Presiden Amerika Syarikat (bahasa Inggeris:President Of The United States, kadangkala disingkatkan namanya sebagaiPOTUS)[1] ialahketua negara danketua pemerintah republikAmerika Syarikat. Presiden juga ialah ketua cawangan eksekutifpemerintah pusat untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan olehperlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuanPerlembagaan Amerika Syarikat pada1788 dengan presiden pertama dilantik pada1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun, secara keseluruhan selama lapan tahun jika penggal penuh.
Artikel Dua Perlembagaan mengukuhkan presiden sebagaiPemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan menghitung kuasanya secara spesifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya termasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satukabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" daripadaSenat, untuk membuatperjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya Tinggi , danhakim, termasuklahMahkamah Agung. Oleh kerana pegawai daripada jabatan lain, perlembagaan dengan para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set timbal balik. Ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.
Donald Trump ialah presiden terkini Amerika Syarikat yang ke-47 setelah mengangkat sumpah pada 20 Januari 2025.
Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:
- "Tidak seorang pun, selain daripadawarganegara asli, atau warganegaraAmerika Syarikat pada waktu berlakunya Perlembagaan ini, dapat memangku jawatanpresiden; dan tidak seorang pun yang dapat memangku jawatan tersebut, kecuali dia telah mencapai umur 35 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat selama 14 tahun."
Setiap presiden perlu bersumpah:
- "Saya bersumpah dengan khidmat bahawa saya dengan setia akan melaksanakan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan dengan segala kesanggupan yang ada pada saya akan memelihara, melindungi, dan mempertahankan Perlembagaan Amerika."
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)