Rempah (Jawi: رمڤه; kata jamak:rempah-ratus رمڤه-راتوس ataurempah-rempah رمڤه٢) ialah bahagian tumbuhan yangdikeringkan denganaromakuat danrasa tersendiri untukmenambahkan perisa padamakanan yangdimasak.[1][2] Rempah seringkali diserbukkan untuk dipermudahkan penggunaannya.[2] Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain sepertiperubatan, ritual agama,kosmetik, ataupewangi.
Katarempah juga pernah diluaskan makna merujuk kepada sebarang bahan yang disebatikan untuk tujuan tertentu sepertidalam bidang kimia (misalnya "rempah ubat bedil").[3]
Penanaman dan pemerolehan bahan-bahan rempah ini seringkali sukar dan memakan banyak tenaga sehingga menaikkan kos apabila didagangkan di tanah-tanah asing sejauh Eropah; hal ini menjadikan barangan menunjukkan pangkat tarafkemewahan dalam masyarakat[4] (terutamanya padaZaman Pertengahan) di mana masakan kelas atasan iaitu golonganbangsawan cenderung menggunakan rempah ratus berbanding golongan kebanyakan yang disarankan memasak menggunakanherba ataucuka.[5]
^Wilkinson, Richard James (1901)."rempah".A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 338.Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalamdomain awam.
^abPaul Freedman,Out of the East: Spices and the Medieval Imagination, 2008,ISBN9780300151350, p. 2-3
^Paul Freedman, "Food Histories of the Middle Ages", in Kyri W. Claflin, Peter Scholliers,Writing Food History: A Global Perspective,ISBN1847888097, p. 24