Rafizi Ramli | |
---|---|
![]() | |
Menteri Ekonomi Malaysia | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
AhliParlimen Malaysia bagiPandan,Selangor | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 48,296 (PRU-15) |
Dalam jawatan 10 April 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 26,729 (PRU-13) |
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-5 | |
Menyandang jawatan 17 Julai 2022 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Azmin Ali |
Ketua PKR CabangPandan | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd. Rafizi bin Ramli (1977-09-14)14 September 1977 (umur 47) Besut,Terengganu,Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat(2008-2015) ![]() |
Pasangan | Datin Seri Afizsa Ashak |
Anak | 2 |
Pendidikan | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Tempat belajar | University of Leeds(BEng) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Akauntan |
Laman web | rafiziramli.com |
Dato' SeriMohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) merupakan ahli politikMalaysia berketurunanMelayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinetPerdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' SeriAnwar Ibrahim dengan memegang portfolio sebagaiMenteri Ekonomi Malaysia dan Ahli ParlimenPandan buat Penggal Kedua. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan PresidenParti Keadilan Rakyat[1].
Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 diBesut,Terengganu. Beliau mendapat pendidikan diKolej Melayu Kuala Kangsar (1990–1994) sebelum melanjutkan pelajaran diUniversity of Leeds, England (1996–1999).[2][3]
Selepas belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Rafizi bekerja diPetronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.
Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).
Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).
Pada 2009 beliau bertukar kerja ke Pharmaniaga Berhad sebagai pengurus besar, sebelum menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)[5]
Beliau bertanding untuk kawasan parlimenPandan pada pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013 dan menang dengan jumlah undi 48,183.[6]Selepas Tewas PadaPemilihan PKR 2018 Dengan Bertanding Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR dengan Penyandang Ketika itu iaitu Dato' Seri Azmin Ali Dengan Mendapat undian 68,730 Berbanding Azmin Ali iaitu sebanyak 71,635.Selepas Dari Tewas Pemilihan Tersebut Beliau Mengumumkan Mahu "Bercuti" Daripada Politik.Pada Tahun 2022 Beliau Mengumumkan Mahu Kembali Politik Sekaligus Mengumumkan Mahu Bertanding Jawatan Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR sekali lagi padaPemilihan PKR 2022 Dan Memenangi Jawatan Tersebut Dengan Undian Sebanyak 59,678 Berbanding Pencabarnya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Sebanyak 43,010.
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar.
Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.
Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.
Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada IPR.
Malaysia melancarkan fasa pertama NETR, dengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin utama yang akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.
Bagi fasa pertama NETR, jumlah pelaburan komited bernilai RM25 bilion yang dijangka mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi dan berkualiti tinggi selain mengurangkan 10,000 gigagram bersamaan karbon dioksida tahunan.
Enam pemacu peralihan tenaga utama adalah kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu (TBB), hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau, dan perangkap, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
Fasa kedua NETR dijangka dilancarkan dalam tempoh sebulan dan akan memberi tumpuan untuk mewujudkan laluan rendah karbon, campuran tenaga negara, dan sasaran mengurangkan pelepasan, serta pengupaya yang diperlukan.
Kertas Putih yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengandungi tiga mekanisme utama iaitu dilaksanakan secara sukarela, berteraskan insentif dan peruntukan yang disuntik kerajaan dan tanggungjawab pekerja dalam meningkatkan produktiviti.
Menerusi dasar itu, majikan akan dinilai dan diberi penarafan untuk membolehkan syarikat bersaing antara satu sama lain bagi mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik dan menarik bakat yang berkualiti.
Rafizi berkata, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela tanpa undang-undang baharu untuk memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan menerima pakai model gaji progresif.
Rafizi Ramli danKhairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan MediaKarangkraf,Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isuPTPTN,pendidikan percuma,IPTA dan kelangsunganIPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Moderator ialah DrMaszlee Malik.[perlu rujukan]
Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI dan RTM pada 9 Ogos 2023 nyata memberi perspektif yang segar kepada rakyat Malaysia.
Rafizi dan Mohd Syahir telah membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu dalam menambah baik keadaan semasa.
Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluargaShahrizat Abdul Jalil.[7] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan,Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diMahkamah TinggiKuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk SeriMuhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah.[8][9]
Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[10].
Tahun | Votes | Pct | Lawan | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Rafizi Ramli (PKR) | 48,183 | 66.73% | Lim Chin Yee (MCA) | 21,454 | 29.71% | 73,225 | 26,729 | 87.32% | ||
2022 | Rafizi Ramli (PKR) | 74,002 | 63.98% | Muhammad Rafique Zubir Albakri (PAS) | 25,706 | 22.23% | 115,656 | 48,296 | 77.76% | ||
Leong Kok Wee (MCA) | 11,664 | 10.09% | |||||||||
Ong Tee Keat (WARISAN) | 3,323 | 2.87% | |||||||||
Nadia Hanafiah (PEJUANG) | 961 | 0.83% |
Reformasi 2.0 (harga RM 10.00) -[15]