Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rhône-Alpes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rhône-Alpes
Lokasi
[[Image:{{{image_map}}}|260px|Peta Perancis yang menonjolkan daerah {{{common_name}}}]]
Pentadbiran
Ibu kotaLyon
Departmen8
Statistik
Keluasan1[[1 E{{{area_scale}}} m²|43698 km²]]
1

Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikantasik,kolam, danglasier yang melebihi 1 km² (0.386batu persegi atau 247ekar), serta juga muara-muara sungai.

France

Rhône-Alpes (Sebutan Perancis: [ʁo.nalp] (dengar);Arpitan:Rôno-Arpes;Occitan:Ròse Aups) ialah salah satu daripada 26wilayahPerancis, terletak di sempadan timur negara tersebut dan menghala ke selatan. Wilayah ini dinamakan sempenaSungai Rhône dan banjaranAlp. Ibu kotanya,Lyon, merupakan kawasan metropilitan kedua terbesar di Perancis selepasParis. Rhône-Alpes mempunyai ekonomi keenam terbesar berbanding wilayah-wilayah lain sekitar Eropah.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Walaupun Rhône-Alpes telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi, namun penghuni terawal yang telah direkodkan adalah golonganGaul. Kota-kota seperti Lyon diasaskan oleh mereka dan wilayah ini mempunyai talian perdagangan dengan bahagian utara dan selatan Eropah. Kebanyakan kawasan tersebut menjadi sebahagian daripada jajahanRepublik Rom semasa penjajahan oleh Gaul diketuai oleh Julius Caesar dan pernah menjadi wilayah bagi Lugdunensis dan Gallia. Lyon sendiri telah menjadi sebuah kota utama dalam Empayar Rom.

Wilayah ini, kecuali Savoy, merupakan sebahagian Kerajaan Merovingian dan Carolingian sebelum menjadi jajahan diraja di bawah naunganDinasti Capet. Oleh sebab inilah budayanya, pengaruh politik serta ekonominya dan pembangunannya selari dengan Perancis yang lebih besar. (lihatSejarah Perancis)

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Rhône-Alpes terdiri daripadajabatan-jabatan berikut:

Kependudukan

[sunting |sunting sumber]
Dewan bandar raya awal abad ke-17 Lyon (Hôtel de Ville)
Grenoble
Kiosque Peynet di atasChamp de Mars diValence.
Istana dan bumbung-bumbung di bahagian lamaChambéry
Palais de l'Isle diAnnecy

Rhône-Alpes memiliki 3 bandar raya utama di Perancis. Ia membentuk segi tiga Lyon - Grenoble - Saint-Étienne. Segi tiga ini merupakan pusar ekonomi wilayah ini.

  • KawasanLyon: 1,798,395 orang penduduk (2008)
  • KawasanGrenoble: 560,453 orang penduduk (2008)
  • KawasanSaint-Étienne: 321,703 orang penduduk (1999)
  • KawasanValence: 164,334 orang penduduk (2008)

Prefecture

[sunting |sunting sumber]

Pengelompokan terbesar sehingga yang terkecil:

Bandar raya utama

[sunting |sunting sumber]
AnnecySaint-Chamond
Bourg-en-BresseSaint-Étienne
BronSaint-Martin-d'Hères
Caluire-et-CuireThonon-les-Bains
ChambéryValence
GrenobleVaulx-en-Velin
LyonVénissieux
RoanneVilleurbanne

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
2016
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rhône-Alpes&oldid=5198415"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp