Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Presiden Pro Tempore Senat Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Pro Tempore

Senat Amerika Syarikat
President pro tempore of the United States Senate
Mohor Presiden Pro Tempore
Penyandang
Chuck Grassley
sejak 3 Januari 2025
Anggota bagiSenat Amerika SyarikatSunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaAmerika SyarikatSunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehDipilih olehSenat Amerika Syarikat
Tempoh jawatanTidak diketahui Sunting ini di Wikidata
Penjawat sulungJohn Langdon
6 April 1789
DibentukPerlembagaan Amerika Syarikat
4 Mac 1789
SenaraiList of presidents pro tempore of the United States Senate(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Tapak websenate.gov…Sunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Amerika Syarikat



Negara lain ·Atlas
 Portal Kerajaan A.S.

Presiden Pro Tempore Senat Amerika Syarikat atau singkatan "PPT"(Bahasa Inggeris: President Pro Tempore of the United States Senate) ialah jawatan kedua tertinggi diSenat Amerika Syarikat setelahPresiden Senat. Kebiasaannya, jawatan ini dipegang oleh Senator paling kanan daripada pecahan majoriti di Senat. Presiden pro tempore menjalankan tugas Presiden Senat yang dijawat olehNaib Presiden Amerika Syarikat.

Presiden pro tempore emeritus

[sunting |sunting sumber]
Chuck Grassley (R-IA), bekas presiden pro tempore dan presiden pro tempore emeritus terkini

Sejak tahun 2001, jawatan kehormat presiden pro temporeemeritus telah diberikan kepada mana-mana senator dari parti minoriti yang telah berkhidmat sebagai presiden pro tempore. Jawatan ini telah disandang oleh Strom Thurmond (R-South Carolina) (2001–2003), Robert Byrd (D-West Virginia) (2003–2007), Ted Stevens (R-Alaska) (2007–2009),Patrick Leahy (D-Vermont) (2015–2021) danChuck Grassley (R-Iowa) (2021-kini). Dari tahun 2009 hingga 2015, tiada senator yang memenuhi kelayakan untuk jawatan ini.

Kedudukan ini dicipta untuk Thurmond apabila Parti Demokrat mendapat semula majoriti di Senat pada Jun 2001. Dengan perubahan kawalan parti, Robert Byrd (D-West Virginia) menggantikan Thurmond sebagai presiden pro tempore, menuntut kembali jawatan yang sebelumnya dipegangnya dari tahun 1989 hingga 1995 dan sementar pada Januari 2001. Pengunduran diri Thurmond dari Senat pada 3 Januari 2003, bertepatan dengan perubahan dari kawalan Demokrat ke Republikan, menjadikan Stevens presiden pro tempore dan Byrd presiden kedua pro tempore emeritus. Byrd kembali sebagai presiden pro tempore dan Stevens menjadi presiden pro tempore emeritus ketiga, ketika Demokrat menguasai Senat pada tahun 2007. Walaupun presiden pro tempore emeritus tidak memiliki tugas rasmi, beliau berhak mendapat peningkatan staf dan menasihati pemimpin parti mengenai fungsi Senat.

Bajet anggaran yang disertakan jawatan tersebut dihapus menjelang akhir Kongres ke-113, sejurus sebelum Patrick Leahy mengambil alih selepas kekosongan selama enam tahun.[1]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Lesniewski, Niels (December 10, 2014)."Leahy: 'Kind of Petty' Not to Fund Emeritus Office in 'Cromnibus'".CQ Roll Call. Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-01-07. Dicapai padaJanuary 7, 2015.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Presiden_Pro_Tempore_Senat_Amerika_Syarikat&oldid=6435353"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp