Reezal Merican Naina Merican | |
---|---|
ريزال ماريکان ناينا ماريکان | |
![]() Reezal Merican pada tahun 2022 | |
PengerusiPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ke-9 | |
Menyandang jawatan 1 Mei 2023 | |
Menteri | Tengku Zafrul Abdul Aziz |
Ketua Pegawai Eksekutif | Mohd Mustafa Abdul Aziz |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 24 November 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Ismail Abd Muttalib |
Didahului oleh | Zuraida Kamaruddin |
Digantikan oleh | Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) |
Kawasan pilihan raya | Kepala Batas |
Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Didahului oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Kawasan pilihan raya | Kepala Batas |
Timbalan Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2015–2016) Sultan Muhammad V (2016–2018) |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Anifah Aman |
Didahului oleh | Hamzah Zainudin |
Digantikan oleh | Marzuki Yahya |
Kawasan pilihan raya | Kepala Batas |
Ketua Jabatan Pilihan Raya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
Menyandang jawatan 22 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
AhliDewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagiBertam | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (PH–BERSATU) |
Majoriti | 2,321 (2023) |
AhliParlimen Malaysia bagiKepala Batas | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Abdullah Ahmad Badawi (BN–UMNO) |
Digantikan oleh | Siti Mastura Muhammad (PN–PAS) |
Majoriti | 4,176 (2013) 4,736 (2018) |
Puak yang diwakili diDewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
2023– | Barisan Nasional |
Puak yang diwakili dalamDewan Rakyat | |
2013–2022 | Barisan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Reezal Merican bin Naina Merican (1972-07-29)29 Julai 1972 (umur 52) ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Ismalina Ismail, Sharifah Norhaslinda |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Reezal Merican bin Naina Merican (Jawi: ريزال ماريکان بن ناينا ماريکان;[1] lahir 29 Julai 1972) merupakan ahli politik dan jurubankMalaysia yang telah berkhidmat sebagai PengerusiPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke-9 sejak Mei 2023 dan ahliDewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) untukBertam sejak Ogos 2023.[2] Beliau berkhidmat sebagaiMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dalam pentadbiranBarisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri,Ismail Sabri Yaakob mulai Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022,Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam pentadbiranPerikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri,Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga keruntuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021 danahli parlimen (AP) bagiKepala Batas menggantikan persaraan bekas perdana menteri ke-5,Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ahli Parlimen daripada politik pada Mei 2013 hingga kekalahannya dalam pilihan raya pada November 2022. Beliau juga merupakan ahli dan ketua bahagian Kepala Batas Majlis TertinggiPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN dan satu daripada dua ADUN BN dan UMNO Pulau Pinang di samping ADUN untukSungai Acheh,Rashidi Zinol. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO sejak Mac 2023. Beliau merupakan seorang etnikMelayu keturunanseorang etnikMelayu keturunan campuranIndia.
Sebelum masuk Parlimen, Reezal bekerja di sektor bank.[3] Reezal mengambil alihAbdullah sebagai ketua bahagian parti Kepala Batas dan sebagai calonBarisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen itu.[4] Reezal memenangi kerusi itu padapilihan raya umum Malaysia 2013 manakala menewaskan calon daripadaParti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti 4,176 undi.[5] Pada Oktober 2013, beliau telah dipilih ke Majlis TertinggiUMNO, badan tertinggi parti itu.[6] Dalam rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, Reezal telah dipilih sebagaiTimbalan Menteri Luar Negeri oleh bekas Perdana Menteri,Najib Razak. Walaupun memenangi majoriti untuk mempertahankan kerusinya di kawasan parlimennya, Reezal kehilangan jawatan kabinetnya berikutan keputusanpilihan raya umum Malaysia 2018. Pada pilihan raya negeri Pulau Pinang 2023, beliau bersama Rashidi Zinolmerupakan satu-satunya wakil Melayu dalam Kerajaan Perpaduan PH-BN yang dipilih dari tanah besar Seberang Perai bahagian Pulau Pinang.
Pada 29 Ogos 2015, Reezal telah menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi Bersih 4 di luar negara bahawa Kementerian Luar akan mengumpulkan maklumat mereka untuk tindakan undang-undang akhirnya terhadap mereka, tanpa menyebut undang-undang yang dilanggar oleh warga luar negara itu.[7]
Selepas isteri pertama Ismalina Ismail dan isteri kedua Sharifah Norhaslinda yang pernah memfailkan cerai dengan Reezal tetapi menarik balik.[8]
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P041Kepala Batas | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 25,128 | 54.53% | Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 20,952 | 45.47% | 46,738 | 4,176 | 90.52% | ||
2018 | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 22,459 | 42.94% | Zaidi Zakaria (AMANAH) | 17,723 | 33.89% | 53,127 | 4,736 | 87.78% | |||
Siti Mastura Muhammad (PAS) | 12,120 | 23.17% | ||||||||||
2022 | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 25,737 | 37.14% | Siti Mastura Muhammad (PAS) | 28,604 | 41.27% | 69,302 | 2,867 | 83.41% | |||
Muhammad Daniel Abdul Majeed (MUDA) | 14,214 | 20.51% | ||||||||||
Hamidi Abu Hassan (PEJUANG) | 747 | 1.08% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N02Bertam | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 10,453 | 56.24% | Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (BERSATU) | 8,132 | 43.76% | 18,711 | 2,321 | 77.44% |