Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Rum" dilencongkan ke sini. Untuk jenis arak yang senama, sila lihatRum (arak).
Untuk kegunaan lain, sila lihatRom (nyahkekaburan).
Rum/Rom
Roma
Bendera Rum/Rom
Bendera
Nama panggilan: The Eternal City
Cogan kata:Senātus Populusque Rōmānus (SPQR)  (Latin)
NegaraItali
KawasanLazio
WilayahRom (RM)
Diasaskan21 April 753 SM (tradisional)
Pentadbiran
 • Datuk BandarGianni Alemanno
Aras
+20 m (66 ft)
Penduduk
 (31 Disember 2019)
 • PemeringkatanPertama (Itali)
Ketiga (Kesatuan Eropah)
 • Kepadatan2,236/km2 (5,790/batu persegi)
 • Komun
2,860,009[1]
 • Bandar metropolitan
4,342,212[2]
Poskod
00121 to 00199
Kod kawasan06
Santo penaungSanto Petrus danSanto Paulus
Laman sesawangcomune.roma.it
Pusat Bersejarah Rom, Hartanah Takhta Suci di Bandar dengan Hak Pascawilayah dan San Paolo Fuori le Mura
Tapak Warisan Dunia
Maklumat am
Nama asliRoma
Nama rasmiRoma Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1980 (sesi ke-4)
Keluasan1,287.36 km2 (1.38570×1010 ka2)
Laman sesawang
https://www.comune.roma.it/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiWilayah Rom,Negeri-Negeri Paus, Rome,Rom kuno,Republik Rom,Empayar Rom,Empayar Rom Barat, Metropolitan City of Rome, circle of Rome, ItaliSunting ini di Wikidata
Koordinat41°53′35″N12°28′58″E / 41.8931°N 12.4828°E /41.8931; 12.4828
Rom yang terletak di Itali
Rom
Lokasi Rom
Map
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rum[3] (Jawi: روم,Latin danItali:Roma [ˈroma];bahasa Inggeris:Rome juga dimelayukan kepadaRom) merupakanibu negaraItali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala pendudukkawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta olehEurostat.[4]OECD menganggarkanKawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[5] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengahSemenanjung Itali, disungai Tiber.

Rum/Rom juga sering dikaitkan denganGereja Katolik dan ketua uskupnya,Paus. Satuenklaf Rom ialahKota Vatikan, wilayah daulatTakhta Suci dannegara paling kecil di dunia.

Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dariPerang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciriPembaharuan danBaroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalamKesatuan Eropah,[6] dan pusat sejarah disenaraikanUNESCO sebagai salah satuTapak Warisan Dunia[7]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

IstilahRum pinjamanbahasa Arab:رُومRūm menyerap dariBahasa Parsi Pertengahanhrōm lanjut daribahasa Parsawifrwm menerus dari kataYunani PurbaῬώμη.[8] Pengungkapan ini merangkumi seluruh kawasan pernah diliputi kekuasaanempayar pusat kota ini termasuk tanahAnatolia di Turki moden yang kemudiannya diserahkan kepadaEmpayar Byzantium yang pecah,[9] kerajaan Rum Byzantium yang bersinambungan ini pula diabadikan dalam pengetahuan orang Arab melalui penurunansurah Ar-Rum kitabAl-Quran ayat 2 hingga 4 yang menyebut mengenai nasib merekaditumpaskan tenteraSasaniyah diJerusalem pada 614 Masihi tetapi kemudiannya diramalkan bakal menang dalam satupertempuran pimpinanHeraklios beberapa tahun kemudian.[9][10][11] NamaRūm kepada kota ini (atau yang dekat sepertiرُومِيَّةRūmiyyah) tetap diteruskan pemeta-pemeta Islam zaman-zaman mendatang sepertiAbu Hasan Al-Masu'di pada abad ke-10.[12]

Asal usul

[sunting |sunting sumber]

Pada 21 April 753S M,Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, diLembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistemRepublik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagaipatricius. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar-bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, dancolloseum. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Rom memilikiiklim Mediterranean bermusim panas hangat dan kering (pengelasan iklim Köppen:Csa),[13] dan musim sejuk yang dingin dan lembap.

Suhu tahunannya lazimnya bernilai melebihi 20 °C (68 °F) pada siang hari dan 10 °C (50 °F) pada malam. Salji jarang turun tetapi bukannya tidak pernah, dengan salji ringan atau salji yang turun seccara tiba-tiba terjadi pada hampir setiap musim dingin, umumnya tanpa pengumpulan, dan hujan salji besar terjadi sekali setiap 20 atau 25 tahun; kali terakhir terjadi pada tahun 2012.[14] Dalam bulan terdingin (Januari), suhu purata ialah 12 °C (54 °F) ketika siang dan 3 °C (37 °F) ketika malam. Dalam bulan-bulan terpanas (Julai dan Ogos), suhu purata mencecah 30 °C (86 °F) pada waktu siang dan 18 °C (64 °F) pada malam.

Kelembaban relatif purata Rom adalah sekitar 75%, dengan julat daripada 72% pada Julai sampai 77% pada November. Suhu laut berjulat daripada yang terendah mencecah 13 °C (55 °F) pada Februari dan Mac sehingga nilai tertinggi iaitu 24 °C (75 °F) pada bulan Ogos.[15]

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

DenganKDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion),[16] bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.[16] Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.[16]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]

Seni bina

[sunting |sunting sumber]

Bidang seni bina di Rom telah berkembang selama berabad-abad lamanya, terutamanya dari gaya Rom Imperial dan Klasik sampaiseni bina fasis moden. Rom pada satu tahap pernah menjadi salah satu pusat-pusat seni bina klasik utama dunia dengan mengembangkan bentuk-bentuk seni bina baharu sepertigerbang,kubah, dankekubah.[17] GayaRomanesque pada abad ke-11 hingga ke-13 juga banyak digunakan dalam seni bina tempatan, dan seterusnya, kota ini menjadi salah satu pusat-pusat utama seni binaRenaissance,Baroque, dan neoklasik.[17]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Rom merupakan salah satu pusat utama pendidikan tinggi kebangsaan dan antarabangsa yang meliputi banyak akademi, isntitut pengajian tinggi, dan universiti. Rom memiliki pelbagai akademi dan institut pengajian tinggi, serta sentiasa menjadi pusat utama pendidikan dan inteletual di seluruh dunia, khususnya sepanjang zaman Rom purba danRenaissansce, bersama-sama denganFirenze (Florence).[18] Menurut Indeks Penjenamaan Bandar, Roma dipandang sebagai bandar kedua di dunia yang paling indah dan menarik dari segi budaya, pendidikan, dan sejarah.[19]

Universiti pertamanya,La Sapienza (didirikan pada 1303), merupakan salah satu universiti-universiti terbesar di dunia, dengan lebih daripada 140,000 orang mahasiswa; Universiti Sapienza pada 2005 diberi kedudukan sebagai universiti ke-33 terbaik di Eropah[20] dan pada tahun 2013 menempati peringkat ke-62 di dunia serta teratas di Itali.[21]

Bandar berkembar

[sunting |sunting sumber]

Rom mempunyai satubandar kembar, dan sejumlah bandar rakan kongsi:

Bandar berkembar

[sunting |sunting sumber]
  • PerancisParis,Perancis (Perancis:Seule Paris est digne de Rome; seule Rome est digne de Paris;Itali:Solo Parigi è degna di Roma; solo Roma è degna di Parigi;bahasa Inggeris:Only Paris is worthy of Rome; only Rome is worthy of Paris).[22]

Bandar rakan kongsi

[sunting |sunting sumber]


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"I numeri di Roma Capitale"(PDF).Comune di Roma. 31 Disember 2018.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 4 May 2020. Dicapai pada4 Mei 2020.
  2. ^"Popolazione residente al 1° gennaio".
  3. ^Wilkinson, Richard James (1932)."Rum".A Malay-English dictionary (romanised).II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 353 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^"Urban Audit". Urbanaudit.org. Dicapai pada2009-03-03.
  5. ^OECD."Competitive Cities in the Global Economy"(PDF). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada2009-04-30.
  6. ^Caroline Bremner."Top 150 City Destinations London Leads the Way".Euromonitor International. Dicapai pada2008-11-09.
  7. ^http://whc.unesco.org/en/list/91 - Masukan mengenai Rom di tapak rasmi Pusat Warisan DuniaUNESCO
  8. ^Shukurov 2020, m/s. 145.
  9. ^abBabinger 1987, m/s. 1174.
  10. ^"Ar-Rum ayat 2-4".Quran.com. Dicapai pada26 Dis 2022.
  11. ^Norman Geisler; Abdul Saleeb (2002).Answering Islam: The Crescent in Light of the Cross (ed. revised). Baker Books. m/s. 107.ISBN 9780801064302.
  12. ^König, Daniel G. (2015).Arabic-Islamic Views of the Latin West: Tracing the Emergence of Medieval Europe. Oxford: Oxford University Press. m/s. 207.ISBN 978-0-19-873719-3.
  13. ^"World Map of Köppen−Geiger Climate Classification".
  14. ^"Storia della neve a Roma". Diarkibkan daripadayang asal pada 27 Julai 2013. Dicapai pada2 Oktober 2014.
  15. ^Rome Climate. Retrieved 9 August 2012
  16. ^abc"Rapporto Censis 2006". Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-04-18. Dicapai pada2009-05-08.
  17. ^abEyewitness Travel (2006), pg.36–37.
  18. ^"Roman Academies".Catholic Encyclopedia. Newadvent.org. 1 March 1907. Dicapai pada3 February 2010.
  19. ^"How the world views its cities" – The Anholt City Brands Index 2006[pautan mati]
  20. ^"Arwu.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-29. Dicapai pada2020-12-26.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  21. ^"http://cwur.org/top100.html". Center for World University Rankings. 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada 17 Julai 2013. Dicapai pada17 Julai 2013.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan);External link in|title= (bantuan)
  22. ^"International relations: Special partners".Portal of the City of Paris. Dicapai pada2008-11-09.
Sumber
  • Babinger, Franz (1987). "Rūm". Dalam Houtsma, M. Th.; Wensinck, A.J.; Levi-Provencal, E.; Gibb, H.A.R. (penyunting).E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913–1936.6. Brill.
  • Shukurov, Rustam (2020). "Grasping the Magnitude: Saljuq Rum between Byzantium and Persia". Dalam Canby, Sheila; Beyazit, Deniz; Rugiadi, Martina (penyunting).The Seljuqs and their Successors: Art, Culture and History. Edinburgh University Press. m/s. 144–162.ISBN 978-1474450348.

Nota

[sunting |sunting sumber]
  • Lucentini, Mario (2002).La Grande Guida di Roma (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori.ISBN 88-8289-053-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Spoto, Salvatore (1999).Roma Esoterica (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori.ISBN 88-8289-265-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Richard Brilliant (2006).Roman Art. An American's View. Rome: Di Renzo Editore.ISBN 88-8323-085-X.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangRome diWikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Rasmi
Lain-lain
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiRome.
Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rom&oldid=6328752"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp