Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Raja mutlak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian darisiri politik mengenai
Pemerintahan beraja
Mahkota Itali
Portal Pemerintahan beraja

Kerajaan mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul di mana seseorangpenguasa yang raja atau ratu itu mempunyai kuasa penuh memerintah negaranya. Berbeza dengan sistemraja berperlembagaan iaituPerdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah, di sesetengah negara sepertiArab Saudi danBrunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Sejarah dan teori yang berkaitan

[sunting |sunting sumber]

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

[sunting |sunting sumber]
Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula darifeudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjatfirst among equals dalam kalangan golonganbangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagaiAbsolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atauDivine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah RajaHenry VIII dari England. Beliau telah berani menentang PausKatolik diRom dan mereka mazhab yang baru iaitu Gereja England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat diParlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah RajaLouis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

[sunting |sunting sumber]

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau sepertipeperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atauartificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

Era Despotisme pembaharuan

[sunting |sunting sumber]

SewaktuZaman Pembaharuan atauRennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentukenlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atauenlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendungfeudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaanNapoleon[7]..

Senarai Negara Raja Berkuasa Mutlak

[sunting |sunting sumber]

De jure

[sunting |sunting sumber]
KerajaanGambarRajaSejakTempohPewarisanRuj
 BruneiKe bawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien4 Oktober 196757 tahun, 169 hariWarisan[8]
 OmanKe bawahDuli Yang Maha MuliaSultanHaitham bin Tariq Al Said11 Januari 20205 tahun, 70 hariWarisan[9][10]
 Arab SaudiPenjaga Dua Kota SuciRajaSalman bin Abdul‘aziz23 Januari 201510 tahun, 58 hariWarisan dan pemilihan[11]
 EswatiniDuli Yang Maha MuliaRajaMswati III25 April 198638 tahun, 331 hariWarisan dan pemilihan[12]
 Kota VatikanYang SuciPausFranciscus13 Mac 201312 tahun, 9 hariPemilihan[13]

DiEmiriah Arab Bersatu,Jordan danMaghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagaimonarki yang mutlak. Manakala diLiechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranyaPutera Hans-Adam II.

De facto

[sunting |sunting sumber]
KerajaanGambarRajaSejakTempohPewarisanRuj
 QatarYang Amat MuliaAmirTamim bin Hamad25 Jun 201311 tahun, 270 hariWarisan

StatusQatar
sebagairaja berperlembagaan[14][15]
dipertikai.

[16]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Absolute monarchy". About,Inc.
  2. ^"Tudor England: The Reformation". historylearningsite.co.uk.
  3. ^"Divine Right of Kings". Encyclopædia Britannica.
  4. ^"Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
  5. ^"Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
  6. ^"Absolute monarchy". About,Inc.
  7. ^"Absolute monarchy". About,Inc.
  8. ^Kerajaan Brunei."Prime Minister".The Royal Ark. Pejabat Perdana Menteri. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai pada12 November 2011.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^Sultan Qaboos Centre for Islamic Culture."About H.M the Sultan". Government of Oman, Diwan of the Royal Court. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Januari 2012. Dicapai pada12 November 2011.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^Nyrop, Richard F (2008).Area Handbook for the Persian Gulf States. Wildside Press LLC. m/s. 341.ISBN 978-1-4344-6210-7.
  11. ^"Saudi Arabia's King Abdullah dies".BBC News. 23 Januari 2015. Dicapai pada23 Januari 2015.
  12. ^Simelane, H.S. (2005), "Swaziland: Mswati III, Reign of", dalam Shillington, Kevin (penyunting),Encyclopedia of African history,3, Fitzroy Dearborn, m/s. 1528–30, 9781579584559
  13. ^"Argentina's Jorge Mario Bergoglio elected Pope".BBC News. Dicapai pada13 March 2013.
  14. ^BBC News,How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
  15. ^United States Department of StateCountry Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
  16. ^Government of Qatar."H.H. The Amir's Biography". Diwan of the Amiri Court. Diarkibkan daripadayang asal pada 2 Disember 2011. Dicapai pada12 November 2011.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
Bentuk
Konsep
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_mutlak&oldid=6389234"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp