Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakanibu negara bagiRepublik Demokratik Rakyat Korea atauKorea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebingSungai Taedong.Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 olehChongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.
Bandaraya ini dipisahkan dari wilayahP'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuahBandaraya Pemerintahan Langsung (직할시,Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시,Teukbyeolsi) seperti diSeoul,Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.
Pada tahun 1955, sebuah desa kuno besar di kawasan P'yŏngyang bernama Kǔmtan-ni dikorek oleh ahli arkeologi yang menemui pendudukan prasejarah dari zaman tembikarChǔlmun danMumun[2].
Menurutlegenda, kota ini diasaskan pada tahun2333 SM dengan namaWanggŏmsŏng (왕검성;王儉城) dan menjadi sebuah bandaraya utama pada zamanGojoseon.
Pada tahun108 SM,ChinaDinasti Han menawan Gojoseon dan ibu negaraKomanderi Lelang terletak berhampiran Pyongyang. Lelang kekal sebagai sebuah kota kara komersial dan kebudayaan yang penting sehingga diranapkan oleh kerajaanGoguryeo yang berkembang pada tahun313.
Goguryeo berpindah ke ibu negerinya di sini pada tahun427.ChinaDinasti Tang danSilla bersekutu lalu menumbangkan Goguryeo pada tahun668. Pada tahun676, Pyongyang dirampas oleh Silla tetapi meninggalkannya di sempadan denganBalhae sehingga dinastiGoryeo, apabila kota ini dibangkitkan semula sebagaiSŏgyŏng (서경;西京; "Ibu Kota Barat") meskipun tidak pernah dijadikan ibu negeri Goryeo. Kota ini menjadi ibu wilayahP'yŏngan padadinasti Joseon, ibu wilayahP'yŏngan Selatan sejak tahun 1896 dan melaluizaman pemerintahan Jepun.
Pada tahun 1945, pemerintahan Jepun berakhir dan Pyongyang diduduki tenteraSoviet, lalu menjadi ibu negara sementara Republik Rakyat Demokratik Korea yang baru ditubuhkan pada tahun 1948 dan hendak menawan semula ibu negara rasminya pada masa itu iaituSeoul. Pyongyang nyrais ranap dalamPerang Korea, apabila diduduki tentera Korea Selatan untuk masa yang singkat. Selepas perang, bandaraya ini dibina semula dengan cepatnya dengan bantuan Soviet, maka banyak bangunan dibina berteraskanseni bina Leninis-Stalinis.
Ibu kota ini telah dibina semula sepenuhnya sejakPerang Korea (1950–1953), direka dengan lebuh lebar, monumen yang mengagumkan, dan bangunan yang tersergam teguh. Struktur tertinggi di bandaraya ini ialah 330-meter (1,083-kaki)Hotel Ryugyŏng yang belum siap. Hotel ini mempunyai 105 tingkat, merangkumi ruang lantai seluas 361,000meter persegi (3,885,772kaki persegi), dan dirancang beralaskanrestoran berputar di bahagian atasnya. Bagaimanapun, pembinaan terbengkalai sejak awal 1990-an dan bangunan ini kekal kelompangan.
^National Research Institute of Cultural Heritage. 2001. Geumtan-ri.Hanguk Gogohak Sajeon [Dictionary of Korean Archaeology], pp. 148-149. NRICH, Seoul.ISBN 89-5508-025-5
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiPyongyang.
Pyongyang on Wikimapia, The most comprehensive open-source map of the capital of the DPRK.
North Korea Uncovered, (North Korea Google Earth) the most authoritative mapping of Pyongyang's political, cultural, and economic infrastructure on Google Earth.
Christian Kracht, Eva Munz, Lukas Nikol, "The Ministry Of Truth. Kim Jong Ils North Korea", Feral House, Oct 2007, 132 pages, 88 color photographs, ISBN 978-932595-27-7
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur. 2 Juga dikenali sebagaiRepublik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialahSri Jayawardenapura-Kotte. 4 Rasmi. 5 Pentadbiran. 6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan. 7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem. 8 Merupakan wilayah pentadbiran khasChina tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri. ₴ Negara trans-benua. ₦ Juga dikenali sebagaiTimur Tengah. ¥ Juga dikenali sebagai negaraCaucasus,. ₠ Keseluruhan diAsia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah.₮ Keseluruhan diMelanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.