Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. Cari sumber: "Pulau Sebang" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
Pulau Sebang | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Pulau Sebang merupakan sebuah pekan yang terletak dalamDaerah Alor Gajah,Melaka,Malaysia. Jarak antaraBandar Alor Gajah dari Pulau Sebang sejauh 9 kilometer manakalaBandaraya Melaka dari Pulau Sebang sejauh 32 kilometer. Pulau Sebang terletak bersebelahan dengan BandarTampin. Kerajaan Negeri Melaka telah usahakan untuk jenamakan semula bandar Pulau Sebang, dengan mengecat bagunan bandar Pulau Sebang dengan warna oren agar pengguna dapat membezakan antara Tampin dan Pulau Sebang. Poskod di Pulau Sebang iaitu 78000.
Keunikan Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan BandarTampin,Negeri Sembilan. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak dilampu isyarat di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke Bandar Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di NegeriMelaka kerana merasakan mereka berada di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat. Ramai orang tidak menyedari bahawa bandar Tampin tidak mempunyai hentian teksi dan bas. Hentian teksi dan bas sebenarnya terletak dalam wilayah Melaka (Pulau Sebang) bukan di kawasan Tampin. Hentian bas dan teksi itu diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Stesen Keretapi Tampin sebenarnya terletak di Pulau Sebang dalam daerahAlor Gajah,Melaka. Nama sebenar stesen itu Pulau Sebang. Dari tahun 1905 hingga 1942, terdapat landasankereta api keBandaraya Melaka dari sini, tetapi telah dibongkarJepun sejakPerang Dunia Kedua. Bekas laluannya dan jambatan-jambatan keretapi melintasi sungai masih ada sehingga hari ini. Ada perancangan dari KTMB untuk membuka semula laluan ke bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10. Projek landasan kereta api berkembar elektrik yang sedang giat dijalankan antaraSeremban keGemas akan turut memasuki Negeri Melaka sejauh 27.84 kilometer. Stesen Kereta api Pulau Sebang yang sedia ada sekarang akan dipindah ke lokasi baru yang terletak arah selatan dari stesen kereta api sekarang atau arah utara yang akan ditentukan kemudian. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru kelak akan dilengkapi dengan bangunan dua tingkat dan tempat letak kereta yang sistematik. Oleh itu pengguna KTMB yang hendak ke Bandaraya Melaka atau sebaliknya akan menjadi mudah kerana ada perancangan memindahkan stesen bas dan teksi dilokasi yang berhampiran dengan stesen KTM yang baru. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat agar stesen KTMB Pulau Sebang tidak agi dibayangi dengan Tampin sebaliknya lebih dikenali Alor Gajah, Melaka sesuai dengan kedudukan geografinya yang sebenar.