Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaPrussia)
Rencana ini mengenai negeri Prusia lama. Untuk kawasan geografinya, sila lihatKawasan Prusia.

Untuk kegunaan lain, sila lihatPrusia (nyahkekaburan) atauPreußen.

Prusia
ڤروسيا
Preußen
1525–1947
Bendera Prusia
Prusia
Bendera(1892–1918)Jata
Cogan kataGott Mit Uns
Tuhan bersama kita'"
Lagu kebangsaanPreußenlied
"Lagu Prusia"
noicon
Lagu dirajaHeil Dir Im Siegerkranz
"'Hormat padamu dalam Mahkota Pemenang'"
noicon
Prusia (biru) pada zaman kemuncaknya selaku negeri peneraju Empayar Jerman.
Prusia (biru) pada zaman kemuncaknya selaku negeri penerajuEmpayar Jerman.
Ibu negaraKönigsberg, kemudianBerlin
Bahasa yang umum digunakanJerman
Agama
Protestan
KerajaanRaja mutlak  'Hingga 1848'Raja berperlembagaan,demokrasi
Duke1 
• 1525–68
Albert I (pertama)
• 1688–1701
Frederick III (terakhir)
Raja1 
• 1701–13
Frederick I (pertama)
• 1888–1918
William II (terakhir)
Ketua Menteri1, 2 
• 1918–20
Paul Hirsch (pertama)
• 1933–45
Hermann Göring (terakhir)
Era SejarahEropah moden awal hinggaKontemporari
April 1525
27 Ogos1618
18 Januari1701
9 November1918
• Pemansuhan (de facto)
30 Januari1934
25 Februari 1947
Keluasan
1939297,007 km2 (114,675 bt2)
Populasi
• 1939
41915040
Sekarang sebahagian dariJerman,Poland,
Rusia,Lithuania,
Denmark,Belgium,
Republik Czech
1 Ketua negara yang tersenarai disusun dari terawal hingga terakhir sepanjang zaman.
2 JawatanMinisterpräsident diperkenalkan pada tahun 1792 sewaktu Prusia berpemerintahan raja; ketua-ketua menteri yang disenaraikan merupakan ketua republik Prusia.

Prusia (Jerman:Preußen;bahasa Latin:Borussia,Prutenia;Latvia:Prūsija;Lithuania:Prūsija;Poland:Prusy;bahasa Prusia Lama:Prūsa;Jawi: ڤروسيا) ialah sebuah negara bersejarah yang berasal dariDuci Prusia danMargraviat Brandenburg. Berabad-abad lamanya negeri ini mempengaruhi sejarahJerman dan Eropah. Ibu negara terakhir Prusia ialahBerlin.

NamaPrusia berasal daripada namaPrusia Lama iaitu sekelompok kaumBaltik yang berkaitan dengan kaum-kaumLithuania danLatvia. Pada abad ke-13, "Prusia Lama" ditakluki olehKesatria Teuton.Negeri biarawan merekadijermankan berikutan peristiwaOstsiedlung. Penyatuan Brandenburg dan Prusia (Brandenburg-Prussia) pada tahun 1618 membawa kepada pengisytiharanKerajaan Prusia pada tahun 1701.

Prusia menjadi sebuah negeri terpenting pada abad ke-18 dan ke-19. Pada abad ke-18, Prusia menjadi kuasa Eropah yang besar di bawah pemerintahanFrederick Agung (1740–86). Pada abad ke-19, CanselorOtto von Bismarck mengemukakan dasar menyatukan negeri-negeri Jerman menjadi "Jerman Kecil" yang mengecualikanEmpayar Austria.

Kerajaan Prusia mendominasi Jerman utara dari segi politik, ekonomi, dan kependudukan, serta menjadi terasGabungan Jerman Utara yang ditubuhkan pada tahun 1867 lalu menjadi sebahagianEmpayar Jerman atauDeutsches Reich pada tahun 1871.

Berikutan akhirnyapemerintahan raja-raja Hohenzollern di Jerman berikutanPerang Dunia I, Prusia menjadi sebahagianRepublik Weimar sebagainegari bebas pada tahun 1919. Prusia hilang tarafnya sebagai negeri secarade facto olehNazi pada tahun 1934 dan secarade jure olehKuasa Berikat Perang Dunia II pada tahun 1947.

Semenjak itu, nama Prusia terhad kepada kegunaan sejarah, geografi atau kebudayaan. Kebanyakan orang Prusia percaya bahawa beberapa "Nilai-nilai Prusia"[1] menjadi salah satu penyumbang kebangkitan negeri mereka, contohnya: organisasi sempurna, disiplin, pengorbanan, kedaulatan undang-undang, patuh kepada yang berkuasa, kebolehpercayaan, toleransi,kehematan, ketepatan masa, kesederhanaan, dan ketekunan. Di hadapan orang bukan Prusia yang dipaksa tunduk kepada negeri tersebut, budaya Prusia menggambarkan kebebasan terbatas, penindasan peribadi dan disiplin birokratik, kepatuhan membuta, keangkuhan kebudayaan dan rasionalisme amoral.[2]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^... the old Prussian virtues were virtues, and remain so. Industry; piety; frugality; self-discipline; physical courage; a capacity for self-subordination to a common cause - Michael Eliot Howard, Michael Howard:The Lessons of History, 1991, Yale University Press,ISBN 0-300-05665-6
  2. ^[1]Willfried Spohn European East-West Integration,Nation-Building and National Identities - The Reconstruction ofGerman-Polish Relations No. 5/02

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Prusia.

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Prusia&oldid=6241799"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp