Love"QueenKe-4
Minggu 6Melets (Meletop)"Sonata Musim Salju"HazamiKe-5
Minggu 7Caras (Cara Sendiri)"Hajat"Hael HusainiKe-5
Minggu 8Reset"Seniman Menangis"Ismail HaronTersingkir

Diskografi

[sunting |sunting sumber]

Album studio

[sunting |sunting sumber]

Anugerah & pencapaian

[sunting |sunting sumber]
TahunAcaraKategoriKarya dicalonkanKeputusan
1993Anugerah Industri Muzik PertamaPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)AlbumRoyTercalon
Lagu Terbaik"Ratnaku"Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-8Pop RockTercalon

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^'Biodata Roy' Mustazah GP (27 September 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5
Musim 6
Musim 7
Musim 8
Musim 9
1 menunjukkan telah meninggal dunia.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Roy&oldid=6351280"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp