Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Robert De Niro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robert De Niro
De Niro diFestival Filem Cannes tahun 2016
Kelahiran
Robert Anthony De Niro Jr.

(1943-08-17)17 Ogos 1943 (umur 81)
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1962–kini
PasanganDiahnne Abbott (k. 1976; c. 1988)
Grace Hightower (k. 1997)
Anak-anak6
Ibu bapaRobert De Niro, Sr.
Virginia Admiral

Robert Anthony De Niro Jr. [dəˈnɪroʊ; ro-bert dĕ-ni-rou] (lahir 17 Ogos 1943) ialah seorang pelakon, penerbit dan pengarahAmerika Syarikat yang telah membintangi lebih dari 100 filem. Peranan filem utama pertamanya ketika muncul dalam filem drama sukamBang the Drum Slowly (1973) dan filem jenayah arahanMartin Scorsese,Mean Streets (1973). Beliau berperanan sebagai Vito Corleone muda dalam filemThe Godfather Part II (1974), yang mana melayakannya memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[1][2]

Awal hidup

[sunting |sunting sumber]

Robert Anthony De Niro[3] lahir di daerahGreenwich Village,Manhattan, New York,[4] anak dari pasanganVirginia Admiral, pelukis dan penyair, danRobert De Niro, Sr., seorang pelukis dan pematungekspresionisme abstrak.[5] Ayahnya seorang keturunan setengahItalia dan setengah keturunan Ireland, sementara ibunya seorang keturunan setengah Jerman, dengan akar leluhurnya yang lain berasal dariBelanda, Inggris, Prancis, dan Ireland.[6][7][8] Datuk dan nenek buyut Italianya, Giovanni De Niro dan Angelina Mercurio, berasal dariFerrazzano di provinsiMolise, Itali. Nenek dari pihak ayah, Helen O'Reilly, adalah cucu dari imigran Ireland.[9]

Kedua orang tuanya berkenalan, bertemu di kelasmelukisHans Hofmann diProvincetown, Massachusetts, namun mereka bercerai ketika beliau berusia tiga tahun setelah ayahnyamelelakecenderungan diri menyukai kaum sejenis.[10] Beliau dibesarkan oleh ibunya di Greenwich Village danLittle Italy, Manhattan. Ayahnya tinggal dalam jarak yang cukup dekat dengan dirinya dan De Niro pun menghabiskan banyak waktu dengannya saat tumbuh dewasa.[11] Ibunya dibesarkan dalam ajaranPresbiterian tetapi menjadi seorangateis saat dewasa, sementara ayahnya seorangKatolikmurtad sejak usia 12 tahun.[10][12] Bertolak belakang dengan keinginan kedua orang tuanya, datuk neneknya secara diam-diam telahmembaptisnya ke dalam Gereja Katolik ketika De Niro tinggal dengan mereka selama orang tuanya bercerai.[10][12]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

De Niro menghadiri "PS 41", sebuahsekolah dasar negeri di Manhattan dan lulus hingga kelas enam. Dia kemudian melanjutkan studi ke Sekolah Elisabeth Irwin,sekolah menengah swasta dariLittle Red School House, bersekolah dari kelas tujuh sampai kelas delapan.[13] Beliau diterima diHigh School of Music and Art untuk kelas sembilan, tetapi hanya hadir dalam waktu yang singkat sebelum pindah ke sebuah sekolah umum.[14]

De Niro memulaisekolah menengah atas diMcBurney School[15] dan kemudian menghadiri sekolah swastaRhodes Preparatory School,[16] meskipun beliau tidak pernah lulus dari salah satu sekolah tersebut.[17] Beliau dijuluki "Bobby Milk" karena mukapucatnya, De Niro bergaul dengan sekelompok anak-anak jalanan saat masa mudanya di Little Italy, beberapa di antaranya masih tetap berteman hingga kini.[18] Arah masa depannya sudah terlihat ketika debut panggungteaternya pada usia 10 tahun, ketika beliau berperan sebagaiCowardly Lion dalam sebuahsandiwaraThe Wizard of Oz yang diproduksi oleh sekolahnya.[4][19] Beliau berupaya mengatasi rasa malunya lewat pertunjukan, beliau juga terpaku denganbioskop, dan beliau putus sekolah pada usia 16 tahun untuk mengejar cita-cita berakting.[18] Beliau belajar akting diStella Adler Conservatory, serta diActors Studio-nyaLee Strasberg.[17]

Kerjaya lakonan

[sunting |sunting sumber]

1963-1974: Permulaan

[sunting |sunting sumber]

Peran filem pertama De Niro terjadi pada saat usia 20, ketika beliau muncul dalam filem karyaBrian De Palma tahun 1963The Wedding Party, tetapi filem itu tidak dirilis sampai tahun 1969. Dia kemudian muncul dalam filem ,Bloody Mama (1970) arahan sutradaraRoger Corman. Dia mendapat perhatian luas ketika berperan sebagai pemainMajor League Baseball yang sekarat dalam filemBang the Drum Slowly (1973).

Sejak 1970-an: Kolaborasi bersama Martin Scorcese

[sunting |sunting sumber]

Beliau mulai bekerja sama denganMartin Scorsese ketika beliau memainkan watak Johnny Boy dalam filemMean Streets (1973).[20] Sejak itu, mereka berdua giat bersama dalam hampir setiap filem dibikin Martin termasukTaxi Driver (1976),New York, New York (1977),Raging Bull (1980),The King of Comedy (1983),Goodfellas (1990),Cape Fear (1991), danCasino (1995). Mereka juga berakting bersama-sama dalam filemGuilty by Suspicion (1991) dan memberikan suara mereka untuk filem animasiShark Tale (2004).Taxi Driver adalah filem yang sangat penting dalam karier De Niro. Penampilan ikoniknya sebagai watakTravis Bickle membawanya menjadi bintang dan namanya selalu terkait denganmonolog watak tersebut yang berperwatakan terpendam dan agresif - sebahagiannya besar hasilimprovisasi De Niro sendiri.[21] Peran Bickle membuatnya mendapatkan nominasiAnugerah Akademi pertamanya untuk kategoriPelakon Terbaik. Perannya sebagaiJake LaMotta dalam filemRaging Bull dan sebagai Max Cady dalam filemCape Fear juga mendapatkan pujian

Kemasyhuran

[sunting |sunting sumber]

De Niro mula menaikkan nama sendiri melaluiperan penting dalam filem arahan sutradaraFrancis Ford Coppola,The Godfather Part II (1974), beliau memainkan watakVito Corleone muda. Coppola mengingat bahawa De Niro pernah ikut dalam audisi sebelumnya, untuk mendapatkan peranSonny Corleone,Michael Corleone,Carlo Rizzi, danPaulie Gatto dalam filemThe Godfather. Penampilan De Niro sebagai Vito Corleone muda, membuatnya mendapatkan Anugerah Akademi pertamanya, untuk kategoriPelakon Pembantu Terbaik, namun pada saat upacara penyerahan penghargaan, Coppola lah yang menerima penghargaan karena De Niro tidak hadir pada upacara tersebut. De Niro menjadi pelakon pertama pemenang Anugerah Akademi yang berbicara terutamabahasa asing dalam filem yang beliau perankan. Dalam hal ini, berbicara beberapa dialekSicilia,[20] meskipun beliau menyampaikan beberapa barisdialog dalambahasa Inggeris. Dia danMarlon Brando, yang memainkan Vito Corleone tua dalam filem pertama, adalah satu-satunya pelakon yang memenangkan Oscar karena memerankan karakter fiksi yang sama. Keduanya tampil bersama dalam filemThe Score (2001).

Pada tahun 1976, De Niro tampil dalam filem1900 yang disutadarai olehBernardo Bertolucci, berkisah tentang kehidupan di Italia sebelumPerang Dunia II, dilihat melalui mata dua orang sahabat masa kecil Italia di sisi berlawanan dari hierarki masyarakat. Dia juga membintangiThe Last Tycoon (1976) disutradaraiElia Kazan. Kazan ada menceritakan semasa pembikinan filem ini bahawa De Niro sanggup "melakukan apa saja untuk berhasil" - De Niro dicatat bahawa beliau menurunkan berat badannya dari 170paun menjadi 128 pain untuk peran dalam filem ini. Kazan menambahkan bahawa De Niro "adalah salah satu dari sejumlah pelakon yang pernah beliau sutradarai yang sangat bekerja keras, dan satu-satunya yang meminta untuk berlatih pada hariMinggu. Sementara sebagian yang lainnys bermaintenis.

Filemografi

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"International Rome Film Festival – De Niro: "I have an Italian passport, I have finally come home"". December 30, 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada December 30, 2013.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^"De Niro Will Get Italian Citizenship".femalefirst.co.uk.
  3. ^Levy, Shawn (2014).De Niro: A Life. Three Rivers Press. m/s. 29.ISBN 0307716791.
  4. ^abPernyataan padaInside the Actors Studio, 1998
  5. ^"Robert De Niro Biography (1943–)".filmreference.com.
  6. ^"Robert De Niro Biography". contactmusic.com.
  7. ^Dougan, Andy (2003).Untouchable: a biography of Robert De Niro. Da Capo Press. m/s. 145.ISBN 1-56025-469-6.
  8. ^"Biography for Robert De Niro". imdb.
  9. ^[1]
  10. ^abc"Robert De Niro's Religion and Political Views".hollowverse.com.
  11. ^Dougan, p. 10.
  12. ^ab"The religion of Robert De Niro, actor".www.adherents.com.
  13. ^Dougan, pp. 12–13.
  14. ^Dougan, pp. 13–14.
  15. ^Baxter, John (2002).De Niro: A Biography. HarperCollins.ISBN 978-0-00-257196-8. pp. 37–38.
  16. ^Baxter, p. 37.
  17. ^abDougan, pp. 17–18.
  18. ^abDougan, p. 17.
  19. ^Dougan, p.15.
  20. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatca2
  21. ^"'There was a sense of exhilaration about what we had done'".The Guardian. UK. 16 Oktober 2004.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
1928–1950
1951–1975
1976–2000
2001–sekarang
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Kamus biografi
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Robert_De_Niro&oldid=4775230"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp