Bulan sabit dihias dengan berwarna dan indah diterangi pada bulanRamadan,Jordan
Ramadan[1] (Arab:رَمَضَان,rumi: Ramaḍān, juga dieja basahan sebagaiRamadhan; biasa digelar penuh sebagai "Ramadan al-Mubarak") ialahbulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendarIslam. Sepertibulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkanberpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.[2]
Ramadan berasal daripada kata akarرَمِضَramiḍa yang bererti "terik;...bertambah panas; melecur"[3] yaknipanas yang menyengat ataukekeringan, khususnya padatanah. Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimanamatahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatanjasmani,rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkanbahan.[4]
Takwim Hijrah didasarkan pada orbitbulan mengelilingibumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinyahilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar (rukyah) dan kaedah perhitunganastronomi (hisab).
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan hisab sahaja.[5]Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.[6]
Paraulama bersetuju bahawaal-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas.Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan[7]; oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan).[8] Pada malam tersebut, ayat 1 hingga 5surah Al-‘Alaq diturunkan ketikaNabi Muhammad SAW sedang berada diGua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah dimasjid-masjid.[perlu rujukan]
Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satumalam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan, dalamal-Qur'an dalamsurah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.[9] Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapariwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. SebahagianMuslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.[perlu rujukan]
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akanberpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripadamakan,minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.[perlu rujukan]
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa.[4] Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam danpuasa lain.
Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.[perlu rujukan]
Pada malam harinya, setelahsolat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakansolat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secaraberjama'ah dimasjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.[perlu rujukan]
Zakat fitrah ialahzakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainyaSolat Sunat Hari Raya. Setiap individumuslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini.[11] Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu ialah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kgberas.
Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada malam harinya (malam 1Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.
Salah satu fenomena yang dapat dilihat dinegara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya ialahbazar Ramadan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapakpasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu.
Selain itu pada siang hari, dalam bulan ini juga dapat dilihat para pedagang yang menjaja pelbagai barangan daripada makanan hinggalah pakaian di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit.[12]
"Ramadan".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
"Ramadan".Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 167.ISBN967-65-7321-3.