Republik Islam merupakan nama yang digunakan oleh beberapa negara dalam Dunia Islam, iaituIran,Pakistan,Afghanistan danMauritania. Pakistan menggunakan nama tersebut sejak berlakunya konstitusi tahun 1956. Mauritania menggunakannya sejak28 November1958, sedangkan Iran menggunakannya sejakRevolusi Islam tahun 1979 yang menumbangkan dinasti Pahlavi. Afghanistan adalah yang paling akhir menggunakannya, iaitu sejak tahun 2001 setelah tumbangnya kekuasaanTaliban. Meskipun terdapat keserupaan nama, namun terdapat perbezaan besar di antara negara-negara tersebut dalam hal penerapannya pada pemerintahan dan hukum yang berlaku.