Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pulau Sibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Sibu

Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran lautJohor,Malaysia. Antara pulau berdekatan adalahPulau Sibu Besar,Pulau Sibu Tengah,Pulau Sibu Kurus danPulau Sibu Hujung.

Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih.Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Pulau ini juga dikelilingi dengan beberapa kelompok terumbu karang yang cantik dan menarik. Merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan pelancong untuk tujuan aktiviti air. Para pemancing juga menjadikan lokasi ini sebagai antara pilihan terbaik. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas serta kaya dengan sumber laut. Di diami oleh sekitar 40 keluarga dan mempunyai kemudahan asas antaranya balai polis, klinik kerajaan, sekolah rendah, masjid, hotel peranginan dan kedai.

Pulau Sibu juga mempunyai jeti moden sepanjang 300 meter. Mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan menggunakan bot laju ke Jeti Tanjung Leman. Namun begitu masa perjalanan ini amat bergantung kepada jenis bot yang dinaiki, keadaan angin serta ombak laut yang sentiasa berubah-ubah mengikut bulan dan cuaca semasa.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPulau Sibu


ECER diKelantan
ECER diTerengganu
ECER diPahang
ECER diJohor
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pulau_Sibu&oldid=5488077"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp