Putera Wales (bahasa Inggeris:Prince of Wales) ialah gelaran yang diberikan kepadapewaris takhta lelaki yang bakal menjadi raja England dan kemudianraja Britain. Gelaran ini bermula dengan pemerintah Wales dariGwynedd yang menggunakannya untuk menunjukkan kekuasaan mereka terhadap pemerintah Wales lain. Pada tahun 1301, RajaEdward I memberikan gelaran ini kepada anakandanyaEdward II untuk menunjukkan bahawa baginda telahmenakluki Wales sepenuhnya. Sejak itu, gelaran ini diberikan kepada anakanda atau cucunda raja yang akan menjadi raja seterusnya. Semasapemberontakan Wales dari tahun 1400 hingga 1415,Owain Glyndŵr juga menuntut gelaran Putera Wales.
William, yang diangkat sebagai Putera Wales oleh ayahandanya, RajaCharles III, pada 9 September 2022, kini memegang gelaran itu. Gelaran Putera Wales telah menimbulkan kontroversi dan perselisihan faham di Wales akhir-akhir ini.
Gelaran Puteri Wales tidak diberikan kepada pewaris takhta perempuan (yang bakal menjadi Ratu). Ini kerana perempuan boleh digantikan jika bondanya (iaitu Ratu pada masa itu) melahirkan seorang putera lelaki.
Selepas eraEmpayar Rom,Wales dibahagikan kepada beberapa daerah. KerajaanEngland telah menakluki Wales pada1066. Pada abad ke-12 dan ke-13, gelaran "Putera Wales" (bahasa Latin:Princeps Wallie,bahasa Wales:Tywysog Cymru) digunakan oleh pemerintah kawasan Wales yang diiktiraf oleh Raja England. Terdapat empat Putera Wales yang merupakan pemerintah Wales, iaitu:
Pada1301,Edward I dari England telah memberikan gelaran "Putera Wales" kepada pewaris beliau, Putera Edward (yang menaiki takhta sebagaiEdward II dari England). Sejak itu, gelaran "Putera Wales" telah diberikan kepada putera sulung Raja atau Ratu England, Great Britain dan akhirnyaUnited Kingdom.
Senarai putera-putera Wales (pewaris takhta Inggeris atau British)
Raja United Kingdom terkini,Charles III, merupakan putera Wales untuk tempoh masa yang sangat lama iaitu selama 64 tahun dan 44 hari dari tahun 1958 hingga tahun 2022. Baginda memegang gelaran ini untuk tempoh yang paling lama dan menjadi kerabat diraja yang paling tua berbuat demikian. Baginda juga merupakan pewaris takhta yang lebih lama daripada orang lain dalam sejarah British.[15] Apabila bondanyaElizabeth II mangkat pada 8 September 2022, Charles menjadi raja dan gelarannya sebagai putera Wales bergabung dengan takhta.[16] Keesokan harinya, Charles berkenan mengurniakan gelaran putera Wales kepada anakanda sulungnya,Putera William, Duke Cornwall dan Cambridge.[17][13] Ini menjadikan Putera William sebagai kerabat diraja tertua yang pernah dijadikan Putera Wales.