Dato'Romli Ishak ialah ahli politikMalaysia berketurunanMelayu. Beliau merupakan Pengerusi Syarikat Cyberview Sdn Bhd sebuah syarikat milikKementerian Kewangan Malaysia[1] dan dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat PresidenParti Keadilan Rakyat. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Dato' Romli Ishak DSPN | |
|---|---|
| Pengerusi Syarikat Cyberview Sdn Bhd | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Kementerian | Kementerian Kewangan Malaysia |
| Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR | |
| Dalam jawatan 2022–2025 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Setiausaha Politik kepadaTimbalan Perdana Menteri Malaysia | |
| Dalam jawatan 2018–2020 | |
| Timbalan Perdana Menteri | Wan Azizah Wan Ismail |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | |
| Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia (Diploma) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ijazah Sarjana Muda) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
Minat mendalam beliau dalam bidang Pembuatan dan Bioteknologi Perubatan telah menyebabkan beliau mengasaskan syarikat GranuLab (M) Sdn Bhd dengan bantuan SINDIRA Bhd (PLC) ahli Johor Corporation Group, MTDC, Biotech Group dan MDV. Beliau meninggalkan GranuLab pada tahun 2014.
Setahun kemudian beliau menubuhan dua buah syarikat bioperubatan iaitu LaDIY Healthcare Sdn Bhd dan MyIOL Sdn Bhd pembuat sulung Intraocular Lens (IOLs) di Malaysia.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepadaTimbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dari tahun 2018 hingga 2020.
Pada tahun 2019, beliau menyertai Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan sehingga tahun 2023. Beliau merupakan pengasas dan CEO Negeri Sembilan Capital Advance sebuah subsidiari milik MBI Negeri Sembilan dari tahun 2021 hingga 2023.