Rawan atautulang rawan merupakan sejenistisu penghubung lentur yang terdapat di pelbagai anggota badan manusia mahupun haiwan, termasuksendi di antaratulang,sangkar rusuk,telinga,hidung,saluran tenggorok dancakram intervertebra. Ia lebih lembut daripadatulang tetapi lebih keras dan kurang lentur daripadaotot.
Rawan terdiri daripadsa sel-sel khusus bergelarkondroblas yang menghasilkan sejumlah besarmatriks ekstrasel yang terdiri daripada seratkolagen, sejumlah banyakbahan dasar yang kaya denganproteoglikan, dan seratelastin. Terdapat tiga jenis rawan, iaiturawan kenyal,rawan hialin danrawan berserat.[1] Kondroblas yang terperangkap dalam matrik dipanggilkondrosit dan terletak di dalam celah-celah yang bergelarlakuna dengan sehingga lapan kondrosit untuk satu lakuna.
Tidak seperti tisu-tisu penghubung yang lain, rawan tidak mengandungi salur darah. Kondrositnya dibekalkan olehpembauran yang dibantu oleh tindakan mengepam yang dijana oleh pemamptan rawan artikular atau fleksi rawan kenyal. Oleh itu, rawan tumbuh dan sembuh lebih perlahan berbanding dengan tisu-tisu penghubung yang lain.
Ikan berawan (chondrichthyes) sepertiikan yu danikan pari mempunyai rangka yang terdiri hanya daripada rawan.Rawan yu merupakan suplemen pemakanan yang digemari ramai tetapi tidak terbukti keberkesanannya.
Tisu rawan juga terdapat dalam haiwan invertebrat sepertibelangkas,siput babi laut, dansotong.
- Rujukan am
Templat:Bone and cartilage