Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamarul Bahrin Shah
Fail:Raja Kamarul Bahrin.jpg
Kamarul Bahrin Shah
AhliDewan Negara
LantikanYang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
17 Julai 2018 – 16 Julai 2021
PenggalPertama
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Haji Sir Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah i ibniSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
MenteriZuraida Kamaruddin
Didahului olehHalimah Mohd Sadique
Digantikan olehIsmail Abdul Muttalib
AhliParlimen Malaysia
bagiKuala Terengganu
Dalam jawatan
06 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Didahului olehRazali Ismail
Digantikan olehAhmad Amzad Hashim
Majoriti10,785 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1955-01-14)14 Januari 1955 (umur 70)
 [[{{{altlink}}} Terengganu|Terengganu]]Istana Maziah,Kuala Terengganu,Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik (2011-2015),Templat:PH-AMANAH (2015-kini)
Pasangan Australia Jacqueline Pascarl (1980-1995, cerai), To' PuanNorilah binti Muhammad Salleh (1991-kini),Norazmah Wati binti Abdul Aziz (2010-2017, cerai)
Anak8 orang
Ibu bapa(bapa)PerakRaja Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni Raja BendaharaRaja Abdul Rashid Shah, (ibu)Terengganu Tengku Zaliha Putri bintiSultan Ismail Nasiruddin Shah
Kediaman0
Tempat belajar AustraliaUniversiti Melbourne
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanArkitek
Anugerah awam Senarai
Laman web0

RajaDato'IrHajiKamarul Bahrin Shah binRajaAhmad Baharuddin Ismail Shah atau dikenali sebagai Raja Bahrin (lahir 14 Januari 1955) ialah ahli politikMalaysia berketurunanMelayu.

Beliau merupakan mantan AhliDewan Negara (Senator) selama sepenggal (2018-2021), mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2018-2020) serta mantan Ahli ParlimenKuala Terengganu selama sepenggal (2013-2018).

Di peringkat parti beliau ialah mantan PengerusiAMANAHTerengganu. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan ketika dalamPAS.

Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang AhliBadan Warisan Malaysia.

Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai olehTengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan PesuruhjayaParti Islam Se-Malaysia (pas) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.

Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkanMasjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati (Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]

Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan.[2]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Mendapat Pendidikan Awal di Saint John Institute kemudian pulang ke Terengganu dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(dilantik sebagai Ketua Murid tahun 1974), meneruskan Pendidikan Beliau di The University of Melbourne.

Beliau bertemu dengan isterinya Jacqueline Pascarl Gillespie. Ketika itu (1981) Jacqueline berusia 17 tahun.

Keluarga

[sunting |sunting sumber]

Ayahandanya ialahYang Berhormat MuliaRaja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni DYAMRaja BendaharaRaja Haji Sir Abdul Rasshid Shah ibniSultan Hajji Sir Idris I Musshiddul al-Adzham ShahPerak, pernah menjadiPegawai Daerah Marang yang berkahwin dengan Tengku Zaliha Putri binti Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada 1981 beliau berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis buku rakyat warga Australia. Mereka dikurniakan dua anak iaituRaja Baharuddin Shah (Iddin Shah, 1983) danRaja Shahirah Aishah (Shahirah, 1985). Raja Shahirah berkahwin dengan vokalis kumpulanLove Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz diMasjid TerapungMasjid Tengku Tengah Zaharah,Kuala Ibai. Anaknya itu lulusanUniversiti Teknologi Mara (UiTM),Shah Alam. Majlis persandingan mereka diadakan di Aryani Resort diMerang,Setiu. Anaknya bersekolah selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu dengan kawalan ketat Pasukan Gerakan Am (PGA).[3]

Raja Kamarul Bahrin Shah berkahwin dengan seniwati Singapura dan adik kepada Komposer terkenal di Malaysia iaitu Dato'Johari Salleh,To’ PuanHajjahNorilah Salleh atau dahulu dikenali sebagaiElmi Salleh. Dikurnia 4 cahaya mata;

Isu dan kontroversi

[sunting |sunting sumber]

Pertikaian anak dengan bekas isteri

[sunting |sunting sumber]

Pada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin (Iddin dan Shahirah) dipelihara oleh bekas isterinya, Jacqueline Pascarl seorang warga Australia campuran Cina dan Perancis. Mereka bercerai pada 1986. Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid. Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1990. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).

Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melaluiCape Town,Merauke,Irian Jaya,Sulawesi,Sabah dan kembali keKuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama dua tahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)

Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.

Arkitek terkemuka

[sunting |sunting sumber]

Beliau adalah arkitek yang cukup terkenal dengan senibina berteraskan Melayu Tradisional. Dan semakin mendapat perhatian oleh Media dan orang ramai apabila Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal AbidinStadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ramai pihak yang terlibat termasuk arkitek dari pihak pemborong dan jurutera dari kerajaan. Bumbung stadium itu amat besar dan tinggi 30 meter dan dipasang penghawa dingin oleh syarikatKorea Selatan. Kos pembinaan sebanyak RM292 juta dan masih dalam jaminan kontraktor.[4]

Stadium Terengganu Binaan Raja Bahrin Runtuh

[sunting |sunting sumber]

Raja Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek terkemuka di Malaysia. Namun begitu, setelah stadium rekaannya runtuh beliau diserang oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang. Di antara tuduhan PAS Terengganu adalah, Raja Bahrin cuai dalam melakukan rekaan. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, sebagai arkitek utama stadium berkenaan, kemudiannya tampil menjelaskan bahawa rekabentuk dan pembinaan bumbung tersebit adalah oleh syarikat asing dan dia tidak terbabit dengannya.[5] Beliau pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Satu laporan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia, berkenaan runtuhan bumbung stadium tersebut.[6]

Calon PAS PRU13 di Kuala Trengganu

[sunting |sunting sumber]

Pada 9 April 2013, beliau bersama-sama calonPAS yang lain dipilih untuk bertanding di kerusi Kuala Trengganu.[7]Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius.[8] Pada 16 September 2015 , beliau telah keluar parti dan masuk ke Parti Amanah Negara selepas parti Amanah telah ditubuhkan.

Keputusan pilihan raya

[sunting |sunting sumber]

Parlimen

[sunting |sunting sumber]
TahunParlimenCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2022Kuala TerengganuRaja Kamarul Bahrin ShahPH (AMANAH)10,946Ahmad Amzad HashimPN (PAS)63,01640,907
Mohd Zubir EmbongBN (UMNO)22,109
Mohamad Abu Bakar MudaGTA (PUTRA)481
2018Raja Kamarul Bahrin ShahPH (AMANAH)15,380Ahmad Amzad HashimPAS42,98814,773
Wan Nawawi Wan IsmailBN (UMNO)28,215
2013Raja Kamarul Bahrin ShahPAS45,828Mohd Zubir EmbongBN (UMNO)35,04310,785
Maimun YusufBEBAS182

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting |sunting sumber]
TahunParlimenCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2018Batu BurukRaja Kamarul Bahrin ShahPH (AMANAH)2,572Muhammad Khalil Abdul HadiPAS15,1845,288
Zamri Awang HitamBN (UMNO)2,572

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting |sunting sumber]

Darjah kebesaran negeri

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Raja Kamarul Bahrin: I didn’t get full roof details", News Strait Times. 5 Jun 2006.
  2. ^Raja Bahrin pengerusi Harapan Baru Terengganu.
  3. ^"Anak Raja Bahrin akhirnya bertemu jodoh", Harian Kosmo. 8 Mac 2008.
  4. ^'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'.
  5. ^Architect fights off accusation over stadium collapse.
  6. ^Utusan Online."Laporan stadium belum dapat didedahkan",Utusan Online, Kemaman, 4 Februari 2010. Retrieved on 21 Februari 2013.
  7. ^"Raja Bahrin bertanding KT, Fauzi di Larut", Malaysiakini.com. 9 April 2013.
  8. ^"K'jaan sering ambil mudah pandangan profesional", Malaysiakini.com. 10 April 2013.
  9. ^"104 terima darjah kebesaran, pingat Pahang".www.astroawani.com. Dicapai pada2023-08-04.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Parti pembangkangKerajaan Malaysia
Jawatankuasa Pimpinan Pusat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Mohd Hasbie Muda
Pengarah Komunikasi
Pengarah Strategi
Pengarah Pilihan Raya
Ahli Jawatankuasa Pusat
Jawatankuasa Pimpinan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Mahathir VII (2018-2020)
Kerajaan Negeri
Ketua MenteriMelaka
Adly Zahari (2018-2020)
Parti Politik
Pecahan dari
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad&oldid=6656489"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp