Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganRadja.
Sebahagian siriPolitik
Eksekutif
Ketua negara
Pemerintahan
Sistem
Senarai
Portal Politik

Raja ialah seseorang penguasa yang memerintah sesebuahkerajaan. Gelaran ini mempunyai sejarah yang lama dalamsubbenua India sejak permulaan ia dalam kalanganKshatriya sampailah sejauhAsia Tenggara, seperti yang dibuktikan oleh Rigveda.[1]

Gelaran ini diberikan kepadalelaki, padanan kedudukan ini dalam kalangan perempuan bergantung kepada peranan empunya gelaran - seseorang yang memerintah kerajaan secara langsung bergelar "ratu", jika pasangan raja hanya bertindak sebagai pendamping maka diberi gelaran "permaisuri"; gelaran "rani" (serapanbahasa Sanskritrājñī) turut ada untuk dua-dua kedudukan ini.

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

Istilahraja berasal daripada perkataanbahasa Sanskrit राजrāja "penguasa, pemimpin atau yang terbaik dari golongannya".[2] Ia adalahkata seasal dengan perkataanLatinrēx, Gaulrīx, dan sebagainya (pada asalnya bererti "ketua puak" atau ketua 'negara kota' yang kecil). Pada dasarnya, perkataan ini ialah terbitan vrddhi daripada kata dasar Indo-Eropah proto*h₃reǵ- yang bermaksud "mengemaskan, menitahkan, atau memerintah".

Kelainan-kelainanbahasa Hindi yang digunakan untuk pangkat diraja yang sama di (sesetengah bahagian)India termasukRana, Rao, Raol, Rawal, danRawat.

Gelaran Raja, Thakore (gelaran yang berpangkat lebih rendah), serta banyak kelainan, kata majmuk, dan terbitan yang menggunakan salah satu daripada dua perkataan itu, telah digunakan diIndia dan di sekitarnya, kebanyakan oleh pemerintahHindu dan sesetengah pemerintahBuddhisme danSikhisme, sedangkan pemerintahMuslim menggunakan Nawab atauSultan (masih digunakan di India). Bagaimanapun diPakistan, gelaranRaja masih digunakan oleh puak-puak Chibh, Janjua, Ranial, Dhamial, Chauhan dan Rathore sebagai gelaran keturunan.

Kelaziman

[sunting |sunting sumber]

Di India

[sunting |sunting sumber]

Oleh sebab hierarki teori untuk gelaran-gelaran diraja tidak membayangkan kepentingan yang benar untuknegeri-negeri beraja (termasuk juga ketika menganugerahkan gelaran kepada raja-raja berdasarkan merit peribadi), pihakBritish memperkenalkan pemangkatan alternatif berdasarkan tembakan hormat untuk melebihi seratus negeri India (dan sesetengah negeri yang lain) yang terutama, tanpa mengira sebarang gelaran diraja asli (yang mereka terus menganugerahkan), tetapi mengaitkan gaya Barat, "His Highness", kepada kelas tembakan hormat yang berpangkat lebih tinggi.

Disebabkan pertukaran gelaran yang pesat melalui kenaikan pangkat, hanya terdapat sebilangan kecil pemerintah-pemerintah yang masih digelarkan raja dalam golong elit yang dianugerahkan dengan tembakan hormat ketika masakemerdekaan India, dan hanya dalam kelas-kelas yang lebih bawah (21 das adalah yang terdiri, dan nombor genap tidak digunakan):

Tembakan hormat keturunan 11-das:

Tembakan hormat keturunan 9-das: (peribadi: 11-das):

Tembakan hormat keturunan 9-das:

Tembakan hormat peribadi 9-das: hanya Raja Bashahr

Di Nepal

[sunting |sunting sumber]
  • Raja Kaski

Dalam Nusantara

[sunting |sunting sumber]

RajaPerlis (sebuah negeri dalam PersekutuanMalaysia) merupakan raja tunggal yang menggunakan gelaran "Raja" di negara ini. Raja negeri-negeri lain menggunakan gelaran "Sultan".

Raja-raja yang lain di dunia Melayu termasuk:

Gelaran majmuk dan terbitan

[sunting |sunting sumber]

Terdapat banyak gelaran majmuk dan terbitan yang digunakan oleh para pemerintah, keluarga diraja, dan/atau pembantu istana yang mengandungi perkataan "Raja":

  • Rao Raja, satu dampingan yang terdiri daripada dua gelaran yang setaraf, telah digunakan oleh pemerintah-pemerintahBundi sehingga mereka dianugerahkan dengan gelaran Maharao Raja yang lebih tinggi tarafnya.
  • Raja Bahadur ialahkata majmukMughal yang tipikal.Kata sifatBahadur yang bermaksud "gagah berani" menaikkan pangkat seseorang dalamprotokolistana; dalam hierarki yang tertentu di kalangan pembantuHindu dalam istana NizamHyderabad, gelaran ini adalah padanan untuk pangkat Nawab yang dianugerahkan kepada pembantu-pembantu yang beragamaIslam.
  • Maharaja dan padanan kelainan-kelainan kata majmuk dengan awalanMaha- (umpamanya Maharana, dan Maharawal) yang bermaksud 'Raja Agung'; perkataan ini pada asalnya menandakan seorang Raja yang telah menewaskan raja-raja yang lain dan oleh itu, menjadi rajaagung. Bagaimanapun, gelaran ini tidak lama kemudian diterimaguna atau dianugerahkan oleh pemerintah agung India (Mughal danBritish) secara besar-besaran sebagai suatu gelaran yang tidak bererti, dan mengakibatkan gelaran ini tidak mempunyai nilai yang berprestij.
  • Rajadhiraja bermaksud 'Raja antara Raja-raja': Melalui penurunan nilai gelaran yang serupa dengan gelaran 'Maharaja', gelaran ini tidak sebegitu berprestij berbanding dengan padanan-padanannya di kebanyakan keluarga linguistik.
  • Raja Perumal dianggap sebagai gelaran yang paling berkuasa, menurutkesusasteraanTamil.
  • DiIndia Selatan, gelaran Samraj ('maharaja' Hindu) Vijayanagar ialahRaya dan bukan (Maha)Raja.
  • Sesetengah pemerintahAsia Tenggara menggunakan kelainan-kelainan seperti gelaran kesalihan yang termasuk Buddharaja danDevaraja atau Lingaraja (yang terakhir ini di kawasan yang tertentu).
  • Uparaja (diimbuhkan kataSangsakerta उपupa-): Dengan kelainan dan terbitan tersendiri, gelaran ini boleh bermaksudwizurai atau pangkat-pangkat wangsa yang tinggi.

Kegunaan lain

[sunting |sunting sumber]

Seperti dengan banyak gelaran yang lain, "Raja" sering digunakan dalam nama peribadi (seperti "Rex" dalambahasa Latin dan "King" dalambahasa Inggeris), tanpa sebarang maksudbangsawan ataupolitik; umpamanya , Raja Vaidyanathan. Selain itu, mendiangSinnathamby Rajaratnam, bekasahli politikSingapura, biasanya dikenali sebagai "Raja".

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Rigveda menterjemahkan perkataan "raja" dengan lebih tepat sebagai "ketua puak"; untuk contoh, sila lihat, dāśarājñá "Perang Sepuluh Raja"
  2. ^Monier-Williams, Monier (1981).A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 872. - melaluiEdi Sedyawati dkk. (1994).Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini(PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 153–154.ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja&oldid=6377202"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp