Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ramlah Ram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai Ramlah Ram. Untuk album 1995 beliau yang menggunakan namanya sebagai judul album, sila lihatRamlah Ram (album).
Ramlah Ram
Juga dikenali
sebagai
RamlahSunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran (1965-02-19)19 Februari 1965 (umur 60)
Kesang,Tangkak,Johor,Malaysia
WarganegaraMalaysiaSunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock
PekerjaanPenyanyi,artis rakaman danpelakonSunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikSuaraSunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1985Sunting nilai ini di Wikidata
DiskografiLihat:Diskografi Ramlah RamSunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawangramlahram.comSunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainFacebook: ramlahramofficialSpotify: 4MHFCJ8NF67BZ2jl8gF7FXApple Music: 587276962Discogs: 4518102Sunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ramlah Ram (lahir 19 Februari 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanitaMalaysia. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau dinobatkan sebagai juara apabila membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan olehHetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu-lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Diam-Diam Jatuh Cinta, Siapa Yang Bersalah, Selamat Jalan Romeo, Zapin Yang Tinggal, Ketentuan, Dirgahayu, 5.00 Minit dan Sesaat Kau Datang.

Beliau ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album studio pada setiap dekad - empat dekad berturut-turut selainM Nasir,Anita Sarawak,Sharifah Aini,Khatijah Ibrahim,Jamal Abdillah,ND Lala,Hattan danNoraniza Idris.

Kerjaya muzik

[sunting |sunting sumber]

Album pertama beliau diterbitkan olehDatuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak' pada tahun1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertamaMalaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' 'Ketentuan' (2007/2008), Sesaat Kau Datang (feat.Sleeq) dan 5 Minit (feat.Caprice) (2012).

Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada23 Mac2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.

Album Ramlah Ram berjudul Aspirasi Hati telah dipasarkan pada Oktober 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dihasilkan oleh ahli kelab peminatnya Ramlah Ram Group dan dipasarkan oleh pihak FMC. Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kumpulan peminat berdaftar. Album ini masih mengekalkan konsep Pop tetapi bekerjasama dengan pencipta-pencipta baru yang berbakat yang merupakan ahli-ahli kelab peminatnya sendiri manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer terkenal seperti Ady 6ixthsense, Mikael dan Ammar Dramaband. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah '5:00 minit','Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Takdir Cinta'.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Pada awal Januari 2020, Ramlah menafikan khabar angin mengatakan beliau ialah ibu saudara pelakonFara Mendoza seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak mahupun dinyatakan di laman Wikipedia pelakon itu.[1] Menurutnya:

"Fara Mendoza bukan anak saudara saya. Kami tidak ada pertalian darah langsung dan dia memang bukan siapa-siapa dengan saya. Saya hanya kenal dia sebagai pelakon kerana kami pernah berjumpa dua kali dalam majlis hiburan. Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli. Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul maka nama saya dikaitkan".[2]

Ramlah Ram telah berkahwin dengan Kamal Roslim pada 3 November 2000, namun bercerai pada 20 Mei 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.[3]

Bakat

[sunting |sunting sumber]

Pernah digelarWhitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu.[perlu rujukan] Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan diJuara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'.

Diskografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Diskografi Ramlah Ram
Lihat juga:Senarai lagu yang dirakamkan oleh Ramlah Ram
Album studio

Filemografi

[sunting |sunting sumber]

Filem

[sunting |sunting sumber]

Telefilem

[sunting |sunting sumber]
  • Laukku Cukup Masin

Konsert

[sunting |sunting sumber]
  • Konsert BMG tajaan Salem
  • Konsert Dangdut Stadium Negara
  • Konsert Melodi Emas Istana Budaya
  • Konsert Melodi Emas Dato' Ahmad Nawab Istana Budaya
  • Konsert Penghargaan Malam Gala 25 Tahun, Impiana Hotel KLCC

Anugerah dan pencalonan

[sunting |sunting sumber]
  • Juara Bintang RTM 1985.
  • Juara, Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu)
  • Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu)
  • Tempat Ketiga, Anugerah Juara Lagu 1989 (Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi)
  • Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
  • Artis Melayu pertama menerima Anugerah Platinum Kembar Lima menerusi album Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit (Malaysia's Book of Records)
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu yang terjual melebihi 10,000 unit di Singapura
  • PencapaianDouble Platinum Disc untuk album Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi yang terjual melebihi 100,000 unit (sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit)
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Duri Dalam Cinta yang terjual melebihi 50,000 unit (sehingga kini album tersebut terjual melebihi 100,000 unit)
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Kau Penawar Segala Dukaku yang terjual melebihi 50,000 unit (sehingga kini album tersebut terjual melebihi 100,000 unit)
  • PencapaianGold Disc pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
  • Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
  • Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
  • Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit (sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit)
  • PencapaianSingle Platinum Disc untuk album Pasti Hitz kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
  • Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
  • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
  • Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
  • Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
  • Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  • Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
  • Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  • Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. [https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/03/15/ramlah-ram]
  2. https://www.hmetro.com.my/rap/2023/05/970416/ramlah-ram-tak-rasa-sunyi
  1. ^Saya bukan ibu saudara Fara Mendoza: Ramlah RamHarian Metro (20 Januari 2020). Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^‘Dia Bukan Siapa-Siapa Dengan Saya’ – Ramlah Ram Tak Mengaku Fara Mendoza Anak Buah? Oh! Bulan (21 Januari 2020). Dicapai pada 18 April 2020
  3. ^Rahman, Ridzuan Abdul (2023-05-24)."Ramlah Ram tak rasa sunyi".Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2024-08-23.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Single Ramlah Ram
Sabarlah Sayang
"Sabarlah Sayang" • "Di Hati Ini" • "Hanya Sebagai Kawan" • "Aku Pun Demikian" • "Betapa Sayangnya Aku"
Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
"Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" • "Apa Khabarmu Di Sana" • "Diam-diam Jatuh Cinta" • "Penantian Yang Tak Berakhir" • "Hanyalah Padamu Ku Cinta" • "Rindu Itu Menyeksakan" • "Rindu Semalam" • "Membilang Butir Harapan" • "Insafilah" • "Pedihnya Kerana Cinta"
Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi
"Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi" • "Semoga Kau Masih Ingat" • "Terpandang Wajahmu" • "Ku Terbakar Kepanasan Cintamu" • "Kalau Kau Rindu" • "Semenjak Ku Kehilanganmu" • "Jika" • "Nostalgia Pertemuan"
Duri Dalam Cinta
"Duri Dalam Cinta" • "Balada Cintamu" • "Segalanya Hancur Berkecai" • "Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu"
Kau Penawar Segala Dukaku
"Kau Penawar Segala Dukaku" • "Siapa Yang Bersalah" • "S.A.Y.A.N.G" • "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" • "Menanti Hatimu Terbuka" • "Meniti Pelangi Jingga" • "Menanti Hatimu Terbuka"
Di Ambang Pintu Kasih
"Di Ambang Pintu Kasih" • "Madah Dan Karenah" • "Cinto Badarai" • "Kenangan Dalam Realiti"
Nadi Cinta
"Nadi Cinta" • "Aries" • "Tangisku Rinduku" • "Burung Dalam Sangkar" • "Doa Ibu"
Dangdut
"Selamat Jalan Romeo", "Berikan Simpati" • "Sampai Bila Ku Ingat" • "Bagai Satu Mimpi"
Ramlah Ram (album)
"Keangkuhanmu" • "Keliru" • "Rindu Yang Ku Simpan"
Sekeping Cinta Sehampar Janji
"Zapin Yang Tinggal" • "Sekeping Cinta Sehampar Janji" • "Antara Kasih, Sayang Dan Cinta" • "Kekasih" • "Ala Canggung" (Feat. M Nasir)
Ketentuan
"Dirgahayu" • "Ketentuan" • "Radang Rindu"
Aspirasi Hati
"Cinta Gila" • "Sesaat Kau Datang" • "Seandainya" • "5.00 Minit" • "Takdir Cinta"
Lagu-lagu lain
"Hati Sepi Seorang Perempuan" • "Susah Senang Kita Bersama" (duet Nassier Wahab) • "Saling Percaya" (duet Iwan)
Lagu-lagu perayaan
"Hari Raya Hari Bahagia" • "Cahaya Aidilfitri" • "Selamat Hari Raya" • "Selamat Hari Lebaran" • "Bila Aidilfitri Kembali"(duet Jay Jay)
1987–kini
1986-2000
2001-2020
2021-kini
1987–88
1990–1999
2000–2009
2010–2019
2020–kini
1970-an
Solo
Berkumpulan
  • September Five (1974)
  • MARJ (1975)
  • The Crescendos (1978)
  • OFYZA (1979)
1980-an
Solo
Berkumpulan
  • Gee & Bee (1980)
1990-an
Solo
  • Norazamadee Salleh (1999)
2000-an
Solo
2010-an
Solo
  • Aisha Masnamimi Safia (2012)
  • Rosario Ninih Chamini Bianis (2016)
  • Fadhli Hariz Fayahet (2018)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ramlah_Ram&oldid=6458615"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp