| Muncul pada | 1991 - 1998 |
|---|---|
| Pembangun | Microsoft Corporation |
| OS | MS-DOS,Windows 95,Windows 98 |
| Lesen | MS-EULA |
| Laman web | www.microsoft.com |
QBasic merupakan persekitaran pembangunan bersepadu - (integrated development environment - IDE) dan bahasa diterjemah bagi variasi bagi bahasa pengaturcaraan BASIC yang berasaskan kepadabahasa pengaturcaraan QuickBasic. Kod yang dimasukkan ke dalam persekitaran pembangunan bersepadu IDE di kompil kepada bentuk perantaraan, dan bentuk perantaraan ini diterjemah menurut permintaan dalam IDE.
Sebagaimana QuickBASIC, tetapi tidak seperti versi Microsoft BASIC lebih awal, QBasic merupakan bahasa pengaturcaraan berstruktur, menyokong pembentukan sepertisubrutin dan gelungwhile.Nombor baris, konsep yang seringkali dikaitkan dengan BASIC, disokong bagi keserasian, tetapi tidak dianggap bentuk yang baik, telah diganti dengan label baris gambaran. QBasic mempunyai sokongan terhad bagi jenis struktur data ditetapkan pengguna, dan beberapa jenis primitif digunakan bagi menyimpan rentetan teks dan data nombor.
QBasic dicadangkan sebagai menggantikanGW-BASIC. Version 1.0 diedar bersamaMS-DOS 5.0 dan berikutnya, termasukWindows 95,Windows NT 3.x, danWindows NT 4.0.IBM menkompil semula QBasic dan memasukkannya kedalamPCDOS 5.x, dan jugaOS/2 2.0 berikutnya.eComStation, hasil dari kod OS/2, disertakan bersama QBasic 1.0. QBasic 1.1 disertakan bersama dengan MS-DOS 6.x, dan, tanpa EDIT, dalam Windows 95, danWindows 98. Bermula denganWindows 2000, Microsoft tidak lagi menyertakan QBasic bersama sistem pengoperasian mereka.
Ia diasaskan pada kompiler 4.5QuickBASIC lebih awal tetapi tanpa kompiler QuickBASIC dan penyambung unsur (linker elements). Sehingga MS-DOS 7,penyunting MS-DOS memerlukan QBasic. Aturcara "edit.com" hanya memulakan QBasic dalam mod sunting sahaja.
Sungguhpun QBasic (bersama dengan Penyunting MS-DOS dalaman) mula diperkenalkan sebagai sebahagian dari Paket MS-DOS 5.0, ia tidak bergantung khusus kepada MS-DOS 5.0 untuk dilaksanakan. QBASIC (dan Penyunting) boleh digunakan bersama versi DOS sebelumnya, sehingga sekurang-kurangnya versi 3.20. Tetapi, ingatan mencukupi dan CPU yang agak pantas masih diperlukan, sekiranya tidak aturcara dilaksanakan dengan amat perlahan.
Pada masanya, QBasic memberikan IDE terkini (state-of-the-art) termasukdebugger dengan ciri-ciri seperti penilaian secara langsung (on-the-fly) dan penukaran kod yang masih luar biasa lebih sepuluh tahun berikutnya.
QBasic boleh dilaksanakan secara tempatan dengan menggunakan hampir kesemua versi DOS dan Windows, dan dengan menggunakan emulatorDOSBox percuma, ia dapat dilaksanakan pada pelantar sepertiLinux danFreeBSD.
QBasic disertakan bersama dengan beberapa aturcara contoh siap tulis. Ia termasukpermainan komputer Nibbles (variasi [[permainan video Snake),permainan komputer Gorillas, permainan melontar pisang meletup dihasilkan dariPermainan Artillery pertama kali dihasilkan padaTektronix 4051 dan kemudiannyaHP 2640 HP 2647 dan RemLine, kod GW-BASIC aturcara penghapus nombor baris.
PRINT "Hello, Dunia!"
"?" juga boleh menggantikan perkataan "PRINT", dan akan ditukar kepada "PRINT" apabila bergerak kepada baris lain atau apabila dilaksanakan.
QBasic mempunyaiTelur Easter maya. Untuk melihatnya, tekan dan kekalLeftCtrl+LeftShift+LeftAlt danRightCtrl+RightShift+RightAlt serentak selepas melaksanakan QBasic pada prompt DOS tetapi sebelum skrin judul dimuatkan: ini akan menyenaraikanPasukan (The Team) pengaturcara. Ambil perhatian bahawa bagi komputer moden, ia terlalu pantas untuk dilakukan. Ia paling baik dilakukan pada PC lama (terutamanya dengan butang Turbo boleh guna, dengan suis memperlahankan CPU kepada 4.77MHz) atau dalam (emulator) sepertiBochs atauDOSBox yang boleh diperlahankan.
| Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik:QBasic |