Rājasthān (Devanāgarī: राजस्थान,IPA: [raːdʒəst̪ʰaːn])sebutanⓘ ialahnegeri yang terbesar diRepublik India dari segi keluasan. Rajasthan meliputi kebanyakan kawasanGurun India Besar (Gurun Thar) yang besar dan tidak boleh dihuni, yang tepinya selari dengan lembah sungaiSutlej-Indus sepanjang sempadannya dengan Pakistan. Rajastahn bersempadan dengan negaraPakistan di barat, negeriGujarat di barat daya, negeriMadhya Pradesh di tenggara, negeriUttar Pradesh danHaryana di timur laut dan negeriPunjab di utara. Rajasthan meliputi keluasan sebanyak 342,239km² (132,139 batu persegi).
Ibu negeri Rajasthan ialahJaipur. Ciri-ciri geografi Rajasthan termasuklahGurun Thar di sepanjang bahagian barat laut Rajasthan dan penamatanSungai Ghaggar berhampiran runtuhan arkeologi diKalibanga, iaitu runtuhan sedemikian yang tertua pernah ditemui di subbenua itu sehingga kini.
Salah sebuahbanjaran gunung tertua di dunia, iaituBanjaran Aravalli, menempatkan satu-satunya balai bukit di Rajasthan,Gunung Abu, danKuil-kuil Dilwara yang terkenal sebagai tempat ziarah yang suci untuk penganutagama Jain. Bahagian timur Rajasthan mempunyai dua rizab harimau antarabangsa, iaituRanthambore danSariska, serta jugaTaman Negara Keoladeo berdekatanBharatpur yang terkenal kerana kehidupan burungnya. Juga terletak di Rajasthan merupakan kuilKarni Mata berhampiranBikaner yang dikenali sebagai "Kuil Tikus".
Rajasthan dibentuk pada30 Mac1949, apabila semua negeri-negeri beraja dahulu kala bergabung menjadi India. Satu-satunya perbezaan antara bekas negeri Rajputana dan Rajasthan adalah adanya bahagian-bahagian tertentu yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan British di bekas wilayahAjmer-Merwara. Bahagian-bahagian yang bertempat di luar kawasanRajputana dan tertakluk di bawah negeriTonk diberi kepada Madhya Pradesh.
Templat {{Wikinews}} memerlukan suatu pautan pada suatu rencana. Untuk memautkan suatu kategori, gunakan {{Wikinews category}}.