Republik Islam Afghanistan merupakan satu daripada dua entiti negara yang mengaku sebagai badan pemerintahAfghanistan bersama-samaEmiriah Islam Afghanistan.[4] Republik Islam Afghanistan mengawal kebanyakan kawasan negara dari 2004 hingga 2021 ketikaperang di Afghanistan. Badan ini terbentuk setelah tentera Amerika Syarikat memasuki Afghanistan lalu menewaskanEmiriah Islam Afghanistan milikTaliban pada 2001, membolehkan republik ini mentadbir kebanyakan kawasan negara.
Meskipun tidak lagi menawan Kabul, Taliban masih mengawal beberapa kawasan di Afghanistan lalu melanjutkan perang saudara. Hal ini melanjutkan lagi isu-isu hak asasi manusia serta wanita di Afghanistan, dan pencabulan-pencabulan perang oleh kedua-dua pihak. Berikutan pergantungan besar republik kepada bantuan ketentaraan dan ekonomi oleh Amerika, sesetengah pihak menggelar republik sebagainegara klien Amerika, dan lama-kelamaan hilang kawalan terhadap kawasan perkampungan selepas berakhirnyaOperasi Enduring Freedom.[5]
Selepas pengunduran tentera NATO pada 2021, Taliban melancarkanserangan ketenteraan besar-besaran pada Mei 2021, membolehkan pihak Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan dalam bulan-bulan beriktunya. Sementara itu,Angkatan Tentera Afghanistan runtuh dengan cepat, dan pentadbiran republik tumbang secara efektif pada 15 Ogos 2021 apabila Talibanmenawan Kabul dan PresidenAshraf Ghani melarikan diri, sama ada keTajikistan atauUzbekistan.
Pada 17 Ogos 2021, Naib Presiden PertamaAmrullah Saleh, merujuk kepadaPerlembagaan Afghanistan — menggelar dirinya sebagai pemangku President Afghanistan daripada pusatpenentangan Panjshir di Lembah Panjshir, dan menyatakan hasrat untuk kekal melawan Taliban dari situ.[6][7][8]