Telegram Reuters bertarikh 23 November 1878 yang melaporkanPertempuran Ali Masjid.Reuters Docklands Technical Centre, London
Paul Julius Reuter mengamati bahawa penciptaantelegraf elektrik menandakan bahawa penyampaian berita dalam jarak jauh tidak perlu memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Pada tahun 1850, Reuter bekerja di bandarAachen — ketika itu dalamKerajaan Prusia, kini dalam Jerman — dekat dengan sempadan Belanda dan Belgium. Beliau mula menggunakan talian telegraf Berlin–Aachen yang baru untuk menghantar berita ke Berlin. Namun demikian, terdapat jurang 76-batu (122 km) dalam talian di antara Aachen danBrussel, ibu negara dan pusat kewangan Belgium. Reuter mendapat peluang untuk mempercepat khidmat berita di antara Brussel dan Berlin dengan menggunakan burungmerpati utusan untuk merapatkan jurang itu.
Pada tahun 1851, Reuter berpindah ke London. Setelah kebuntuan pada tahun 1847 dan 1850, cubaan Submarine Telegraph Company memasang kabel telegraf dasar laut yang merentasSelat Inggeris, dariDover keCalais, menjanjikan kejayaan. Reuter mendirikan pejabat "Submarine Telegraph" pada Oktober 1851 sebelum pembukaan kabel dasar laut tersebut pada bulan November. Kemudian, beliau merundingkan kontrak bersamaBursa Saham London untuk menyediakan harga saham dari bursa-bursa ditanah besar Eropah sebagai balasan terhadap capaian kepada harga-harga bursa London yang dibekalkannya kepada broker saham di Paris. Pada tahun 1865, firma swasta Reuter distrukturkan semula sehingga menjadi syarikat berhad yang bernamaReuter's Telegram Company. Reuter menjadi warganegara Britain pada tahun 1857.
Agensi Reuter mendirikan reputasi di Eropah sebagai yang pertama untuk melaporkanskup berita dari luar negara, seperti pembunuhanAbraham Lincoln. Hampir semua perkhidmatan berita di dunia melanggan khidmat Reuters yang dibuka di lebih 200 bandar raya di 94 negara dalam kira-kira 20 bahasa.
Pada 15 Mei 2007,The Thomson Corporation dari Kanada bergabung dengan Reuters dalam urusniaga yang bernilaiAS $17.2 bilion. Thomson kini menguasai sekitar 53 peratus syarikat baru yang dikenali sebagaiThomson Reuters.