Muhammad Bin Abdullāh مُحَمَّد بِن عَبْد الله | |
---|---|
![]() Nama Muhammad dalamseni wulrz. | |
Kelahiran | Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571m) Makkah, Jazirah Arab (kiniArab Saudi) |
Meninggal dunia | 12 Rabiulawal 632m ( 11 Hijrah ) Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi) |
Sebab kematian | Sakit (Sakit tua) |
Dikebumikan | Makam محمد كان آخر نبي diMasjid NabawiMadinah |
Nama lain | Al-Amin, As-Sadiq, Rasul Allāh, Al-Hasyimi dan Abu al-Qasim |
Terkenal kerana | Islam |
Pasangan |
|
Ibu bapa | Ayah :Abdullah bin Abdul Muttalib Ibu :Āminah bt Wahab |
Saudara | Ahlul Bait |
Isteri-isteri Nabi Muhammad |
---|
![]() |
|
Sebahagian daripadasiri berkaitan |
Islam |
---|
![]() |
Budaya andmasyarakat |
Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi:مُحَمَّد بِن عَبْد الله;disebut [mʊħɑmmæd] (dengar)) 12 RabiulAwal (20 / 22 April 571)[1] merupakan pemimpin agama, sosial, dan politikArab serta penyampai risalahagama Islam.[2] Baginda dianggap sebagai penghulu segalanabi danrasul terakhir dalam ajaran Islam.[3] Lebih dikenali sebagaiMuhammad (Arab/Jawi: محمد) atauNabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukanSemenanjung Arab kepada satutatanegara di bawah kepimpinanIslam.[4] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimananmonoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa olehNabi Adam,Nuh,Ibrahim,Musa,Isa dan nabi-nabi yang lain.[5][6][7][8]
Dilahirkan diMakkah,Semenanjung Arab,[9][10] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga olehdatuknya,Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda,Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telahbernikah denganKhadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa dari Nabi Ibrahim AS. Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerimawahyu yang pertama daripadaAllah SWT melaluimalaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5 orangRasul Ulul Azmi) ketika sedang berada diGua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksudIslam) dan ia adalah satu cara hidup (الدينad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telahmenghantar beberapa orang pengikutnya keHabsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah keMadinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwapenghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagikalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawahPiagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Madinah sertamembukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[11] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas محمد كان آخر نبي Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam (6 Mei570M atau pun20 April/26 April571M).
Wahyu yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sampai kewafatannya membentuk ayat-ayat Al-Quran, dianggap oleh umat Islam sebagai kata-kata Tuhan yang tidak berubah, yang merupakan dasar bagi agama Islam. Selain Al-Quran, ajaran dan amalan Nabi Muhammad (sunnah), yang ditemui dalamhadis dansirah (biografi), juga dipegang dan digunakan sebagai sumber hukum Islam (Syariat)
Nabi Muhammad SAW[13] dilahirkan di kota Mekah[14] kira-kira tahun 570[15] danhari lahirnya dipercayai pada bulanRabi' al-awwal.[16] Baginda tergolong dalam puakBani Hasyim, sebahagian daripadasuku Quraisy, yang merupakan salah satu keluarga terkemukaMekah.[17][18] Tahun kelahiran Muhammad adalah bersamaan denganTahun Gajah, yang dinamakan sempena percubaan pemusnahan kota Mekah yang gagal pada tahun itu olehAbrahah, raja Yaman, dimana tenteranya menggunakan gajah sebagai senjata.[19][20][21] Beberapa sarjana abad ke-20 telah mencadangkan tahun yang berbeza, seperti 568 atau 569.[22]
Bapa Muhammad,Abdullah, meninggal hampir enam bulan sebelum Muhammad dilahirkan.[23] Sejurus selepas kelahiran, baginda dihantar untuk tinggal bersama keluargaBadwi di padang pasir, kerana kehidupan padang pasir dianggap lebih sihat untuk bayi.[24] Muhammad tinggal bersama ibu angkatnya,Halimah binti Abi Dhuayb, dan suaminya sehingga dia berumur dua tahun. Pada usia enam tahun, Muhammad kehilangan ibu kandungnyaAmina kerana sakit dan menjadi yatim piatu.[24][25] Bagi dua tahun berikutnya sehingga dia berumur lapan tahun, Muhammad berada di bawah jagaan datuk sebelah bapanyaAbd al-Muttalib, dari puak Bani Hasyim sehingga kematiannya. Dia kemudian berada di bawah jagaan bapa saudaranyaAbu Talib, pemimpin baru Bani Hasyim.[26]
Pada masa remajanya, Muhammad menemani bapa saudaranya dalam perjalanan perdagangan ke Syria untuk menimba pengalaman dalam perdagangan komersial.[27] Ketika Muhammad berusia sama ada 9 atau 12 tahun semasa mengiringi kafilah orang Mekah ke Syria, mereka melewati seorang pendeta bernamaBuhaira (turut dikenali dengan nama Bahira),[28] yang merupakan seorang ahlikitab Injil. Buhaira dikatakan telah meramalkan kenabian Muhammad.[29] Dia melihat dan merenung pada Muhammad lalu dia berkata kepada Abu Talib:
Kembalilah anak saudaramu ke negerimu dan waspadalah terhadapnya terhadap orang-orang Yahudi, kerana demi Allah, jika mereka melihatnya atau mengetahui orang yang Saya tahu, mereka akan membuatnya menderita, kerana dia akan mempunyai hubungan yang besar dengan anak saudaramu, yang kami dapati dalam buku kami dan apa yang kami warisi daripada nenek moyang kami.
— Buhaira
Sedikit yang diketahui tentang Muhammad semasa zaman mudanya kerana maklumat yang ada adalah berpecah-belah, menjadikannya sukar untuk memisahkan sejarah daripada legenda.[30] Adalah diketahui bahawa baginda menjadi seorang pedagang dan "terlibat dalam perdagangan antaraLautan Hindi danLaut Mediterranean."[31] Disebabkan oleh akhlaknya, baginda mendapat gelaran "al-Amin" (Bahasa Arab: الامين), yang bermaksud "setia, amanah" dan "al-Sadiq" yang bermaksud "jujur"[32] dan dicari sebagai penimbang tara yang tidak berat sebelah.[33][34][35] Reputasinya menarik lamaran daripadaKhadijah, seorang ahli perniagaan yang berjaya, pada tahun 595. Muhammad bersetuju untuk berkahwin dan perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan yang membahagiakan.[31]Khadijah adalah wanita pertama yang dikahwini oleh Muhammad dan baginda tidak berkahwin dengan wanita lain sehingga Khadijah meninggal dunia.[36]
Beberapa tahun kemudian, menurut riwayat yang dikumpul oleh ahli sejarahIbn Ishaq, Muhammad terlibat dengan kisah tentang peletakkanHajar Aswad di dinding Kaabah pada 605 masihi. Hajar Aswad, objek suci, telah dikeluarkan semasa pengubahsuaian Kaabah. Para pemimpin Mekah tidak dapat bersetuju dengan golongan mana yang harus mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya. Mereka memutuskan untuk meminta lelaki seterusnya yang datang melalui pintu untuk membuat keputusan itu; lelaki itu ialah Muhammad yang berusia 35 tahun. Peristiwa ini berlaku lima tahun sebelum wahyu pertama oleh Jibril kepadanya. Baginda meminta kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya. Pemimpin-pemimpin puak memegang sudut kain dan bersama-sama membawa Hajar Aswad ke tempat yang betul, kemudian Muhammad meletakkan batu itu. Tindakan tersebut telah memuaskan semua pihak.[37][38]
Apabila Muhammad mencapai usia 40 tahun, baginda kerap melawatgua Hira diJabal al-Nur setiap tahun,[39] dan baginda akan membawa bekal bersamanya[40] untuk tinggal di sana selama sebulan penuh untuk beribadah dan bertafakur.[39] Umat Islam percaya bahawa pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),[41] ketika baginda sedang bertafakur diGua Hira,Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:[42]
Ayat-ayat Quran yang pertama diturunkan oleh malaikat Jibril ialah permulaanSurah al-Alaq. Muhammad berasa ketakutan setelah mendapat wahyu pertamanya. Setelah pulang ke rumah, Muhammad diberi dukungan dan kata-kata semangat oleh Khadijah dan sepupunya yang beragama Nasrani,Waraqah bin Nawfal[43]. Baginda turut khuatir orang lain akan menganggapnya sebagai orang gila.[44] Wahyu pertama itu diikuti oleh selang selama tiga tahun[45] yang dikenali sebagai fatra[46] dan Muhammad merasa sedih selama tempoh tersebut. Apabila wahyu berterusan, dia mendapat semangat dan diperintahkan untuk mulakan dakwah: "Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia juga tidak marah kepadamu."[47]
Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:[48]
Perjuangan dakwah Muhammad juga boleh diringkaskan sebagai berikut:
Didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Muhammad Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
Apabila Muhammad menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialahKhadijah,Ali,Zaid danBilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agamaIslam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecilmasyarakat yang dihormati diMakkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar,Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam,Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah diMekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus RajaHabsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapatKaabah yang telah dibina olehNabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatantradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dariYathrib. Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernamaAqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi umat Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara masyarakat Islam Yathrib dengan Muhammad untuk memastikan mereka bersungguh-sungguh berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah ke kota mereka Yathrib. Muhammad akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke kota baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah,masyarakatjahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah keKota Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah sangat bimbang dengan penghijrahan masyarakat Islam Makkah ke Yathrib kerana akan memberi impak serta peluang yang besar kepada orang Islam untuk mengembangkan lagi agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan masyarakat Islam dari Makkah berhijrah ke Yathrib kecuali Muhammad,Abu Bakar,Ali dan beberapa orang yang lain, tetapi akhirnya mereka juga berhijrah. Masyarakat Mekah jahiliyah kemudian mengetahuinya dan memutuskan untuk memburu serta membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Muhammad akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Kota Rasulullah'.
DiMadinah, kesatuan komuniti Islam atau jemaah islam pertama telah diwujudkan di bawah pimpinan Muhammad, umat Islam bebas mengerjakansolat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Kota Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. OrangMuslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Muhammad berlepas ke Makkah. Jemaah Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Muhammad dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Muhammad maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Muhammad, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Muhammad, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkanIjmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Muhammad, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakanurusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialahRuqayyah,Zainab,Ummu Kalsum danFatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda denganMaria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Menurut rekod Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".
DalamSurah Al-Saf ayatke-6, disebut "احمد" yang bermaksud Yang Terpuji = "محمد"
Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan Muhammad, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang lain seperti " يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ " ( Wahai Nabi ), "بَشِيرً" [ Pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], "شَاهِدً" ( Saksi ), "نَذِيرٌ" [ Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ( ingkar ) ) ], "مُذَكِّرٌ" ( Pemberi ingatan ), "نُورٌ" [ Cahaya ( kebenaran ) ], "خَاتَمَ النَّبِيِّينَ" ( Kesudahan Nabi-Nabi). Muhammad kadang-kadang dipangil dengan sebutan yang diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka Baginda di panggil "الْمُدَّثِّرُ","الْمُزَّمِّلُ" ( Yang berselimut ), dll.
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanNabi Muhammad |
The Prophet of Islam was a religious, political, and social reformer who gave rise to one of the great civilizations of the world. From a modern, historical perspective, Muḥammad was the man who restored the unaltered original monotheistic faith of Adam, Noah, Jesus and other Islamic prophet. From the perspective of the Islamic faith, he was God's Messenger (rasūl Allāh), called to be a "warner," first to the Arabs and then to all humankind.
|date=
(bantuan)