Keberkecualian rencana ini telahdipertikaikan. Perbincangan yang berkaitan boleh didapati di thetalk page. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalamlaman perbincangan. Jangan padam pesanan ini sehinggapertikaian tersebut diselesaikan.(November 2009) |
| Rampasan Masjidil Haram | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Penentang beragama Islam | |||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Juhayman al-Otaibi Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani | |||||||
| Kekuatan | |||||||
| ~10,000 Saudi NG | 400-500 Militan | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| 127 dibunuh 451 cedera (Saudi Arabia) | 117 dibunuh orang tidak dikenali yang cedera 68 dihukum | ||||||
| Sebahagian daripadasiri berkaitan Islamisme |
|---|
Rujukan penting
|
Tokoh penting
|
Rampasan Masjidil Haram pada 20 November 1979, adalah serangan bersenjata dan pengambilalihan daripadaPenentang beragama Islam ke atasAl Masjid Al Haram inMekkah,Arab Saudi, tempat yang paling suci dalam agamaIslam.
Rampasan Masjidil Haram ini telah mengejutkan dunia Islam di mana beratus-ratus jemaah yang datang untuk ibadahhaji telah dijadikan tebusan, dan beratus-ratus militan, pasukan keselamatan dan tebusan yang terlibat dalam kejadian tembak-menembak telah terbunuh berikutan pertempuran untuk mendapatkan pengawalan tempat. Pengepungan berakhir 2 minggu selepas pengambilalihan bermula dengan penghapusan militan dari masjid.
Berikutan serangan itu, kerajaan Arab Saudi melaksanakan penguatkuasaan kod Islam yang lebih ketat.
Rampasan ini telah diketuai olehJuhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang berasal dari sebuah keluargaNajd yang berkuasa. Dia mengisytiharkan abang iparnya iaituMuhammad bin abd Allah al-Qahtani sebagaiImam Mahdi atau penyelamat umat Islam pada akhir zaman yang telah banyak dinyatakan dalamHadis dariNabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimanapun, golongan fanatik mengabaikan fakta lain dan hanya bergantung kepada fakta bahawa nama al-qahtani dan nama ayahnya adalah sama dengan nama nabi dan ayahnya, dan mereka bergantung kepada hadis nabi yang di telah riwayatkan oleh Thabrani iaitu:
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).” (HR. Thabrani)
Tambahan lagi, tarikh serangan itu iaitu 20 November 1979, ialah hari pertama dalam tahun 1400 mengikutKalendar Hijriah, yang mana telah dijelaskan dalam hadis lain bahawa pada hari itu Imam Mahdi akan mendedahkan perkara itu.
Walaupun salah satu tanda penting untuk mengenaliImam Mahdi adalah bahawa dia adalah keturunan Muhammad, Muhammad bin abd Allah al-Qahtani bukan keturunan Nabi Islam, kerana ia termasuk suku Al-Qahtani.