Sarawak | |
|---|---|
| ڤريميير سراوق Premier of Sarawak | |
| Kerajaan Sarawak | |
| Gelaran | Yang Amat Berhormat |
| Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
| Bidang kuasa | Sarawak danTanah Jajahan Mahkota Sarawak |
| Institusi | Pejabat Premier Sarawak danKabinet Kerajaan Sarawak |
| Kediaman | Demak Jaya, Kuching, Sarawak |
| Pusat | Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Kuching, Sarawak |
| Dilantik oleh | Yang di-Pertua Negeri Sarawak Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
| Tempoh jawatan |
|
| Surat cara pembentukan | Perlembagaan Sarawak |
| Penjawat sulung | Stephen Kalong Ningkan (sebagai Ketua Menteri) |
| Dibentuk |
|
| Timbalan/naib | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan Sim Kui Hian |
| Tapak web | premier |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Yang Amat BerhormatPremier Sarawak[1][2] (atau dalam bahasa Inggeris dikenaliPremier of Sarawak) ialah ketua kerajaan bagi wilayahSarawak,Malaysia. Penyandang jawatan ini dilantik olehYang di-Pertua Negeri Sarawak, dalam kalangan pemimpin parti terbesar bagiDewan Undangan Negeri Sarawak.[3]
Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagaiKetua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier[4] dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.[1][5]
PenyandangPremier Sarawak terkini ialahDatuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang menjawat sejak 13 Januari 2017 (pada asalnya sebagai Ketua Menteri Sarawak).
| # | Nama | Tarikh perlantikan | Tarikh tamat perlantikan | Parti |
|---|---|---|---|---|
| Ketua Menteri | ||||
| 1 | Stephen Kalong Ningkan(Penggal pertama) | 22 Julai 1963 | 16 Jun 1966 | Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) |
| Tawi Sli(Penggal pertama) | 16 Jun 1966 | 7 September 1966 | Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) | |
| 2 | Stephen Kalong Ningkan(Penggal ke-2) | 7 September 1966 | 23 September 1966 | Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) |
| Tawi Sli(Penggal ke-2) | 23 September 1966 | 7 Julai 1970 | Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) | |
| 3 | Abdul Rahman Ya'kub | 7 Julai 1970 | 26 Mac 1981 | Barisan Nasional (PBB) |
| 4 | Abdul Taib Mahmud | 26 Mac 1981 | 28 Februari 2014 | Barisan Nasional (PBB) |
| 5 | Adenan Satem | 28 Februari 2014[6] | 11 Januari 2017 | Barisan Nasional (PBB) |
| 6 | Abang Johari Tun Openg | 13 Januari 2017[7] | 12 Jun 2018 | Barisan Nasional (PBB) |
| 12 Jun 2018[8] | 15 Februari 2022 | Gabungan Parti Sarawak (PBB) | ||
| Premier | ||||
| 7 | Abang Johari Tun Openg | 15 Februari 2022 | kini | Gabungan Parti Sarawak (PBB) |
JawatanPemangku Premier Sarawak hanya akan disandang sekiranya seseorangPremier Sarawak disahkan sakit untuk tempoh yang agak lama ataupun disahkan meninggal dunia semasa melaksanakan tugas dalam pentadbiran kerajaan.
JawatanPemangku Premier Sarawak haruslah diberi kepada seseorang individu yang berpengalaman lebih luas dalam sepuluh bidang utama di dalam wilayahSarawak (politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang & hak wilayah, seni & budaya, sukan, sains & teknologi, sosial & perpaduan kaum, hal ehwal antarabangsa, dan hal ehwal agama). Tiada halangan bagi para pemimpin tempatan dari mana-mana etnik selain etnikMelayu, layak memegang jawatanPemangku Premier Sarawak.
Tempoh pelantikan jawatanPemangku Premier hanya akandiberi selama 80 hari sahaja, sehingga mendapat perkenan daripadaYang di-Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan sepenuhnya pelantikanPremier Sarawak yang baharu, dengan syarat melaluikaedah pemilihan barisan kabinet kerajaan Sarawak yang baharu, yakni menerusi pelaksanaanpilihanraya kabinet kerajaanSarawak, ataupunsecara terus melalui kaedah pilihanraya umum wilayahSarawak.