Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rabu Abu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Upacara pengurapan abu bertanda salib di dahi dalam suatumisa di Amerika Syarikat

Rabu Abu (bahasa Inggeris:Ash Wednesday) ialah suatu hari penting dalam anutanKristian pada hari pertama tempohPra-Paskah berikutanShrove Tuesday.[1] Ia disambut oleh banyak mazhab Kristian Barat termasuk mazhab-mazhabAnglikan,Katolik,Lutheran danMetodis.[2] Hari ini dikhususkan untuk umat Kristian memulakan penebusan dosa diri melalui banyak amalan ibadah dilakukan mereka termasuk bacaan doa danpuasa tertentu. Meskipun keraian ini bukanlah suatu "hari raya wajib" untuk golongan Kristian,[3] ia masih diamalkan sebagai tanda perkabungan, pertaubatan, dan penyangkalan atau perendahan diri[4] menuju kemenangankebangkitanYesus Kristus.

Hari ini dinamakan sedemikian daripada acara utama yang dilaksanakan pada hari ini di manaabu diurapkan pada dahi para penganut yang hadir dengan pengucapan peringatan mengenaikefanaan mereka;[5] abu-abu ini diperolehi hasil pembakarandaun pelepahkelapa palma yang dipakai pada sambutanAhad Palma tahun sebelumnya.

Upacara

[sunting |sunting sumber]

Pengurapan abu bertandasalib di dahi mengingatkan umat akan ritus Israel kuno di mana seseorang menabur abu di atas kepalanya atau di seluruh tubuhnya sebagai tanda kesedihan, penyesalan, danpertaubatan[6] (misalnya seperti dalamKitab Ester, yaituEster 4:1, 3). DalamMazmur 102:10 penyesalan juga digambarkan dengan "memakan abu":

"Sebab aku makan abu seperti roti, dan mencampur minumanku dengan tangisan."

Seringkali pada hari ini bacaan di Gereja diambil dariAlkitab bahagian kitab2 Samuel 11-12, perihal rajaDaud yang berzina dan bertaubat.

Ia turut dituruti ucapan "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepadaBerita Baik ini!" atau diktum "Ingatlah bahawa engkau adalah debu, dan engkau akan kembali menjadi debu".[7][8]

Ramai orangKatolik menganggap hari Rabu Abu sebagai hari untuk mengingat kefanaan seseorang. Pada hari ini umatKatolik berusia 18–59 tahun diwajibkanberpuasa, dengan batasan makan kenyang paling banyak satu kali, danberpantang.

Di banyak negara berkebudayaan Roman Katolik terutamanya di benua-benuaEropah danAmerika, Rabu Abu didahului dengan perayaankarnival (termasuk misalnyaMardi Gras) yang berakhir pada hariSelasa, sehari sebelum Rabu Abu.

Takwim

[sunting |sunting sumber]
Rabu Abu yang terangkum dalam takwim Pra-Paskah dan Paskah mengikut amalan penganut agama Kristian mazhab-mazhab gereja Barat

Dalamgerejatradisi/ritus barat (termasukGereja Katolik Rom danProtestantisme), perayaan ini hari pertama masaPra-Paskah dalam liturgi tahunan gerejawi. Ia jatuh pada hariRabu, 40 hari sebelum hariPaskah tanpa menghitung hari-hariMinggu, atau 44 hari (termasuk hari Ahad) sebelum hariJumaat Agung.


Lihat pula

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Walker, Katie (7 Mac 2011)."Shrove Tuesday inspires unique church traditions" (dalam bahasa Inggeris). Daily American Reporter. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 February 2016. Dicapai pada13 Mac 2018.
  2. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama2018RCA
  3. ^"The Liturgical Calendar" (dalam bahasa Inggeris).Reformed Church in America. 2018. Dicapai pada13 March 2018.
  4. ^"Mengapa Rabu "Abu"?".Herald Malaysia. Dicapai pada26 Februari 2020.
  5. ^Church, Catholic (14 September 2011).The Roman Missal [Third Typical Edition, Chapel Edition].ISBN 9781568549903.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2016.
  6. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
  7. ^"Renungan Harian®: Februari 2016". Yayasan Gloria. Dicapai pada16 Maret 2019.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan);Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  8. ^"The Roman Missal [Third Typical Edition, Chapel Edition]". Diarkibkan daripadayang asal pada 24 March 2016.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rabu_Abu&oldid=5010127"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp