Reichsmarine (RM) | |
---|---|
Aktif | 1919–1935 |
Negara | ![]() ![]() |
Jenis | Tentera laut |
Sebahagian daripada | Reichswehr |
Tanda kebesaran | |
Panji Perang (1933–1935) | ![]() |
Panji Perang (1921–1933) | ![]() |
Panji (1919–1921) tidak pernah digunakan | ![]() |
Reichsmarine (Reich Navy atauTentera Laut Reich) ialah nama bagiTentera Laut Jerman semasa pentadbiranRepublik Weimar dan dua tahun awal pemerintahanJerman Nazi. Ia adalah salah satu cabangReichswehr, yang wujud dari tahun 1919 hingga 1935. Pada tahun 1935, ia dinamakan semulaKriegsmarine, salah satu cabangWehrmacht; iaitu satu perubahan yang dilaksanakan olehAdolf Hitler.
Vorläufige Reichsmarine (Tentera Laut Nasional Sementara) telah dibentuk daripadaKaiserliche Marine selepas berakhirnyaPerang Dunia I.
Syarat-syarat Persetiaan Versailles menghadkan tentera laut Jerman kepada 15,000 anggota dan tiada kapal selam, manakala pasukan armada telah dibataskan kepada enam kapal tempur pra-dreadnought, enam kapal kruiser dan 12 kapal pembinasa. Penggantian bagi kapal tempur usang telah dihadkan kepada saiz maksimum 10,000 tan.
Persetiaan Versailles menghadkan saiz dan persenjataan Reichsmarine dan menghalangnya daripadamencipta teknologi baru. Pembatasan dibuat untuk menghalang tentera laut Jerman daripada menjadi ancaman kepada kuasa Bersekutu. Dalam erti kata lain, pihak Sekutu telah memastikan bahawa Reichsmarine pada masa hadapan akan menjadi kuasa terkuat di Laut Baltik, untuk bertindak sebagai pengimbang antara Soviet Union baru, yang dilihat tidak boleh dipercayai oleh pihak Sekutu.
Jerman hanya dibenarkan enam buah kapal tempur, enam buah kapal kruiser, 12 buah kapal pembinasa, dan 12 buah bot torpedo. Reichsmarine cuba menentang sekatan senjata dengan persenjataan rahsia dan inovasi teknikal seperti pengenalankapal tempur kecil. Had berat yang sah bagi kapal ini adalah 35,000 tan.
Senarai kapal-kapal Reichsmarine: