Radja Nainggolan (lahir 4 Mei 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain di posisipemain tengah untuk kelabBhayangkara diLiga 1.
Nainggolan telah dilahirkan diAntwerp dan merupakan anak kepada Lizy Bogaerts, orang Flemish Belgium dan Marianus Nainggolan, orangBatak. Marianus telah meninggalkannya ketika beliau masih kecil. Ibu Nainggolan telah meninggal pada 2010. Beliau merupakan penganut agamaKatolik dan fasih berbahasa Belanda, Inggeris dan Itali serta dapat memahami serba sedikit bahasa Perancis.
Nainggolan tiba diPiacenza Calcio pada lewat 2005 semasa beliau berusia 17 tahun dariK.F.C. Germinal Beerschot. Beliau telah menghabiskan dua musim bersama kelab itu di Serie B. Secara keseluruhannya, Nainggolan telah bermain 38 perlawanan pada musim 2008-09 dan menjaringkan tiga gol.
Pada 27 Januari 2010, beliau dipinjam keCagliari Calcio diSerie A. Beliau membuat debut di Serie A pada 7 Februari pada perlawanan tewas 3-0 kepadaInter. Beliau bermain pada tujuh minit terakhir.
Pada 21 Jun 2010, Cagliari mendapatkan Nainggolan secara tetap. Pada awal Oktober 2013, selepas tiga musim beliau memperbaharui kontraknya sehingga 2016. Walau bagaimanapun pada 7 Januari tahun berikutnya, Nainggolan dipinjam ke kelabRoma sehingga penghujung musim 2013-14 dengan bayaran 3 juta euro.
Nainggolan membuat debut untuk kelab barunya pada 9 Januari 2014 pada perlawanan kemenangan 1-0 ke atasU.C. Sampdoria padad perlawananCoppa Italia. Pada 22 Februari 2014, Nainggolan menjaringkan gol pertamanya untuk Roma menang 1-0 ke atasBologna F.C. 1909. Beliau menjaringkan gol keduanya pada 19 April menentangACF Fiorentina, 1-0. Keputusan itu membuatkan Roma layak keLiga Juara-Juara Eropah.
Pada 24 Jun 2014, Roma membeli Nainggolan dengan harga 9 juta euro.
Nainggolan membuat debut untukpasukan kebangsaan Belgium pada 29 Mei 2009 pada perlawanan persahabatan menentangChile pada Piala Kirin. Pada 5 Mac 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Belgium pada perlawanan persahabatan seri 2-2 menentangCôte d'Ivoire.
- Sehingga 7 Jun 2015
Belgium |
---|
Tahun | Kmncln | Gol |
---|
2009 | 1 | 0 |
2011 | 1 | 0 |
2012 | 1 | 0 |
2013 | 1 | 0 |
2014 | 4 | 2 |
2015 | 3 | 1 |
Jumlah | 11 | 3 |
---|
Persondata |
---|
Nama | Nainggolan, Radja |
Nama alternatif | |
Pemerihalan ringkas | Belgian footballer |
Tarikh kelahiran | 4 May 1988 |
Tempat kelahiran | Antwerp, Belgium |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian | |