Rafael Benítez Maudes (dilahirkan16 April1960 diMadrid,Sepanyol) ialah seorang pengurus bola sepak berbangsaSepanyol. Biasanya dia dipanggil Rafa Benitez sahaja. Rafael Benítez menjadi pengurus Liverpool sejak tahun2004. Beliau adalah orang Sepanyol yang pertama menjadi pengurusLiverpool
Rafa Benitez menjadi pengurusValencia CF paling berjaya walaupun hanya menjadi pengurus selama 3 musim. Dalam tahun2002, beliau memimpinValencia CF menuju kejuaraanLa Liga buat kali pertama sejak tahun1971. Dalam tahun2004, Rafael Benítez memimpinValencia CF ke kejuaraan berganda apabila menjadi juaraLa Liga dan menangPiala UEFA.
Bentitez menjadi pengurus ketiga, selepasBob Paisley danJose Mourinho yang memenangiPiala UEFA danPiala Eropah dalam musim berturut-turut[1]. Beliau adalah pengurus pertama mencapai kejayaan ini dengan dua kelab yang berlainan. Beliau adalah pengurus Liverpool yang kedua, selepasJoe Fagan, yang menangPiala Eropah dalam musim pertamanya.
Kesannya, Liverpool menjadi lebih konsisten, dan berjaya mengurangkan jurang mata denganChelsea. Liverpool menamatkan musim di tangga ketiga Liga Perdana, satu mata di belakangManchester United dan berjaya melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara.
Liverpool juga berjaya ke perlawanan akhirPiala F.A. setelah mengenepikan Manchester United dan juga Chelsea. Di perlawanan akhir, Liverpool seri 3-3 denganWest Ham, walaupun ketinggalan 2-0 pada satu masa, dan akhirnya menang dengan sepakan penalti di manaPepe Reina menjadi wira setelah menyelamatkan 3 penalti.
Benitez juga membawa masuk pemain-pemin muda untuk dijadikan pelapis untuk skuad masa depannya. Antara yang dibawa masuka dalahPaul Anderson,Besian Idrizaj,Godwin Antwi danMiki Roque.Mark Gonzalez yang hendak dibawa masuk tidak kesampaian kerana tidak diberikan permit kerja oleh pihak berkuasa British.Mark Gonzalez kemudiannya dipinjamkan kepadaReal Sociedad hingga akhir musim.[2]
Latihan pra-musim dijalankan di Switzerland. Perlawanan persahabatan pra musim melihat Liverpool mengalahkan Wrexham 2-0 dan Crewe Alexandra dengan 1-0, tetapi tewas kepada FC Kaiserslautern 2-3, tewas kepada Grasshopper Zurich 2-0 sebelum tewas teruk kepada FSV Mainz 5-0. Kekalahan disebabkan oleh kesilapan individu pemain-pemain muda pertahanan, sepertiJack Hobbs danGabriel Paletta. Benitez menyatakan keyakinan beliau bahawa Liverpool akan bangkit semula apabila bertemuMaccabi Haifa dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara pada 9 Ogos. Bentitez juga menyatakan kekalahan dalam perlawanan pesahabatan tidak perlu diambil serius.[4] pendapat beliau dikukuhkan apabila Liverpool menang 2-1 hasil jaringanCraig Bellamy danMark Gonzalez.
Liverpool dua kali mengalahkanChelsea dalam perlawanan Separuh akhir - perlawanan Piala Eropah tahun 2005 dan pertandinganPiala F.A. musim 2005-2006.Liverpool juga dimasukkan dalam kumpulanChelsea semasa pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim 2005-2006, dan Liverpool berjaya menguasi kumpulan tersebut. Pada perlawanan akhir Piala Liga tahun 2005, selepasChelsea menyamakan kedudukan,Jose Mourinho membuat gerak isyarat supaya penonton Liverpool berdiam. Ini menimbulkan kemarahan peminatLiverpool.Jose Mourinho kemudian menyatakan bahawa beliau memberikan isyarat tersebut kepada wakil media dan bukannya terhadap penontonLiverpool.
Persaingan mereka berterusan.Liverpool menguasai permainan dalam perlawanan separuh akhirPiala F.A. tahun 2006 diOld Trafford, danLiverpool menang 2-1.Jose Mourinho terlalu marah sehingga enggan berjabat salam dengan Benitez selepas perlawanan.Jose Mourinho seperti biasa menyalahkan pengadil dan bukannya kesilapan taktikal beliau sebagai punca kekalahan. Selepas permainan itu,Jose Mourinho ditanya sama adaLiverpool akan mencabar kejuaraan musim 2006-2007. mourinho menjawab bahawaLiverpool tidak ada peluang. Kata beliau , "I think in the Premiership they have no chance. Not over 40 matches. But maybe they surprise me."
Sebelum bermula musim 2006-2007, Jose Mourinho mengulas bahawa chelsea akan dicaabr olehArsenal danManchester United dan bukannyaLiverpool. Beliau menuduhLiverpoolbermain corak yang membosankan, dan bermain cara defensif. Rafa benitez sekali lagi enggan mengulas banyak dan berkataI know him and I know how he likes to play these kind of games, but I like the games you play for 90 minutes, not the games before and after..
Selang beberapa hari kemudian,Jose Mourinho berkata beliau tidak ada masalah dengan Benitez, tetapi dia tidak tahun sama Benitez mempunyai masalah dengan beliau.[6] Beliau juga berkataLiverpool akan menghadapi masalah keyakinan kalau tewas kepada pasukannya dalam perlawanan Charity Shield 2006 keranaChelsea akan bermain hanya pada tahap 50%.[7][8][9]
Pada2 Jun2006, Benitez menandatangani perlanjutan kontraknya dengan Liverpool FC untuk 4 tahun lagi. Rafael Benitez kini popular dengan penyokong-penyokong Liverpool. Ini mententeramkan desas desus yangReal Madrid C.F. mahu melantik beliau sebagai Pengurus.
Sikapnya yang merendah diri dan bersederhana berlainan dengan keangkuhan yang ditunjukkan olehJose Mourinho. dengan pemain pula, beliau berterus terang. MenurutJamie Carragher, Benitez tidak mengucapkan syabas kepadanya selepas Liverpool menewaskan Juventus, sebaliknya Benitez menegurJamie Carragher kerana mainan pertahanan Liverpool malam itu tidak seperti yang diharapkan.[10] Benitez juga tidak segan silu membetulkan kesilapan beliau -Fernando Morientes,Josemi,Antonio Nunez damMauricio Pellegrino semuanya dilepaskan oleh Benitez setelah gagal menyesuaikan diri dengan permainan Liverpool.
Beliau diterima ramai, sama ada menyertai penyokong-penyokongLiverpool di sebuah pub diCologne,Jerman[11] pada malam sebelum perlawanan menentangBayer Leverkusen[12], ataupun perarakan poster "Rafatollah" di luarStadium Millennium diCardiff, Rafael Benitez akan menjadi satu lagenda diLiverpool. Jikalau beliau belum lagi jadi lagenda.