Qatar(Arab:قَطَر,rumi: Qaṭar[ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalamlahjah tempatan:[ˈɡɪtˤɑr])[8][9] atau nama rasminyaNegara Qatar (Arab:دَوْلَة قَطَر,rumi: Dawlat Qaṭar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak diAsia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur lautSemenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah denganArab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi olehTeluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaituBahrain.
Selepas pemerintahanUthmaniyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naunganBritain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah olehKerabat Thani sejak awal kurun ke-19.Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah EmirSheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuahmonarki berperlembagaan[10][11] ataumonarki mutlak[12][13][14][15] hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju.[16][17] Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orangekspatriat.[18]
Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha untuk memperoleh kemerdekaan, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Usaha Qatar semakin giat setelah pihak British memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pihak British menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tetapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Sebagai tindak balas, Qatar dengan membentuk Persekutuan Arab Teluk bersama dengan Bahrain. Setelah taklukan oleh pihakInggeris danEmpayar Uthmaniyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi negara yang merdeka pada 3 September 1971.
Qatar ialah sebuah sebagai negara raja berperlembagaan separa yang dipimpin olehkeluarga Al Thani, dengan Amir sebagai ketua negara, danPerdana Menteri sebagai ketua kerajaan.[27][28] Dinasti Al Thani telah memimpin Qatar sejak 1825. Amir terkini Qatar ialahTamim bin Hamad Al Thani anakandaHamad bin Khalifa Al Thani yang menyerahkan kekuasaan padanya 25 Jun 2013. Pada 2003, Qatar menerapkanperlembagaan yang membolehkan 30 dari 45 anggota Dewan Perundangan negara dipilih secara demokratik.[29][30] Perlembagaan ini disetujui secara mutlak dalam pungutan suara dengan angka 98%.[16][17]
Untuk tujuan statistik, perbandaran ini dibahagikan lagi kepada 98 zon (setakat 2010[kemas kini]),[32] di mana ia kemudian ditukarkan menjadi blok.[33]
Qatar ialah sebuah negarasemenanjung di timurSemenanjung Tanah Arab, bersempadan denganTeluk Parsi danArab Saudi berdekatan kawasan petroleum utama. Qatar berkeluasan 11,437 km2 (4,416 bt2).[34] Dengan lebar antara 55 dan 90 km (34 dan 56 bt), tanah Qatar secara amnya rata, dengan titik tertinggi cuma 103 m (338 ka), dan berbatu.[34]
Petroleum dangas asli ialah asasekonomi Qatar dan menyumbang lebih daripada 70% daripada jumlah hasil kerajaan, lebih daripada 60% daripadakeluaran dalam negara kasar, dan kira-kira 85% daripada pendapataneksport. Qatar mempunyai rizab gas asli terbukti ketiga terbesar di dunia dan merupakan pengeksport gas asli kedua terbesar.
Pada tahun 2017, jumlah penduduk Qatar mencapai 2.6 juta dengan warganegara Qatar hanya 313,000 orang (12%) dan 2.3 juta yang lain ialah ekspatriat.[37] Warga asing bukan Arab menyumbang kepada majoriti populasi Qatar;orang India merupakan yang terbesar dengan 650,000 orang (2017), diikuti dengan 350,000orang Nepal, 280,000orang Bangladesh, 260,000orang Filipina, 200,000orang Mesir, 145.000orang Sri Lanka dan 125,000orang Pakistan. Jumlah penduduk di Qatar adalah bergantung kepada musim kerana negara ini sangat bergantung dari imigran asing.
Bahasa rasmi Qatar ialahbahasa Arab.Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua lazim bagi masyarakat Qatar.[38] Corak masyarakat Qatar dengan kaum yang pelbagai juga membawa kepada sejumlah bahasa asing ditutur di negara ini sepertibahasa Parsi,Tagalog danIndonesia.[39]
Qatar ialah sebuah negara Islam dengan minoriti berbilang agama seperti kebanyakannegara Teluk Parsi dengan gelombang penghijrahan sejak 30 tahun lalu. Agama rasmi negara ialahIslam Sunni. Masyarakat ini terdiri daripadaMuslimSunni danSyiah,Kristian,Hindu, dan kumpulan kecil penganutBuddha danBahá'í.[42] Umat Islam membentuk 65.5% daripada penduduk Qatar, diikuti olehHindu sebanyak 15.4%,Kristian sebanyak 14.2%,Buddha sebanyak 3.3% dan selebihnya 1.9% penduduk menganut agama lain atau tidak bersekutu. Qatar juga merupakan rumah kepada banyak agama lain yang kebanyakannya berasal dariTimur Tengah danAsia.[43]
Negara ini juga telah menganjurkan banyak persidangan dialog antara agama.
Kebudayaan Qatar sangat dipengaruhi olehbudaya Badwi tradisional, dengan pengaruh kurang akut yang berasal dariIndia,Afrika Timur dan tempat lain diTeluk Parsi. Keadaan iklim yang teruk di semenanjung memaksa penduduknya beralih ke laut untuk mencari rezeki. Oleh itu, terdapat penekanan tersendiri yang diberikan kepada laut dalambudaya tempatan.[44] Tema sastera dan cerita rakyat sering dikaitkan dengan aktiviti berasaskan laut.
Seni lisan seperti puisi dan nyanyian secara sejarahnya lebih lazim daripada seni kiasan kerana sekatan yang diletakkan oleh Islam terhadap penggambaran makhluk hidup; namun, disiplin seni visual tertentu seperti kaligrafi, seni bina dan seni tekstil telah diamalkan secara meluas. Seni figuratif secara beransur-ansur diasimilasikan ke dalam budaya negara semasaera minyak.[45]
Abdulrahman bin Hamad bin Jassim bin Hamad Al Thani ialah Menteri Kebudayaan.[46]
^"Administrative Division of the State"(PDF).The General Census of Population and Housing, and Establishment Apr 2010. State of Qatar Statistics Authority. m/s. 25.