Dalam bidangpolitik sertaundang-undang, istilahrakyat (Jawi: رعية serapanArab:رَعِيَّة,rumi: ra`iyyah terbitan kata kerjaرَاعَىrā`ā "menggembala" atauرَعَىra`ā "mengamat-amati...memelihara"[1]) merujuk kepada orang awam yang ditadbir oleh suatu pemerintah negara dan menjadi unsur penting dalam pemerintahan.
Pelbagai negara memerintah atau mendakwa memerintah atas nama rakyat. Sebagai contoh, Republik sertaEmpayar Rom menggunakan istilahLatinSenatus Populusque Romanus (Senat dan Rakyat Rom). Istilah ini lazimnya disingkatkan sebagai SPQR, dan meskipun Empayar Rom mencapai pemerintahanautokrasi bagi pihak peribadi, mereka terus memegang kekuasaan mereka atas nama Senat dan Rakyat Rom.
Keluasan hak-hak rakyat adalah pelabgai bergantung kepada situasi politik: hak rakyat boleh menjadi luas dalam sistemdemokrasi ideal sementara hak-hak rakyat dalam sistemkediktatoran dikekang sehingga secara asasnya sangat terhad. Antara hak-hak rakyat yang sering diperakui ialah:
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 162.ISBN967-65-7321-3.