Renault FT-17 (Automitrailleuse à chenilles Renault FT modèle 1917) merupakankereka kebal ringanPerancis; ia mempunyai reka bentuk yang paling revolusi dan mempengaruhi reka bentuk kereta kebal dalam sejarah. FT-17 merupakan kereta kebal pertama dengan persenjataan dalam menara berputar sepenuhnya, dan tatarajahnya dengan menara di bahagian atas, engin di belakang dan pemandu dibahagian hadapan menjadi klassik, masih diguna pakai dalam kebanyakan kereta kebal sehingga kini; malah ia sungguh biasa dengan pemahaman moden sehinggakan kita sukar memahami bahawa ia pernah dianggap satu revolusi reka bentuk.
Kajian dalam pengilangan kereta kebal ringan baru bermula pada May1916 oleh pengeluar kereta terkenal,Louis Renault, hanya kerana keinginannya membabitkan jutawan besiPaul Thomé dalam rancangan perniagaannya. Salah seorang pereka berbakatnya,Rodolphe Ernst-Metzmaier, merupakan pencipta sebenar konsep moden ini. Sungguhpun projek ini lebih maju berbanding dua kereta kebal Perancis yang hampil dihasilkan,Schneider CA1 danSt. Chamond yang berat, Renault berhadapan dengan masalah untuk diterima pada awalnya. Malah selepas British mula menggunakan kereta kebal, pada15 September 1916, ketika orang Perancis mahukan penggunaanchars mereka sendiri, penghasilan kereta kebal ringan hampir dibatalkan bagi kereta kebal mahaberat (yang terkemudianChar 2C). Ironinya orangnya sendiri, Ernst-Metzmaier, yang telah mereka raksaksa ini ketika Renault sedang membantu firma lain, FCM. Bagaimanapun, dengan sokongan padu Brigadier JeneralJean-Baptiste Eugène Estienne (1860-1936), "Bapa Kereta kebal", dan turutan CinC Perancis, yang melihat kereta kebal ringan sebagai lebih mudah dilaksana dan pilihan boleh diterima, Renault pada akhirnya berjaya meneruskan reka bentuk tersebut. Bagaimanapun persaingan dengan Char 2C berterusan sehingga saat-saat akhir perang,11 November1918.
Perlahan-lahan prototaip itu disempurnakan semasa awal pertengahan1917, sungguhpun FT dihantui oleh masalah tali kipas radiator dan sistem penyejukkan sepanjang perang. Hanya 84 di hasilkan pada 1917 tetapi 2,697 dihantar sebelum akhir perang. Sekurang-kurangnya 3,177 dihasilkan keseluruhannya - dan kemungkinannya lebih dari itu: sesetengah orang menganggar setinggi 4,000 bagi semua versi digabung. Bagaimanapun, jumlah 3,177 adalah jumlah penghantaran kepadaTentera Perancis; 514 kemungkinannya terus kepadatentera Amerika Syarikat, 24 pada Great Britain, dan tiga pada Itali - memberikan keseluruhan jumlah pengeluaran kepada 3,694. Kereta kebal ini pada awalnya memiliki menara kecil tuang bulat; kemudian samaada segi lapan (octagonal) atau kemudiannya menara kecil bulat dari kepingan keluli bengkok (dikenali sebagai turet Girod sempena salah satu syarikat yang turut menghasilkannya). Dua yang akhir mampu membawa meriam Puteaux SA 18 atau mesingan Hotchkiss 7.92 mm. DiAmerika Syarikat kereta kebal ini dibina di bawah lesen sebagai Model Kereta kebal Enam Tan 1917 - (Six Ton Tank Model 1917) (950 dibina, 64 darinya sebelum akhir perang, tetapi terlalu lewan untuk turut beraksi).
Terdapat mitos tegal berkenaan nama kereta kebal: "FT" dikatakan berertiFaible Tonnage, atau, lebih khayalan:Franchisseur des Tranchées (pelintas parit). Sebenarnya semua prototaip Renault diberikan kod gabungan; ia hanya kebetulan giliran "FT". Satu lagi mitos nama adalah "FT-18" bagi kereta kebal meriam: nama ini tidak pernah dijumpai dalam sumber semasa. Juga bagi "FT 75 BS", "BS" tidak bermaksudBatterie de Support (lihat di bawah).
Tentera Amerika Syarikat mengendalikan kereta kebal Renault FT-17
Kereta kebal ini digunakan secara meluas olehPerancis dan Amerika (yang, sebagaimana dikatakan diberi pinjam 514) pada tahap kemudianPerang Dunia I, selepas31 May1918. Kereta kebal ini mudah dan sesuai pengeluaran besar-besaran. Malah, pengeluaran ini menjadi senjata itu sendiri: matlamat ditetapkan bagi 12,260 untuk dihasilkan (4,440 darinya di Amerika Syarikat) sebelum akhir1919. Jangkaan ini merupakan salah satu faktor yang mendorong Pemerintah Tertinggi Jerman untuk memutuskan serangan besar-besaran sepenuhnya semasa musim bunga 1918, yang melemahkan pasukan tentera mereka menyebabkan ia ranap pada musim panas.
Banyak unit lebih kecil, dibentuk selepas penjajahan, turut menggunakan kereta kebal. Ini telah memberi mitos popular bahawa Perancis tidak memiliki senjata moden lansung; sebenarnya mereka memiliki lebih banyak kereta kebal moden berbanding jerman; Perancis menderita kelemahan taktikal dan strategik dan bukannya kekurangan peralatan. Apabila Jerman mara ke Terusan (The Channel) mereka mengasingkan unit terbaik Perancis, oleh itu sebagai langkah penyelamat (expediency) keseluruhan senjata simpanan Perancis dihantar kegaris hadapan; ini termasuk 575 FT-17. Sebelum itu 115 seksion FT-17 telah membentuk pertahanan pengkalan udara. Wehrmacht menaawan 1,704 FT-17. Seratus lagi digunakan sebagi pertahanan lapangan terbang, sekitar 650 bagi meronda Europah yang ditakluk.
Tentera Merah (Red Army) Soviet menawan empat belas Renault rosak dari pasukan Putih, dan menghasilkannya di Kilang Krasnoye Sormovo pada 1920. Pihak Soviet mendakwa bahawa telah membina kereta kebalRusskiy Reno ini, tetapi mereka sebenarnya hanya menghasilkan satu salinan tepat, dinamakan 'Pejuang Kebebasan Stalin' (Zaloga & Grandsen 1984:35). Apabila Stalin memulakan perlumbaan senjata Tiga puluhan, kereta kebal rekaan Soviet sepenuhnya adalahT-18, salinan Renault dengan apungan spring.
Char à canon 37: a FT-17 with a 37 mm Puteaux SA18 short-barreledgun - sekitar 3/5 kereta kebal ditempah, sekitar 1/3 kereta kebal dihasilkan.
Char mitrailleur: a FT-17 with an 8 mmHotchkiss M1914 machine gun - sekitar 2/5 kereta kebal ditempah, sekitar 3/5 kereta kebal dihasilkan.
FT 75 BS: meriam gerak sendiri dengan meriam (petard) laras pendekBlockhaus Schneider 75 mm - sekurang-kurangnya 39 kereta kebal dihasilkan.
Char signal atauTSF: kereta kebal pemerintah denganradio, "TSF" mewakilitélégraphie sans fil or "wireless" - nama yang tepat, kerana hanya menggunakan kod morse; tanpa persenjataan, tiga anak kapal, 300 ditempah, sekurang-kurangnya 188 dihasilkan.
FT-17 modifié 31: kereta kebal dipertingkatkan dengan mesingan Reibel 7.5 mm. Pengubahsuaian ini bermula 1931 pada 1,580chars mitrailleurs masih dalam tok Perancis; kesemua kereta kebal meriam metropolitan (secara rasmi) dilupuskan bagi membina kenderaan utuliti pada kerangkanya dan meriam digunakan bagi melengkapiR 35. Versi ini kadang-kala dikenali sebagai "FT-31", sungguhpun ini bukannya nama rasmi.
Model Enam Tan 1917 - salinan dibina Amerika Syarikat, 950 di bina, 374 antaranya kereta kebal meriam, lima puluh kereta kebal radio. Semasa Perang Dunia II sesetengah dihantar ke Kanada dan UK sebagai kenderaan latihan.
Russkiy Reno: "Renault Russia", kereta kebalSoviet pertama, dihasilkan di Kilang Krasnoye Sormovo No. 112, salinan tepat.
Sekitar 36 FT-17, 15 Kereta Kebal Enam Tan dan satuRusskiy Reno terselamat di pelbagai Muzium seluruh dunia. Dua FT-17, terdapat diMusée des Blindés di Perancis dalam keadaan baik.