Rami Hamdallah رامي حمدالله | |
|---|---|
| Perdana Menteri Palestin ke-6 | |
| Dalam jawatan 6 Jun 2013 – 14 April 2019 | |
| Presiden | Mahmud Abbas |
| Didahului oleh | Salam Fayyad |
| Digantikan oleh | Mohammad Shtayyeh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1958-08-10)10 Ogos 1958 (umur 67) Anabta,Tebing Barat,Palestin |
| Parti politik | Fatah |
| Tempat belajar | Universiti Jordan Universiti Manchester Universiti Lancaster |
Rami Hamdullah (Arab:رامي حمدالله; lahir 10 Ogos 1958) ialah seorang ahli akademikPalestin dan presidenUniversiti An-Najah Kebangsaan diNablus.[1] Pada 2 Jun 2013, PresidenPihak Berkuasa PalestinFatahMahmud Abbas menamakan beliau sebagaiPerdana Menteri Palestin baharu bagi menggantikanSalam Fayyad yang meletak jawatan.[2] Pelantikan beliau tidak diiktirafHamas, yang tidak diajak berunding.[3] Beliau merupakan seorang anggota Fatah;[4] namun, BBC menyatakan yang beliau seorang calon bebas mesra Fatah.[5]
Rami Hamd'allah dilahirkan diAnabta di utaraTebing Barat. Beliau mendapat ijazah pertamnya daripadaUniversiti Jordan pada 1980 dan kemudian MA daripadaUniversiti Manchester pada 1982. Hamd'allah menyelesaikan PhD dalam linguistik diUniversiti Lancaster pada 1988.
Hamdallah ialah seorang profesor di Universiti An-Najah, di mana beliau mengajar Bahasa Inggeris sebelum menjadi presiden universiti pada 1998. Beliau telah berkhidmat sebgai Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin sejak 2002, dan menjadi timbalan pengerusinya pada 2011.[6][7]
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Salam Fayyad | Perdana Menteri Palestin 6 Jun2013–kini | Pemegang jawatan kini |