Pusat (Jawi: ڤوست),pusar perut ataupusar (Jawi: ڤوسر, istilah perubatan:umbilikus) adalah kawasan berongga atau menonjol yang melekuk padaperut[1] bahagianabdomen badan di mana pernah terletaknya sambungantali pusat[2] kepadauri ketika hidupan empunya beradadalam kandungan lagi. Anggota ini ada pada semuamamalia yangberplasenta.
Pemerhatian kedudukan pusat yang diamati berada terletak di tengah badan antara hujung kepala dan hujung kaki turut membawa kepada pelanjutan ungkapan "pusat" untuk titik tumpuan segala apa yang diketengahkan termasuk dalam konteks geografi dan infrastruktur.[3][1] Perkaitan ini diperhatikan lazim dalambahasa-bahasa serumpun Austronesia.[4]
^Seong Chee Tham (1977).Language and Cognition: An Analysis of the Thought and Culture of the Malays. Chopmen Enterprises. m/s. 33-34.ISBN9789971680008.
^Blust, Robert (2013). "5: The lexicon".The Austronesian languages (ed. dikemaskini). Canberra, Australia: Universiti Nasional Australia. m/s. 321–322, 324–325.ISBN9780858836020.The word for ‘navel’ is a metaphor for ‘center’ in widely separated languages, as in Malaypusat ‘navel; center’...