Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Rabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagianturutan rencana mengenai
Orang YahudidanAgama Yahudi
Bintang Nabi Daud Menorah
Siapakah seorang Yahudi? ·Etimologi ·Budaya

Rabai (kadangkala diejaRabbi;Ibrani Ashkenaz:רְבִּיrǝbbī danרַבִּיrabbī;Ibrani Sefardi:רִבִּיribbī;Jawi:راباي، ربي) ialahguru agama atau ulama dalamagama Yahudi.[1] Perkataan "rabai" (guruku) berasal daripada kata akarIbrani Klasik "Rav", yang bererti "hebat" atau "dihormati". Semua permasalahan agama Yahudi biasanya dirujuk kepada rabai dan mereka mempunyai peranan sebagai penasihat dan ketua agama dalam setiap masyarakatYahudi.

Seseorang menjadi rabai dengan ditahbiskan oleh rabai lain—proses yang dipanggil semikhah—setelah mempelajari sejarah dan teks-teks Yahudi sepertiTalmud. Jawatan rabai berasal dari eraFarisi (167 SM – 73 TM) dan Talmud (70 – 640 TM) ketika ulama-ulama berkumpul menghimpunkan hukum-hakam agama Yahudi. Istilah "rabai" digunakan buat kali pertama pada abad pertama Masihi. Lama-kelamaan, peranan rabai dipengaruhi oleh paderi-paderiKristian Protestan dan rabai mula memberi khutbah, kaunseling, dan menjadi mewakili komuniti. Pada abad ke-19 di Jerman dan Amerika Syarikat, aktiviti-aktiviti ini menjadi lebih penting.

Bergantung pada mazhab, terdapat kriteria yang berbeza untuk menjadi seorang rabai. Sesetengah komuniti Yahudi Ortodoks tidak percaya bahawa wanita boleh menjadi rabai,[2][3] manakala komuniti lain seperti Konservatif, Pembaharuan dan Rekonstruksionis membenarkan wanita menjadi rabai untuk hal-hal yang berkait dengan hukum-hakam dan akhlak.[4][5]

Rabai Moshe Feinstein, tokoh berkuasa Rabai terkemuka agama Yahudi Ortodoks akhir abad kedua puluh.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Perkataan "rabai" diserap melalui bahasa Inggeris "rabbi", yang itu pula datang daripada perkataanIbrani Misynahרְבִּיrǝbbī,[a] bermaksud "Tuan [Nama]"; kata nama standardnya dalam Ibrani ialahרבrav "tuan".רבrav juga digunakan sebagai gelaran untuk seorang rabai,[7] begitu jugarabbeinu ("tuan kami") danha-rav ("sang tuan"). Ia lebih kurang setara dengan perkataan "ustaz" atau "syeikh" yang digunakan oleh masyarakat Muslim dalam bahasa Melayu.

Kata akar Ibrani tersebut pula berasal daripada kata akarSemitikר-ב-ב (R-B-B), yang dalambahasa Aram Alkitab bermaksud "hebat", malah "dihormati", tetapi biasanya digunakan sebagai imbuhan awalan dalam sesetengah binaan.[8] Walaupunrabim "many" (seperti dalam 1 Raja-raja 18:25,הָרַבִּים) "majoriti, kelompok kebanyakan" digunakan untuk bercakap tentang komuniti dalamNaskhah Laut Mati, tiada bukti yang menyokong ia ada kaitan dengan jawatan "rabai".[9] Akarnya serumpun dengan perkataanbahasa Arab ربّrabb,[10] yang bermaksud "tuan" (biasanya digunakan tentang Tuhan tetapi juga untuk raja-raja atau bangsawan), dan kepada perkataan bahasa Suryaniܪܒܝrabi.

Sesetengah komuniti, lebih-lebih lagiYahudi Sefardi danYaman, dahulu menyebutnyaרִבִּיrībbī; sebutan ini telah bersaing dengan thisרְבִּיrǝbbī dan רַבִּיrabbī dalamdialek Ashkenaz sehingga zaman moden.[11][12]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Ada juga yang menghubungkannya denganIbrani Misynahרֶבִּיrebbī, (Kaufmann A50 RH 2:12)/ רִבִּיrībbī (Parma A RH 2:12) "tuan saya" tetapi ini amat jarang ditemui dalam teks-teks lama.[6]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^rabbi | Definition, History, & Functions | Britannica
  2. ^Israel-Cohen, Y. (2012). "Chapter Five: Orthodox Women Rabbis? It's Only a Matter of Time". DalamBetween Feminism and Orthodox Judaism (m/s 69–78). Brill.
  3. ^Nadell, P. S. (2019). Paving the Road to Women Rabbis.Gender and Religious Leadership: Women Rabbis, Pastors, and Ministers, 89.
  4. ^"Orthodox Women To Be Trained As Clergy, If Not Yet as Rabbis". Forward.com. Mei 21, 2009.Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 6, 2011. Dicapai padaMei 3, 2012.
  5. ^PRI.orgCan Orthodox Jewish Women be Rabbis?Diarkibkan Januari 12, 2016, diWayback Machine, November 9, 2015
  6. ^רב ורבנים. 2021-06-03. Dicapai pada2022-01-31.האקדמיה ללשון העברית
  7. ^"Rav".Dictionary.com. Dicapai pada21 April 2022.
  8. ^EntriRab dalamTheological dictionary of the Old Testament Jil. 13 (Fabry, 2013, m/s 273) "Kata akar ini juga RAB... juga dibuktikan wujud dalam bahasa Phoenicia dengan kukuh. Sini,rab juga berfungsi sebagai gelaran; makna khususnya boleh ditentukan hanya dengan hubungannya dengan jawatan-jawatan- dan peranan-peranan lain. Semua dialek bahasa Aram banyak menggunakan akar ini."
  9. ^EntriRab dalamTheological dictionary of the Old Testament Jil. 13 (Fabry, 2004, m/s 298), "Tiada bukti untuk menyokong gelaran "Rabai" berkait dengan penggunaan ini, seperti yang sering disebut dalam perbincangan-perbincangan ... seperti yang dicadangkan oleh M. Burrows dan diulang oleh Carmignac, 584"
  10. ^"What does rabbi mean?".
  11. ^Siddur Azor Eliyahu, m/s 18 (tentang "Ribbi Yishmael Omer" sebelum Pesukei deZimra). Teks dengan singkatan dikembangkan mengikut glosarinya (kurungan dalam kurungan asal, segi empat sama ditambah berdasarkan glosari):רִבי ישמעאל. בחיריק—כך הוא בכל סידורים ישנים ]הכוונה לסידורי אשכנז שנדפסו עד לסידור ר' שבתי סופר מפרעמישלא] (כמו שקלאוו תקמ"ח, דיהרנפורט תקמ"ח, תקנ"ב, תקס"ב, זולצבאך תקנ"ג), כך הוא בהגדה של פסח על ביאור הגר"א שהדפיס רמ"מ משקלאוו בהוראדנא בשנת תקס"ה (וכן הוא בסידורי הספרדים והתימנים). והשינוי לרַבי בפתח הוא משינויי ויעתר יצחק (ספר הגהות על סידור אשכנז וסידור תפילה מאת יצחק סאטאנוב, ברלין תקמ"ד) ובעקבותיו ניקד כן גם ר' וואלף היידנהיים (ויעב"ץ ניקד רְבי בשווא והאריך בזה בלוח ארש). בגמרא מופיע בריבי מלא (מכות ה' ב' חולין פ"ד ב' קל"ז א' שבת קט"ו א' ערובין נ"ג א') וחסר (חולין י"א ב', כ"ח א') ומשמע מכך שאמרו רִבי בחיריק, וגם מפירוש רבינו חננאל (פסחים נ"ב ב' וסוכה מ"ה א') משמע כן. "Rabai Yishmael - beginilah ia ditulis dalam semua kitab-kitab sembahyang lama (yang dicetak hingga Siddur Rabai Shabtai Sofer dari Frankfurt, seperti Klaauw pada tahun 1588, Djerenafor pada tahun 1568, Tukhnov pada tahun 1562, Tuksev pada tahun 1622, Zoltzbach pada tahun 1593), juga dalam Haggadah Paskah dengan ulasan Gra (Vilna Gaon) dicetak oleh RMM dari Klaauw di Horda pada tahun 1765 (begitu juga kitab-kitab sembahyang Sefardi dan Yaman). Perubahan “Rav” dalam pembukanya disebabkan perubahan yang dibuat oleh Ye’ater Isaac (buku glos-glos Siddur Ashkenaz dan kitab sembahyang oleh Isaac Satanov, Berlin 1744) dan mengikut beliau, Rabai Wolf Heidenheim juga meletakkan tanda baca begini (Veata Netzav menandakan “Rabbi” dengan bunyi e-pepet dan menghuraikannya dalam kalenda Roach Ash). Dalam Talmud, ia dieja penuh (Makot 5b, Chulin 83b, Shabbat 105a, Eruvin 53a) dan tidak mempunyai Heh (Chulin 11b, 28a) seakannya mereka menyebut “Rabbi” dengan huruf Heh, seperti yang dijelaskan oleh Rabbenu Chananel."
  12. ^Englishman's Greek Concordance of the New Testament oleh Wigram, George V.; memetik Matius 26:25, Markus 9:5 dan Yohanes 3:2 (antara lain)
Mazhab
Falsafah
Teks keagamaan
Kepimpinan
Kehidupan dan budaya
Peranan dan tempat
Rencana keagamaan
Agama lain
Bahasa
Sejarah
Politik
Antisemitisme


Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rabai&oldid=6172833"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp