Quito (/ˈkiːtoʊ/;Sebutan Sepanyol:[ˈkito];Quechua:Kitu; rasminyaSan Francisco de Quito) merupakanibu negaraEcuador dan kota terbesar di Ecuador yang terletak di 2,850 meter (9,350 ka) atas paras laut. Ia merupakan ibu kota rasmi yang terletak pada altitud kedua tertinggi di dunia, selepasLa Paz, dan merupakan yang terdekat denganequator.[2] Ia terletak diSungai Guayllabamba, pada lereng timurGunung Pichincha ,[3] (15,728 kaki; 4,794m), sebuahstratovolkano yang aktif di banjaranAndes. Dengan populasi sebanyak 2,671,191 menurut jabatan perangkaan (2019), Quito merupakan bandar yang mempunyai jumlah penduduk terpadat di Ecuador.[4]
Quito terletak lebih kurang 15 batu (25 km) di selatankhatulistiwa. Sebuah tugu yang menandakan khatulistiwa itu dikenali oleh orang tempatan sebagaila mitad del mundo (pusat dunia).
Disebabkan ketinggian dan lokasinya, iklim Quito sederhana hingga dingin dan adalah lebih kurang tekal pada sepanjang tahun. Suhu tinggi Quito biasanya di sekitar 67°F (20°C) pada mana-mana satu hari, dan suhu rendahnya lebih kurang 49°F (10°C) pada waktu malam. Bandar raya ini mengalami hanya dua musim: musim panas (musim kering) dan musim sejuk (musim hujan).
Quito ialah bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk yang kedua terbanyak diEcuador, iaitu selepasGuayaquil.